Showing posts with label Asma'. Show all posts
Showing posts with label Asma'. Show all posts

Friday, April 26, 2013

April 7th

Happy Birthday Kak Long !

Mesyuarat Meja Bulat Bulanan.

Entri ni sepatutnya dah lama post, tapi dek kesibukan yang melampau, baru sekarang dapat post. Maafkan ummi Kak Long ...
7hb April .. adalah harijadi Kak Long ... ummi pun sibuk, tak sempat nak masak special, maka kami decided nak pergi makan di Chinese Muslim Restoran ADAM LAI, di Seksyen 15, Shah Alam. Masuk kali ini sudah beberapa kali juga kami pergi makan disitu... boleh tahan sedap makanannya.

Kami sampai agak awal. Sementara menunggu makanan siap, kami adakan mesyuarat meja bulat bulanan keluarga, atau lebih senang dipanggil USRAH keluarga. Pelbagai perkara dibincangkan ...Alhamdulillah, sekurang-kurangnya kami dapat meluahkan perasaan masing-masing semasa mesyuarat ini... jika ada rasa tidak puas hati, boleh disuarakan, tetapi dengan semangat yang harmoni...Semasa USRAH ini jugalah kami dapat bertemu muka dan berbual-bual sesama sendiri.  Walaupun duduk serumah, tetapi  masing-masing dengan hal masing-masing, sibuk kerja dan belajar sehingga kadang-kala sudah hendak berbual dgn anak-anak ini... oleh itu, USRAH ini adalah medan untuk kami bertemu sekeluarga.

Sebagai ketua keluarga, suami bertanggungjawab membimbing isteri dan anak-anak menuju redha Allah dan mengamalkan cara hidup Islam yang sebenar.  Dengan ilmu yang ada, sesi usrah keluarga adalah salah satu medium bagaimana mendidik keluarga ke arah matlamat yang ingin dicapai.

Antara agenda yang dicadangkan untuk dijalankan dalam sesi usrah keluarga ialah:


1. Memulakan dengan bacaan Al-Fatihah, doa dan tajdid niat.
2. Bacaan petikan ayat Al-Quran beserta terjemahan. (seorang baca 1/2 muka surat Al-Quran).
3. Tazkirah ringkas yang disampaikan oleh suami.
4. Muhasabah amalan seharian.
5. Perbincangan tentang cara meningkatkan kualiti akhlak, prestasi ahli keluarga dalam memainkan peranan masing-masing.
6. Mengambil pengajaran daripada kisah tokoh-tokoh Islam yang hebat, sama ada lelaki atau perempuan di kalangan para nabi, para sahabat, para tabiin dan lain-lain.
7. Berkongsi apa-apa pengalaman hidup yang dilalui yang menceritakan hakikat kehidupan.
8. Membaca sebuah hadis beserta penerangan dan pengajaran.
9. Diakhiri dengan bersalaman, saling bermaafan dan jamuan makan.

Agenda yang dicadangkan seperti di atas tidaklah perlu dijalankan kesemuanya dalam satu sesi usrah keluarga. Ia boleh dijalankan berasingan mengikut minggu. Sebenarnya banyak lagi acara yang boleh dijalankan mengikut kesesuaian ahli keluarga.

 Makanan sudah sampai ..Alhamdulillah sudah boleh makan
Alhamdulillah, Syukur ke Hadrat ALlah di atas rezeki MU Allah ..Syukur Alhamdulillah kerana telah meminjamkan umur setahun lagi buat anakku ...semoga hayat yang diberikan akan digunakan sebaik-baiknya di jalanMU Ya Allah ..Ameen.

Wednesday, July 13, 2011

Wordless Wednesday 2


Majlis Konvokesyen untuk Fakulti Perubatan , Jordan Uni of Science & Tech (JUST)
dalam stadium di tengah panas terik..rasanya ada tak universiti kat Malaysia ni nak buat macam ni? Mudah dan ringkas..tak perlu banyak protokol sangat...

Friday, July 8, 2011

Blog sudah bersawang

Assalamu'alaikum semua sahabat blogger...huhu..lamanya saya tak berkesempatan untuk meng-update blog...misi pengembaraan saya menjelajah Al-Urdun dan juga Kota Konstantinople akhirnya sudah sampai ke penghujung.  InsyaAllah saya akan update rakan-rakan dengan pengembaraan saya itu.....buat masa ini mata saya sudah sangat mengantuk...masih menunggu di airport untuk panggilan masuk ke pesawat...flight jam 2 pagi ini ke KUL singgah sebentar di Bangkok... doakan agar perjalanan saya selamat ...InsyaAllah...

Aya Sofya @ Hagia Sophea, Istanbul, Turkey

Friday, July 1, 2011

Sekalung Tahniah untuk Kak Long Asma' !

Anak sulong saya belajar di Jordan University of Science and Technology, atau lebih dikenali dengan JUST. Pada 24 June yang lalu, saya telah datang ke Jordan untuk menghadiri majlis konvokesyen JUST untuk Fakulti Perubatan. Alhamdulillah, selepas 6 tahun berhempas-pulas belajar dalam bidang perubatan, anak saya, Asma' telah berjaya menamatkan pelajarannya...kini..tibalah masanya untuk beliau meneruskan perjalanannya dalam kerjaya sebagai seorang doktor. 


Setinggi-tinggi TAHNIAH buat anakku Asma'
Semoga menjadi seorang doktor yang beriman dan beramal soleh....Ameen.

Monday, June 6, 2011

Graduate

Alhamdulillah...Syukur ke Hadrat Allah SWT...
Pada hari Isnin minggu lepas, hati saya berdebar-debar menantikan keputusan peperiksaan akhir anak sulung saya yang sedang menuntut di Jordan dalam bidang perubatan.  

Tepat jam 4.26 ptg 30 Mei 2011, handphone saya berbunyi menandakan ada satu mesej masuk. Semakin kuat debaran di hati ...Adakah ini mesej yang di nanti-nanti? Laju jari menekan punat di handphone...sebaik membaca mesej yang diterima, tanpa disedari tiba-tiba sahaja dadaku sebak ....air mata mula bergenang dan semakin lama semakin bertakung dan akhirnya ia tumpah jua! Adakah ini yang dikatakan air mata kegembiraan? Dahulu kala, semasa aku kecil, aku tidak faham kenapa ibuku harus menangis tatkala melihat atau mendengar kejayaan anak-anak...pernah sekali ibu datang ke sekolah sewaktu aku mamasuki acara sukan sekolah...bukan acara besar-besaran..hanya masuk acara lari berganti-ganti 100 meter ..kumpulan ku menang...setelah melepaskan lelah kepenatan..dari jauh ku lihat ibu mengesat air mata di bawah khemah. di waktu lain, ketika aku memberitahu keputusan peperiksaan SRP (setara dgn PMR sekarang) ...air mata ibu juga tumpah ...
dan ... kali ini... setelah daku bergelar ibu dan ketika mendapat tahu berita gembira ini ...tanpa disedari air mata ku juga tumpah... sekarang aku faham..bagaimana perasaan ibuku dahulu...

ALHAMDULILLAH  ....SYUKUR ALHAMDULILLAH...
Setelah mendapat berita tersebut..terus daku mengambil wudhuk dan membuat sujud syukur....
6 tahun ...bukan satu wktu yang pendek...2005...daku melepaskan anak sulung perempuan ku terbang ke Jordan untuk melanjutkan pelajaran...ia satu keputusan yang berat bagi ku  kerana terpaksa berpisah dengan anak sulungku, tapi ia adalah pilihan dirinya. Kami rela dan sentiasa berdoa agar Allah memudahkan jalan dan laluan beliau hingga tamat pelajaran...
SETINGGI-TINGGI TAHNIAH ANAK KU ASMA'

Friday, October 22, 2010

Yang sulong dan yang bongsu

Status yang tertera di wall FB anak bongsu ku 


Wednesday, April 7, 2010

HAPPY BIRTHDAY KAK LONG ASMA'

23 tahun yang lalu, tanggal 7 April, lahirlah seorang bayi perempuan comel yang diberi nama Asma' di Columbus, Ohio, USA.


Awan Berarak Ceria
Tiada Titisan Hujan
Pohon Melambai
Tanda Sokongan

Kususuri Perjalanan
Bertemankan Senyuman
Di Hari Lahirmu
Wahai Anakku

Dedaun Berguguran
Membuktikan Kedewasaan
Walau Tanpa Madah Dan Hadiah
Namun Cukup Bagiku
Sekadar Ucapan

Selamat Hari Lahir
Iringi Doa Kuhulur
Bersyukur KepadaNya
Atas Nikmat Usia

Anakku

Usia Yang Tuhan Kurniakan Ini
Dihasilah Ia Dengan Amalan Yang Murni
Semoga Ia Menjadi Temanmu Di Akhirat Nanti
Selamat Hari Lahir

Usiamu Ibarat Mutiara
Tiada Berganti Lagi
Hiaskan Iman Bersulam Taqwa
Agar Sempat Mengucup
Haruman Syurgawi
(lirik asal : Saujana)



zwani.com myspace graphic comments
Free Twitter Backgrounds
 
 With Asma', in front of JUST , Irbid, Jordan

Sunday, February 8, 2009

Setem

Beberapa hari lepas, menerima sepucuk surat dari Kanada, dengan 4 keping setem Ox CNY2009. ULee dari Kanada telah mengirimkan surat tersebut atas permintaanku, selepas membaca blog beliau yang ada menyertakan gambar setem Kanada sempena CNY. Thanks a lot ULee.

Sebenarnya ini adalah sebagai memenuhi kegemaran/hobi anak bongsu ku Hana. Hana sebagaimana kak long Asma' juga suka mengumpul setem. Hobi ini disukai oleh Hana' selepas melihat album-album setem kepunyaan Kak Long Asma'. Sejak Hana' berumur 5 tahun, setiap kali ada surat yang bersetem sampai ke rumahku, sudah pasti dia suruh simpan sampul surat setem tersebut. Malah Hana' turut serta dalam proses menanggalkan setem tersebut dari sampul surat. Caranya ialah mula-mula dengan menggunting sampul surat di bahagian yang ada setem tersebut. selepas itu perlu direndam dalam mangkuk berair (tujuan untuk menanggalkan setem tanpa terkoyak) selepas setem telah tertanggal dari kertas sampul surat, setem tersebut perlu dikeringkan terlebih dahulu. Apabila telah kering, setem-setem tersebut akan disusun di dalam buku setem.

Buku-buku setem kepunyaan kak Long Asma' yang kini diturunkan kepada Hana' pula....

Sebenarnya secara tidak langsung mungkin hobi ini diwarisi dari Tok Wan (ayahku) mereka. Sewaktu ayahku masih muda, beliau memang menjadikan hobi mengumpul setem sebagai satu hobi professional (dari cerita ibu dan juga dari album-album lama yang dilihat oleh ku). Ayahku menjadi ahli filateli dan mempunyai ramai pen-pals dari seluruh dunia. Oleh itu beliau akan bertukar-tukar setem dengan sahabat pena beliau dari seluruh dunia. Bayangkan semua surat-surat dan setem tersebut (sejak tahun 30an, 40an dan 50an etc, masih lagi tersimpan sehingga sekarang! dalam tong kayu yang dibuat sendiri oleh ayah ... semasa pulang ke kampung tempohari, ayah mewariskan semua isi kandungannya kepadaku,kerana dikhuatiri dimakan anai-anai.)

Ayahku memang seorang yang sangat teliti dalam kerja-kerja beliau... Ayah lahir pada tahun 1924, melalui zaman penjajahan Jepun, kemudian British ... memang banyak pengalaman beliau...Aku berhasrat untuk membuat satu blog khas untuk ayahanda tersayang...(semoga Allah memberikan kelapangan untuk berbuat demikian)

Ini pula setem hadiah dari Tok Wan kepada kak Long Asma' pada tahun 1995 (waktu itu Kak Long baru berumur 8 tahun)setem-setem zaman sebelum merdeka lagi! Setem tersebut masih lagi bercop MALAYA!!!

Friday, December 26, 2008

LA ALHAMBRA


Selepas kali pertama (tahun 2007) membaca novel sejarah Islam oleh Abdul Latip Talib, TARIQ menang ataupun Syahid, hati ini sungguh teringin hendak melawat negara Sepanyol atau Spain atau dahulunya semasa zaman penaklukan Islam lebih dikenali sebagai ANDALUSIA. Apatah lagi selepas mendengar nasyid dendangan Far East ini. Teringin sungguh hendak menjejakkan kaki ke Pulau Gibraltar, atau dahulunya dikenali dengan nama Jabal Tariq (sempena sahabah Tariq bin Ziyad - agaknya orang Eropah dahulu tidak tahu hendak menyebut Jabal Tariq, lalu jadilah Gibraltar).

Selat Gibraltar, adalah laluan terpenting kapal dagang yg berulang alik antara Laut Atlantik dan Laut Mediterranean. Di sini lah, pada Mei 711 Masihi, Panglima Tariq bin Ziyad mendaratkan seramai 12 ribu orang tentera Islam. Peristiwa itulah permulaan Islam bertapak di Andalusia selama hampir 500 tahun. (di petik dari novel Tariq menang ataupun syahid).


Selepas kejatuhan empayar Islam di Andalusia, tentera2 Salib berusaha memadamkan saki-baki atau jejak2 Islam di Sepanyol. Semua kitab2 Islam yang dijumpai telah dibuang atau dibakar, mesjid2 ditukar menjadi gereja dsbnya kecuali istana Al-Hambra yang masih kekal hingga zaman ini sebagai bukti bahawa Islam pernah bertapak di bumi Sepanyol suatu masa dahulu.

Satu hari di minggu lepas, tiba2 mendapat sepucuk poskad yang berstem Espana !!! Apalagi apabila membaca, Salam ummi dan abi, this postcard is specially for you from Granada, Spain ....... Salam Andalusia, Miss You. (signed by Asma'). Jealous...jealous.... InsyaAllah jika ada rezeki dan umur panjang ummi dan abi akan sampai juga ke situ suatu hari nanti......

Sebenarnya
cuti winter 2 minggu lepas, anakku Asma' telah bercuti merentasi 3 benua, dari Jordan, di Asia, ke Morrocco di Afrika, dan menyeberangi Selat Gibraltar ke Spain(Andalusia) di Eropah. Baca pengalaman Asma' di sini.
dan boleh lihat gambar-gambar di sini.


Al Hambra - Far East

Al-Hambra
Album : Cinta Pertama
Munsyid : Far East
http://liriknasyid.com


Di tengah kesibukan kota Granada
Kini terbina indah sebuah menara
Setelah lima ratus tahun menunggu
Akhirnya azan terdengar di situ

Suara itu kembali bergema
Mengajak sujud pada Yang Esa
Bersihkan segala debu dan noda
Yang terpalit di kubah Al-Hambra

c/o
Al-Hambra
Singgahsanamu pernah bersinar
Al-Hambra
Indralokamu merah bercahaya
Dengan cahaya iman dan taqwa

Terdengar azan di kota lama
Gemersik di seluruh buana
Nyalakan cinta yang membara
Perjuangan yang tiada sudahnya

Sejarah seringkali bertandang
Tamadun silam kembali gemilang
Bangun Granada dan Kordova
Teguhkan istana Al-Hambra

Al-Hambra
Singgahsanamu pernah bersinar
Al-Hambra
Indralokamu merah bercahaya
Umat silam membina empayar
Kegemilangan

Al-Hambra ..Al-Hambra
Andalusia oh Al-Hambra

Al-Hambra
Singgahsanamu pernah bersinar
Al-Hambra
Indralokamu merah bercahaya
Bagunlah Granada berdirilah Kordova
Teguhkan kembali istana Al-Hambra
Ssuburkan semangat Andalusia
Subur semula Al-Hambra

--------------------------------------------

Monday, April 7, 2008

HAPPY 21st BIRTHDAY

HAPPY 21st BIRTHDAY TO KAK LONG ASMA'


Di pagi dinihari 7 April, 21 tahun yang lalu , jam 5.19 pagi bersamaan 9 Sya'aban 1407 H, lahir lah seorang puteri yang diberi nama Asma' (sempena nama sahabiah, Asma' Binti Abu Bakar).
Lahir nun jauh di bumi Amerika Syarikat, iaitu di Universiti Hospital, Columbus, Ohio.

Kak long, Ummi dan Abi (spt biasa Abi mesti tak ingat, ummi yg kena ingatkan!!!) serta semua adik-adik ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir kpd kak long, semoga kak long sihat sejahtera dan sentiasa berada di dalam keimanan yang tinggi, sentiasa istiqamah dlm perjuangan hidup kita sbg hamba Allah, sbg seorang anak, sbg seorang pelajar dsbnya.

Jika mengikut masyarakat barat, 21 melambangkan kebebasan, bermakna seorang anak itu sudah bebas dari kongkongan ibu bapanya, tetapi agama Islam tidak begitu. Sebaliknya ia melambangkan bahawa kak long sudah matang, sudah bijak membuat pilihan yang berdasarkan pemikiran seseorang yg sudah dewasa. Dalam Islam dewasa tidak bermakna kita bebas melakukan apa saja, segala apa yg kaklong lakukan mestilah mengikut lunas2 Islam. Selagi kak long belum berkahwin, Kak Long masih di bawah tanggungjawab ummi dan abi.

Bijaklah dalam membuat keputusan, dan fikirkanlah apa yang terbaik utk kak long, disamping itu batas-batas pergaulan mestilah dijaga. Ingatlah matlamat tidak menghalalkan cara.

Awan Berarak Ceria
Tiada Titisan Hujan
Pohon Melambai
Tanda Sokongan

Kususuri Perjalanan
Bertemankan Senyuman
Di Hari Lahirmu
Wahai Anakku

Dedaun Berguguran
Membuktikan Kedewasaan
Walau Tanpa Madah Dan Hadiah
Namun Cukup Bagiku
Sekadar Ucapan

Selamat Hari Lahir
Iringi Doa Kuhulur
Bersyukur KepadaNya
Atas Nikmat Usia

Anakku
Usia Yang Tuhan Kurniakan Ini
Dihasilah Ia Dengan Amalan Yang Murni
Semoga Ia Menjadi Temanmu Di Akhirat Nanti
Selamat Hari Lahir

Usiamu Ibarat Mutiara
Tiada Berganti Lagi
Hiaskan Iman Bersulam Taqwa
Agar Sempat Mengucup
Haruman Syurgawi
(lirik asal : Saujana)


zwani.com

Sunday, March 23, 2008

23rd March 2007 - Petra, The Red Rose City

23rd March 2008 - A year after, Jordan Revisited
23rd March 2007 - Petra, The Red Rose CityPetra is declared as one of the new 7 wonders of the world.



"... match me such a marvel, save in Eastern clime, A rose-red city, half as old as time.." ("Petra", John William Burgon )

This long-hidden site was revealed to the Western world by the Swiss explorer Johann Ludwig Burckhardt in 1812. It was famously described as "a rose-red city half as old as time" in a Newdigate prize-winning sonnet by John William Burgon.
Kali ini saya akan memb
awa anda semua melawat Kota PETRA, atau Al-Batra' dlm bhs Arab. Ia terletak 5 jam perjalanan dari Amman ke selatan Jordan dan 2 jam perjalanan ke utara dari bandar Aqaba (bandar paling selatan di Jordan dan mempunyai pantai- Laut Merah).

Dalam semua tempat yg saya pergi, entrance fee ke Petra adalah yg paling mahal! (Jordan Dinar)JD21 (= RM105) utk Non-Jordanians, manakala utk rakyat Jordan hanya JD1 (= RM5) sahaja! Utk students juga JD1 sahaja. Saya pergi bersama anak saya dan 3 org kawan Asma', Disebabkan mereka semua ada mempunyai kad matriks students,mereka semua hanya membayar JD1. Akhirnya saya mendpt tahu saya juga dpt beli tiket masuk JD1. Pandai betul mereka
ni, rupa2nya mereka dah siap pinjam dan bawa kad matrik rakan mereka (mungkin ada iras2
muka saya)..jadi saya ni pun mmg "student" jugak kan...hehehe..







Petra pernah menjadi tempat pengambaran file
m Indiana Jones and The Last Crusaders. Sehingga sebuah kedai snek di pintu masuk Petra diberi nama "Indiana Jones Snack Shop".


Dari pintu masuk, kami perlu berjalan sejauh 2km melalui celah2 batu yg dipanggil "THE SIQ" dgn ketinggian melebihi 100 m utk sampai ke ukiran yg pertama dipanggil Al-Khazanah (The Treasury).


Petra merupakan kota warisan kerajaan Nabatean, bangsa Arab yg kreatif dan produktif dan tinggal di selatan Jordan 2000 tahun dahulu. Kerajaan Nabatean sebenarnya meliputi kwsn yg sgt luas dari MADA'IN SALEH di Arab Saudi sehingga ke Petra di Jordan dan Damsyiq di Syria. Petra dikatakan adalah ibu negara kerajaan Nabatean. Mereka menguasai jalan perdagangan silam di samping memungut cukai dan melindungi kafilah perdagangan yg berisi rempah dan sutera India, gading Afrika serta kulit haiwan.


Sebenarnya utk melawat keseluruhan Kota Petra memerlukan sekurang-kurangnya 3 hari. Ini adalah kerana kawasan nya yg sangat luas meliputi hampir keseluruhan canyon di bandar Petra ini.
Kami hanya sempat berjalan sehingga Street of Facades dan dihujung Street of Facades terletaknya Theather Necropolis(kawasan bertanda no. 6).

Masyarakat Nabateans berasal dr semenanjung Tanah Arab.Hanya pd kurun ke-4 kisah masyarakat Nabateans mula ditulis walhal kewujudan bangsa ini tlh lama wujud sebelum itu. Mereka dianugerahkan oleh Allah SWT kepandaian dan kemahiran dlm dalam mengukir batu utk dijadikan penempatan,tempat2 ibadat, istana dan kubur2 mereka serta sistem pengaliran dan penyimpanan air yg sgt canggih. Jika boleh dikatakan mereka adalah the best engineers in the world at those time. Mereka mengukir batu utk dijadikan takungan air hujan supaya boleh digunakan sbg air minuman dsb semasa musin panas dan kering.


Kafilah2 yg membawa brg perdagangan akan berhenti di Petra selepas penat melintas padang pasir Sahara dan membeli air minuman sebelum meneruskan perjalan ke Damsyik. Ini juga menjadikan kerajaan Nabatean maju dan kaya-raya. Mereka juga mengukir batu sbg sistem saliran air supaya air hujan tidak akan membanjiri kwsn penempatan mereka.

MasyaAllah, Subhanaallah, AllahuAkhbar...sangat kagum saya semasa melihat ini semua, batu yg diukir bukanlah spt batu2 diMalaysia, ia adalah solid rock.



Kerajaan Nabatean enggan tunduk kpd Iskandar Zulkarnain yg merupakan kuasa besar ketika itu. Sejak tahun 64 SM, tentera Rum mula menakluki Palstin dan Syria termasuk bandar-bandar berhampiran Sg Jordan iaitu AMman, Jerash, Pella dan Gadara jatuh ke tangan Roman dan terlibat dgn sebuah Liga Decapolis. Krjaan Nabateans kekal merdeka sehingga maharaja Trajan menakluk kwsn ditanah Arab sekurang2nya 2 kurun selepas itu. Maharaja Trajan tlh membina lalauan perdagangan yg lain dari Aqaba ke Damsyik dan menguasainya menyebabkan kerajaan Nabatean mula lemah dan kalah.





Mengikut sejarah Islam, masyarakat Nabatean sebenarnya adalah kaum Tsamud, iaitu kaum yg diutuskan Nabi Saleh kpd mereka. Kaum Tsamud mewarisi kamahiran mengukir ini drpd kaum 'Ad.


Firman Allah dlm Surah Al-Fajr, Ayat 9 yg bermaksud "Dan Tsamud (kaum) yang memotong batu-batu di tanah yang rendah"

Namun begitu kaum Tsamud juga menyembah berhala, lalu Allah utuskan Nabi Saleh utk memberi peringatan kpd mereka.




Surah Hud Ayat 61.
"Dan kepada Tsamud (Kami utus) saudara mereka, Shalih. Dia mengatakan: Hai kaumku! Sembahlah Allah, kamu tiada mempunyai Tuhan selain daripadaNya. Dia yang menciptakan kamu dari bumi, dan menempatkan kamu padanya. Sebab itu mo
honkanlah ampun kepadaNya, kemudian taubatlah kamu kepadaNya;

sesungguhnya Tuhanku dekat dan memperkenankan doa."

Nabi Saleh berasal dr kalangan kaum Tsamud juga dari sebuah keluarga yg dihormati. Namun begitu kaum Tsamud tidak mahu menerima ajaran Nabi Saleh begitu saja. Mereka mahu Nabi Saleh menunjukkan mukjizat kpd mereka terlebih dahulu baharulah mereka akan mempercayai Nabi Saleh. Mereka menunjukkan sebuah batu besar dan mahu Nabi Saleh membelah Batu tersebut kpd 2 dan keluar seekor unta betina dari celah batu tersebut. Dgn izin Allah SWT, keluarlah seekor unta betina yg sgt cantik dr rekahan batu tersebut. Mereka yg mempercayai Nabi Saleh menjadi pengikutnya yg setia manakala yg masih ragu2 terus tidak mempercayainya.

Firman ALlah dalam

Surah Qaf . Ayat 12."Sebelum mereka, kaum Nuh, penduduk Rass dan Tsamud telah mendustakan (Rasul-rasul)."

Surah Al-Qamar Ayat 023."Tsamud (juga) mendustakan orang-orang yang memberikan peringatan."

Surah Asy-Syams Ayat 011."Tsamud mendustakan (Nabinya) disebabkan kesalahan yang melampaui batas."

Nabi Saleh memberitahu kaumnya agar membiarkan unta tersebut dan tidak membunuhnya, namun kaum Tsamud tidak mengendah amaran Nabi Saleh. Mereka telah membunuh unta tersebut dan bersuka ria atas keupayaan mereka membunuh unta tersebut.

Surah Al-Israa’ Ayat 59.
"Tiada yang menjadi halangan bagi Kami untuk mengirimkan keterangan-keterangan, melainkan kerana keterangan-keterangan itu telah didustakan oleh orang-orang yang pertama (dahulu). Dan Kami berikan kepada Tsamud unta betina satu bukti yang jelas, tetapi mereka berbuat salah kepadanya (membunuhnya). Dan tiadalah Kami mengirim keterangan-keterangan itu, melainkan untuk menakutkan."



Mereka juga tlh mengejek-ejek Nabi Saleh apabila berjaya membunuh unta tersebut. Namun Nabi Saleh tlh memberi amaran, "Bersuka ria lah kamu selama 3 hari sebelum Allah SWT menurun bala terhadap kamu".

Firman ALlah dlm Surah Adz-Dzariyaat Ayat 043."Dan tentang Tsamud (juga menjadi keterangan), ketika dikatakan kepada mereka: Bersukarialah kamu sampai waktunya!"

Nabi Saleh berharap dlm tempoh masa 3 hari tersebut, kaum nya akan insaf dan memohon ampun kpd Allah, ttp sebaliknya, mereka merancang pula utk membunuh Nabi Saleh. 9 org tlh dihntar utk membunuh Nabi Saleh, ttp Allah SWT tlh melindungi NabiNya dgn menghntar burung2 besar utk membunuh mereka.



Selepas 3 hari berlalu, kaum Tsamud yg engkar tlg dihapuskan oleh Allah SWT dgn petir dan kilat (ada pendpt yg mengata petir itu adalah pekikan oleh malaikat. Disbb kan kaum ini tidak dpt dibunuh dgn air sbb sistem
pgaliran mereka yg sgt canggih. Pekikan malaikat itu bergema memantul memenuhi segenap ruang pelosok tmpt tinggal kaum tsamud ini, spt canyon). (Sila rujuk gambar, semasa melalui ruang SIQ, iaitu lorong dicelah2 batu sebelum sampai ke Al-Khazanah atau The Treasury, terdpt garisan2 hitam dicelah2 batu tersebut. Menurut psnduduk disitu, itu adalah bekas panahan petir tersebut)

Firman Allah yg bermaksud : Surah Fussilat Ayat 13.
"Tetapi kalau mereka membelakang, katakanlah: Aku memberi peringatan kepada kamu dengan petir (seksaan keras) serupa petir (yang menimpa kaum) Ad dan Tsamud."

Surah Fussilat Ayat 17.
"Adapun Tsamud, mereka Kami beri pimpinan, tetapi mereka lebih mencintai buta (hati) dari menerima pimpinan kebenaran. Sebab itu mereka ditimpa petir seksaan kehinaan disebabkan usaha mereka."

Surah Al-Haaqqah Ayat 5.
"Dan Tsamud dibinasakan dengan hukuman yang luar biasa"

Begitulah kisah kaum yg mendustakan ajaran Nabi dan Rasul. Allah tlh memberi peringatan bhw mereka yg ingkar pasti akan diberi balasan suatu hari nnt.

Monday, August 20, 2007

Kepulangan Yang DiNanti

Kepulangan Yang DiNanti

Hari ini 19hb Ogos 2007. Hari yang dinanti-nanti untuk menyambut kepulangan Kak Long bercuti selepas pergi menuntut di Jordan pada September 2005. 2 tahun adik2 tak jumpa kak long, semasa kak long pergi dahulu, semua kecik-kecik lagi.... sekarang semua adik2 bujang kak long dah tinggi melangit, semua dah tinggi dari kak long... Selepas solat subuh, bersama hubby tersayang, saya ke pasar. Kak long dah pesan nak makan seafood, jadi hari ini selain ikan, kami pun pergi mencari udang, sotong dan ketam. Tapi hanya beli udang dan sotong sahaja sebab tgk ketam tak berapa elok, ringan sahaja... nanti lebih kulit dari isi. Bila di jentik2 pun pd cengkerangnya, bunyi lompong saja...itu bermakna isi nya tak padat...kemudian baru teringat ... laa hari ni baru 6 sya'aban, awal bulan..patut lah rasa ringan sahaja... (haa...ini petua yg saya dapat dari orang2 tua... tapi mmg selalu betul...wallahualam. Orang tua kata, kalau nak beli ketam, beli semasa bulan penuh, iaitu semasa bulan mengambang penuh. baru lah isi ketam tu padat dan penuh...!!) Balik dari pasar, masaklah ikan, sayur campur udang, dan sotong. Kak Long kata flight tiba KLIA pukul 2pm, so estimate masa kalau dari Shah Alam lebih kurang 45minit sampai, so pukul 1pm pun boleh bertolak. Ammar, Zubair dan Hana nak ikut pergi KLIA, Mu'adz demam so dia tinggal dengan Anas di rumah. Sebelum bertolak ke KLIA, bagi anak2 makan kenyang-kenyang dulu... ini strategi kalau nak pergi KLIA, sbb kalau tidak teruk jugak nak beli makanan dan minuman kat sana, mahal....kalau dia orang dah kenyang, taklah mintak beli itu ini kat sana... hehehe... sampai KLIA tepat pukul 2pm... tgk kat monitor, alamak flight Ettihad dari Abu Dhabi delayed!!! tak tahulah berapa lama delayed...so...jalan2 round tgk kedai2 kat situ...si Hana nampak kedai cokelat...apa lagi..."ummi nak cokelat!!!" hurm...kenalah belikan dia cokelat sikit... bagi tau Hana, "nanti kak long kan bawa balik cokelat dari Jordan, lagi sedap...!!!" so...dia pun tak lah buat hal...Alhamdulillah.
sempat lagi Hana dan Zubair posing semasa sedang menunggu.

Tiba-tiba Ammar bagi tau, "Ummi, flight kak long dah landed.." Berdebar-debar.... tapi....lamanya tunggu tak keluar-keluar.... Hana pun dah tak sabar, "Mana Kak long ni, tak keluar lagi ke ummi?" Saya pun hantar sms pada kak long, dia pun balas, "tengah tunggu beg nih, beg tak keluar lagik...." Biasalah...aku dulu pun pernah tunggu beg sampai lebih setengah jam...
sambil diri di balai ketibaan tu, aku lihat ramai jugak orang sedang tunggu, aku pun tanya kakak kat sebelah, "Tunggu siapa", dia pun jawab, "tunggu anak balik dari Jordan"..
. mmg ramai ibu bapa sedang tunggu anak mereka. Tiba2 ternampak Sharipah, kawan dan jiran. Pelik jugak sbb setahu aku anak dia yang sulung baru sekolah rendah...terus pergi jumpa dia, "Assalamualaikum Pah, tunggu siapa?" Pah pun menjawab, "Tunggu anak saudara dari Jordan..anak kakak tu...dia dari Muar..." oooo
kemudian baru aku diberitahu oleh kak long, satu flight dgn dia yg paling ramai student medic dari Jordan...46 orang!!!
Tiba-tiba Hana dan Zubair menjerit, " Ummi !.... tu kak long...!!!!" Aku pun menoleh, nampak lah kak long sedang mengheret troli keluar dari pintu ketibaan. Alamak...kurusnya kak long.... Kesian anak ummi, teruk sangat ke study medic... mmg nampak kurus, ke rindu kat orang kat Malaysia....
soo...azam kak long, nak makan banyak2 sebulan nih semasa kat malaysia, nak naikkan berat badan ...percaya tak? berat
dia kurang dari 40 kg!!!???



Sampai di rumah, Hana dan Zubair tak sabar-sabar nak tengok apa yang kak long bawak balik. Cepat lah bukak beg kak long....kata Hana... hurm...


Hana lah yang paling suka, sebab dia dapat gula-gula satu kotak, coklat satu kotak, dan gula2 batu...(rupanya macam batu, tapi rasa gula/coklat...)

Apa-apa pun Alhamdulillah aku panjatkan kpd Allah swt sbb anak ku selamat sampai ke Malaysia.
Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....