Showing posts with label Pak Latip. Show all posts
Showing posts with label Pak Latip. Show all posts

Wednesday, November 20, 2013

Pak Latip @ Abdul Latip Talib

Kenangan tahun 2007


Saya mula mengenali Pak Latip @ Abdul Latip Talib, seorang novelis Sejarah Islam yang tersohor di tanah air sejak tahun 2007 di dunia blogger.  Pada waktu itu, ramai orang mula berblogging termasuklah saya sendiri.. Pak Latip juga baru naik bermula menjadi seorang penulis novel sejarah Islam bernaung di bawah PTS.  Membaca novelnya yang pertama membuatkan saya tertarik kerana perbezaan dari segi olahan dan penyampaian cerita.. Berlainan dari buku-buku sejarah Islam yang biasa kita baca, novel sejarah Islam Pak Latib mempersembahkannya seperti kita sedang membaca sebuah novel biasa, membuatkan kita tidak rasa mengantuk hendak membacanya..malahan kita akan tidak sabar-sabar hendak menyudahkan pembacaan sehingga ke helaian yang terakhir...

selepas 6 tahun berlalu, Pak Latip telah menjadi seorang penulis yang tersohor ...dan baru-baru ini beliau telah mencoretkan sesuatu di wall fb beliau mengenai kisah tersebut...
 
(Dari wall fb Pak Latip 7 November 2013)

Novel sejarah yang saya tulis mula terbit pada tahun 2007. Saya mempromosikannya dalam blog. Antara rakan blog yang mula-mula tertarik untuk membelinya ialah Prof Madya Nurazzah.

Beliau berminat membeli dan membaca novel-novel sejarah pahlawan Islam setelah pulang dari menziarahi makam-makam pahlawan itu di Jordan dan Syria. Kerana begitu tertarik dengan kisah yang dipaparkan dalam novel itu maka beliau membeli dari saya dalam jumlah yang banyak lalu mempromosikan kepada kawan-kawannya di UiTM dan jiran-jiran di kawasan kediamannya. Dia melakukannya dengan sukarela.

Itulah antara kenangan yang tidak dapat dilupakan. Sebagai penulis novel-novel tersebut saya amat menghargai usaha yang dilakukannya. Terima kasih Prof Madya Nurazzah. Semoga Allah SWT membalas budi yang baik itu dengan pahala, rahmat dan keampunan-Nya. Amin.

Buah Betik buah Bidara
Elok diletak di atas peti
Sahabat baik bagaikan saudara
Kasih tersimpan di dalam hati.


Nukilan~
Abdul Latip Talib @ Pak Latip - Novelis Sejarah Islam yang tersohor di seluruh dunia

Wednesday, July 11, 2012

Masjid Duniaku

 Masjid Duniaku
Mengimarahkan Masjid, Membudayakan Ilmu

Salah satu usaha kerajaan Negeri Selangor dalam mengimarahkan masjid, membudayakan ilmu  telah diadakan pada 7-8 Julai 2012 bertempat di Mesjid Negeri Shah Alam..pelbagai aktiviti telah di atur untuk masyarakat Negeri Selangor menghadirinya ... pagi Sabtu, program bedah buku "Badiuzaman Said Nursi " oleh Abdul Latip Talib @ Pak Latip ... bersama Ustaz Zahiruddin Zabidi bersama buku beliau...diikuti dengan pelbagai bengkel penulisan , acara-acara untuk kanak-kanak dan pelbagai lagi ... 
Bersyukur lah wahai penduduk Negeri Selangor amnya dan masyarakat Bandaraya Shah Alam khususnya ...
 Alhamdulillah...tidak lama lagi pula Ramadhan akan menjelma ...semoga Allah panjangkan umurku dapat kiranya bertemu sekali lagi bulan Ramadhan yang mulia .. dan dapat menghadiri pelbagai aktiviti sepanjang bulan Ramadhan...masih ingat lagi Ramadhan tahun lepas, suasana sepanjang malam selepas berbuka puasa , solat maghrib, Isya' dan Tarawikh ... suasana yang ku rasa seperti berada di Mesjidil Haram ...
Ya Allah...aku merindui ingin berada beribadah di rumahMU Ya ALLAH ....

 Selepas selesai Pak Latip "bedah buku" Badiuzaman Said Nursi, diikuti oleh Ustaz Zahiruddin, seorang warga Turki tetapi sangat fasih berbahasa Melayu telah tampil untuk membaca petikan dari buku tersebut .  kelihatan sangat familiar rupa beliau, rupa-rupanya beliau ialah Bro Ibrahim ....(tak ingat nama akhir beliau) ... yang pernah muncul dalam rancangan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu suatu masa dahulu...(saya pernah menonton rancangan ini di mana peserta2 dari seluruh dunia menyampaikan pidato mereka dalam Bahasa Melayu! Sungguh kagum dengan mereka yang berbangsa asing berusaha untuk bertutur dalam Bahasa Melayu dengan baik..sedangkan ramai kaum Melayu di Malaysia ini sendiri..yang berbangga berbahasa selain dari Bahasa Melayu)

 Ustaz Zahiruddin Zabidi
 Buku hasil nukilan Ustaz Zahiruddin Zabidi : SRIKANDI-SRIKANDI YANG BENAR dan NIAN HATI SALSABILA
 Bersama Pak Latip dan rakan sekerja Jamilah dan suami
 Hana bersama Bro Ibrahim dari Turki yang fasih berbahasa Melayu
 Semasa kami minum di bawah, bertemu pula dengan blogger Abang Long dan anak
Kami duduk minum semeja dengan Cik Haryani ... kecil molek comel orangnya ..rupa-rupanya beliau ialah KETUA UNIT di PTS LITERA UTAMA SDN BHD.
Banyak tips-tips yang kami perolehi dari beliau ..

Saturday, July 7, 2012

Bedah Buku ~ Badiuzaman Syed Nursi

Dua hari sepanjang hujung minggu ini, 7 - 8hb Julai 2012, pelbagai program telah di atur untuk masyarakat memakmurkan mesjid di Mesjid Negeri Shah Alam...pagi ini kami pergi mendengar forum bedah buku/novel ~ oleh penulis novel Islam tersohor tanah air, Abdul Latip Talip @ lebih dikenali sebagai Pak Latip.

Saya telah mengenali Pak Latip beberapa tahun dahulu, sejak pembabitan awal Pak Latip dalam  menulis novel sejarah Islam...ada saya tuliskan di entri ini, dan ini.
Malam semalam membaca status Pak Latip di facebook bahawa beliau telah sampai di Shah Alam kerana hendak menghadiri majlis disebelah pagi ini di Mesjid Negeri.  Berasa sedikit kecewa kerana tidak dapat entertain Pak Latip  semalam kerana telah berjanji dengan anak hendak menghadiri forum di Surau At-Taqwa (seperti yg dinyatakan dalam entri yang lepas)


Kali ini Pak Latip berkunjung ke Shah Alam lagi untuk memberi penerangan dalam program bedah buku "Badiuzaman Syed Nursi" Novel terbaru yang Pak Latip tulis...
Jika hendak mengetahui siapakah dia, silalah beli novel terbaru Pak Latip ini...


 Bersama Pak Latip, Jamilah (rakan sekerja) dan suami

 Pak Latip sedang menanda-tangani novel Islam yang dibeli semasa PBAKL 2012 tempohari

Ummi , Hana dan Pak Latip


Saturday, December 18, 2010

TAHNIAH PAK LATIP!

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi TAHNIAH kepada ABDUL LATIP TALIB atau lebih dikenali sebagi PAK LATIP dikalangan bloggers...

 Novel Sejarah Islam Abu Bakar Sahabat Sejati diberi anugerah “Buku Umum Fiksyen Terbaik”.

Pak Latip ialah seorang penulis prolifik novel sejarah Islam yang tidak asing lagi di negara kita. 
Novel-novel sejarah Islam yang ditulis oleh Pak Latip sentiasa mendapat tempat di hati pembaca-pembaca tidak kira usia... Ini disebabkan cara penulisan beliau yang menggunakan Teknik Surah Yusuf yang diperkenalkan oleh Puan Ainon, taukeh besar syarikat penerbitan PTS, menyebabkan pembaca tidak mudah merasa jemu, sepertimana jika membaca kebanyakan buku-buku sejarah yang lain...

Novel-novel beliau juga telah beberapa diulang-cetak..sehinggakan beliau sudah boleh dianggap sebagai jutawan hasil daripada menerima royalti.

 Saya pernah berjumpa Pak Latip beberapa kali kerana memesan novel-novel beliau untuk saya dan rakan-rakan sepejabat. Boleh baca di sini dan di sini.
Beberapa bulan lepas saya telah berkunjung ke rumah beliau buat pertama kali kerana menghadiri majlis perkahwinan anak beliau.

Saturday, September 18, 2010

Kenduri Kahwin

Alhamdulillah, rezeki di bulan Syawal, kami sekeluarga dapat berkunjung ke majlis kenduri kahwin anak Pak Latip Talib, novelis sejarah Islam tersohor tanahair di Kanpung Kerangai, Negeri Sembilan hari ini. Ini adalah kali pertama saya dapat berkunjung dan melihat suasana kampung yang sangat damai dan tenang tanpa hiruk pikuk suasana bandar di daerah Jelebu, Negeri Sembilan ini... perjalanan ke kampung ini sangat mencabar dengan jalannya yang bak ular dipalu, serta naik turun bukit dan lembah...Alhamdulillah anak saya Mu'adz tidak ikut serta, jika tidak sudah pasti dia akan muntah di tengah jalan akibat mabuk dan pening...bagi kami yang pertama kali berkunjung ke sini, perjalanan mengambil masa 1 jam dari Seremban.


Isteri Pak Latip
Bersama Pak Latip sebelum berangkat pulang

Thursday, December 11, 2008

Abu Ubaidah


Tanggal 25 November 2008 yang lalu saya telah menerima sebuah bungkusan pos laju dari seorang penulis prolifik negara yang tidak asing lagi, iaitu Abdul Latip Talib. Beliau telah menghadiahkan novel sejarah Islam berjudul "Abu Ubaidah Penakluk Parsi"

Apa yang membuatkan saya sangat teruja untuk membaca novel sejarah islam ini adalah kerana mengenangkan kembali perjalanan saya "menjejak para sahabah" di bumi para anbiya, Jordan pada awal tahun 2007. Salah satu makam para sahabah yang telah saya ziarah adalah makam sahabah Abu Ubaidah Ibnu Al-Jarrah. Terkenang kembali saat-saat saya bersama anak saya Asma' dan rakan Nad beserta pemandu teksi yang sangat baik hati iaitu Hisyam menziarah makam tersebut. (Boleh baca entri tersebut di sini)

Mengikut kata Hisyam, makam tersebut berbau sangat wangi, bukan di sembur minyak wangi tetapi bau wangi semulajadi, yang keluar dari makam tersebut (tetapi semasa saya melawat makam tersebut, makam itu telah di tutup dengan cermin, mungkin untuk mengelakkan perbuatan tidak bertanggungjawab orang2 yang sangat taasub dan perbuatan memuja-muja makam).Hisyam si pemandu teksi sedang menerangkan sesuatu tentang makam Abu Ubaidah

Itulah petanda makam orang yang soleh...(teringat semasa saya menziarah makam Muadz Bin Jabal...wangi yang sangat harum tiada tandingnya dengan bau minyak wangi buatan manusia...)

Beliau adalah salah seorang dari 10 sahabah yang telah dijamin menjadi ahli syurga, seorang gabenor Islam yang unggul dan sangat amanah, sehingga
Saiyidina Umar Al-Khattab juga pernah berkata iaitu : "Abu Ubaidah adalah pemegang amanah umat ini." Ini membuktikan betapa tingginya penghormatan Rasulullah s.a.w dan para sahabat terhadap Abu Ubaidah Bin al- Jarrah.

Di bawah adalah sinopsis novel tersebut yang saya ambil dari blog Pak Latip:

Nama sebenarnya Amir bin Abdullah bin al Jarrah bin Hilal al Fihri Al Quraisy.
Beliau lahir di Mekah daripada sebuah keluarga Quraisy yang terhormat.
Termasuk orang yang awal masuk Islam selepas Abu Bakar as Siddiq.
Beliau salah seorang yang dijamin masuk syurga.
Berperawakan tinggi, kurus, berwibawa, bermuka ceria, selalu merendah diri, dan amat pemalu. Kerana itu beliau disenangi oleh mereka yang mengenalinya.
Selepas menjadi pengikut Nabi Muhammad SAW, Abu Ubaidah al-Jarrah sanggup menghadapi kesulitan dan bersifat berani ketika berada di medan perang.
Beliau mengikuti semua peperangan bersama Rasulullah SAW.

Dalam Perang Badar, Abu Ubaidah al-Jarrah cuba mengelak daripada bertembung dengan ayahnya yang berada dalam pasukan Quraisy yang menentang Rasulullah SAW. Tetapi ayahnya bersumpah hendak membunuh anaknya sendiri kerana menjadi pengikut Muhammad. Abdullah terus memburu anaknya hingga suatu ketika Abu Ubaidah al-Jarrah terpaksa berdepan dengan ayah sendiri. Dalam pertarungan itu Abu Ubaidah al-Jarrah membunuh ayahnya.
Beliau berasa amat sedih sehingga turun ayat Al-Quran Surah al-Mujadalah ayat 22 yang membenarkan tindakannya itu.

Semasa berlakunya Perang Uhud, Rasulullah SAW terkena anak panah lalu tersangkut pada rahang baginda. Abu Ubaidah al-Jarrah mencabut anak panah itu dengan giginya sehingga giginya tercabut.

Rasulullah SAW memberinya gelaran ‘Gagah dan Jujur’.

Sewaktu berlaku perbalahan di balai Bani Saadah mengenai perlantikan khalifah maka Abu Ubaidah al Jarrah berkata. “Wahai orang-orang Ansar. Kamu yang mula-mula menyokong perjuangan Islam. Saya harap janganlah pula kamu yang mula-mula menentangnya.

”Khalid al Walid yang bergelar pahlawan pedang Allah berasa hormat kepada Abu Ubaidah al Jarrah apabila menyertai pasukan tentera Islam di bawah pimpinannya.
Khalid berkata. “Wahai Abu Ubaidah, kamu yang lebih layak memimpin pasukan ini. Tetapi saya patuh dengan perintah khalifah.”

Hercules bertanya kepada salah seorang tenteranya yang dibebaskan oleh Abu Uabidah al Jarrah. “Sila engkau terangkan mengenai orang itu?”
Jawab tenteranya. “Sebenarnya dia menjadi pahlawan pada siang hari dan menjadi pendeta di malam hari. Dia tidak memakan sesuatu makanan melainkan setelah jelas halalnya. Tidak masuk ke dalam rumah melainkan mengucapkan salam. Apabila bertemu kawan-kawannya dia yang dulu mengucapkan salam. Dia menunggu musuhnya menyerang dulu baru dia datang memeranginya.”

Seorang penduduk Syam berkata. “Kami telah mengadu kesusahan kami kepada Herculis tetapi tidak diendahkannya. Maka Tuhan menyelamatkan kami dari kekejaman Rom dengan menghantar orang Arab. Sungguh besar nikmat yang dilimpahkan kepada kami.”

Setelah berjaya menakluk Parsi Abu Ubaidah al Jarrah dilantik menjadi Gabenor di Syam.

Apabila berlaku wabak taun dan Abu Ubaidah al Jarrah menjadi salah seorang mangsanya.

Beliau dikebumikan di Jordan.

Friday, August 17, 2007

Pertemuan kali kedua

Pertemuan kali kedua

Pada hari Rabu 15hb Ogos 2007, buat kali kedua saya menerima kunjungan Pak (sekarang Datuk, tapi lebih mesra panggil Pak) Latip Talib, penulis novel sejarah pahlawan islam terbitan PTS. Kali ini kunjungan beliau membawa pesanan novel sejarah pahlawan islam: Khalid Memburu Syahid dan Salahuddin Penakluk Jerusalem yg sudah kehabisan stok sewaktu kunjungan beliau kali pertama dahulu.
Ramai rakan-rakan saya yang memesan novel tersebut.

Salahudin Penakluk Jerusalem (cetakan ke 2) 30 naskhah
Khalid Memburu Syahid 28 naskhah
Ikramah Penentang Jadi Pembela 29 naskhah
Tariq Menang atau Syahid 30 naskhah


Pak Latip ada juga membawa bersama novel Beraraklah Awan Pilu karya beliau beberapa naskah dan sudah ada rakan yang membelinya. Saya gembira kerana berjaya mempromosikan novel sejarah pahlawan Islam di fakulti saya, ilmu yang berharga tidak berguna jika hanya disimpan sendiri, tidak di sampaikan kepada orang ramai. Pada saya novel sejarah pahlawan Islam Pak Latip telah berjaya memecah tembok besar penghalang generasi muda remaja untuk kembali menyemai semangat suka membaca bahan-bahan yang membina minda dan semangat cintakan tokoh2 sejarah Islam. Semoga anak-anak remaja ini akan membangun semangat utk mempunyai sifat-sifat seperti pahlawan Islam ini mempertahankan agama Islam yang semakin diperkotak-katik kan oleh Barat dan konco-konconya. Apatah lagi di pasaran berlambak bahan-bahan bacaan majalah hiburan, komik, kartun yang meleka dan melalaikan. Memang itu lah agenda Barat, mereka mahu walaupun orang Islam itu ramai, tetapi Barat tidak takut kerana mereka tahu itu hanyalah seperti buih-buih di lautan.....

Friday, July 20, 2007

Bertemu Penulis Novel Sejarah Islam

20072007 Bertemu Penulis Novel Sejarah Islam

Hari yang bersejarah ! Sempena tarikh yang cantik ini 20072007 , penulis novel sejarah islam yang ku kenali melalui alam cyber ini, telah datang ke pejabat ku, menghantar novel2 nukilan beliau mengenai sejarah Pahlawan Islam yang dipesan oleh rakan-rakanku.

ABDUL LATIP TALIB, seorang penulis yang sedang meningkat naik menulis dalam bidang sejarah pahlawan Islam dan juga pahlawan Melayu tanah air.

Sungguh terharu apabila penulis sendiri sanggup datang menghantar....ku abadikan gambar kenang-kenangan di bawah:


Penulis bersama anak bongsu, yang sedang belajar di peringkat sarjana di UKM, bangi.







Abdul Latip Talib sedang menandatangani novel-novel Sejarah Pahlawan Islam kepunyaan ku..







Penulis bersama Rosenah (rakan sepejabat yang memesan novel sejarah pahlawan islam) dan saya....




Friday, July 6, 2007

Tajuk Johor atau Tambak Johor?

'Tajuk Johor' atau 'Tambak Johor'?

Selepas membaca n3 di blog penulis Abdul Latip Talib mengenai buku terbarunya yang akan terbit di akhir bulan July ini bertajuk Si Bongkok Tanjung Puteri. Pak Latip mengatakan senikata lagu 'Tanjung Puteri' in akan dicetak di belakang novel tersebut. Cuma yang saya musykilkan ialah samada 'Tajuk' atau 'Tambak'... sebab selalu dengar ibu saya menyanyi lagu tu sejak saya kecil .... ibu nyanyi 'Tambak Johor....' , tapi bila saya surf www.imeem.com saya jumpa lagu ini yang dinyanyikan oleh artis Othman Hamzah. Bila saya hayati betul2 memang dia sebut 'Tajuk Johor...'
Entahlah.....tapi saya memang suka sangat lagu nih...mendayu-dayu...(anak2 Johor sila lah pastikan ya... Pak Latip kata sangat mustahak sebab nak cetak senikata ni kat belakang novel terbarunya...)
*Pak Latip, saya nak booking siap2 keluaran sulung novel nih ya... ;-)


Tanjung Puteri

Tajuk Johor Tanjung Puteri

Selat Teberau airnya biru
Di Pantai Lido tepian mandi
Sepanjang masa di hari minggu

Atas bukit Tanjung Puteri
Taman hiburan indah berseri
Pemandangan menawan hati
Jalan tambak hubungan negeri

( korus ) Tanjung Sekijang nun di kuala
Tempat nelayan mengail gelama
Istana Hinggap di Kuala Danga
Pantai berkelah keluarga diRaja

Dari Tebrau orang berakit
Singgah Setulang membeli kopi
Pusara Si Bongkok di lereng bukit
Di tepi pantai Tanjung Puteri

Wednesday, June 20, 2007

Hobi 3 - Membaca

Hobi 3 - Membaca

N3 ini mengisahkan hobi ke-3 iaitu membaca. Sejak dari kecil aku memang suka membaca apa sahaja bahan bacaan yang boleh didapati. Kecil2 suka baca komik kartun dan buku cerita yang ringan dan cerpen. Apabila semakin dewasa sudah mula berjinak2 dgn novel. Apa sahaja novel yang boleh kupinjam dari kawan, perpustakaan sekolah atau perpustakaan awam (tapi jarang pergi kerana dulu tak banyak pilihan, dulu juga tak mampu nak beli, kalau nak beli jugak, kena simpan duit belanja sekolah sikit2).

Teringat semasa remaja, kakak ku cukup sakit hati jika aku mendapat sesebuah buku utk dibaca. Bukan apa, kerana mmg sifatku kalau dah start baca satu buku tu, aku tidak akan berhenti membaca sehinggalah sampai ke penghujungnya dan tahu apa kesudahan cerita. Aku seolah-olah berada dalam dunia lain...duniaku tersendiri..... Ini akan menyebabkan aku meng'abai'kan segala kerja yg disuruhnya....! Akhirnya dia kena/terpaksa menghabiskan kerja yg aku sedang buat...mana dia tak sakit hati...hehehe....
Contohnya jika giliranku mengemas rumah, sedang menyapu tiba2 terjumpa novel di kerusi, apa lagi...terus berhenti dan duduk membaca...sehinggalah ke akhir mukasurat..!!! Tugas mengemas dan menyapu tidak selesai...!!! Kesiann kakak ku....

Sekarang tidak pernah lupa untuk mengunjungi Pesta Buku Antarabangsa KL utk mendapatkan koleksi buku2 terkini (kecuali tahun ini, kami ada sesuatu perkara sehingga terlepas pesta buku tersebut). Antara novel yang aku suka baca adalah novel karya Arena Wati, Pak Sako, Shahnon Ahmad dan A.Samad Said.

Melalui blogsphere ini, aku telah mengenali beberapa orang penulis yang sedang mengukir nama di persada sastera tanahair, di antaranya ezee rahmani, Abdul Latip Talib dan Lily Haslina.
Baru-baru ini aku telah memesan beberapa novel sejarah pahlawan islam yang ditulis oleh Pak Latip.... Aku sangat teruja untuk membacanya kerana ingin mengetahui bagaimana kisah sejarah pahlawan Islam ini di sampaikan.
Semalam, Isnin tepat pukul 2:15ptg posmen sampai dan menyerahkan sebuah bungkusan. Ketika itu anakku Anas baru balik dari sekolah, dia pun tanya, "Ummi...kotak apa ni?"

Aku ketika itu sudah dapat mengagak apa isi kandungannya, menjawab, "Oh..ummi beli buku cerita..."

Anas berkata lagi, "Nak tengok..."

"Ok...Anas bukak lah ...kita tengok buku apa"
Setelah dibuka, aku terus mencapai buku Salahudin Penakluk Jerusalem. Teringat kembali sewaktu aku melawat makam Salahudin Al-Ayubi di Damsyik, Syria pada bulan Mac yg lalu.

Tapi anakku Anas berkata, " alaaa....Anas nak baca yang itu..."

"Hurm...okay lah..., bagi ummi baca Ikramah Penentang Jadi Pembela "...

Jadi waktu-waktu seterusnya tenggelam lah kami dalam dunia pembacaan kami mengenai sejarah pahlawan islam....

Tepat pukul 5:30 ptg..... aku habis membaca buku tersebut.... dalam masa 3 jam sahaja!!!

Aku pun mencari anakku Anas hendak memberitahunya bahawa aku sudah habis baca,
"Mana Anas ni..?"

"Anas di dapur, tgh goreng roti canai..." kata bibik...

dan aku lihat......
hahaha...dia sedang kusyuk membaca sambil menunggu roi canai masak....


Pukul 6 ptg aku ada program di rumah sahabat. Lebih kurang pukul 9 malam aku pulang ke rumah, buka sahaja pintu lihat ..........
laaa....masih membaca novel Salahudin .....


Esoknya balik dari sekolah, Anas menyambung lagi membaca dan khatam pd pukul 4 ptg....Pagi ini sebelum ke sekolah, selepas sarapan dilihat Anas sedang membaca novel ke-2, iaitu Khalid Memburu Syahid...


2-3 hari ini aku sibuk dgn kursus dan bengkel, jadi tak sempat nak sambung baca...tunggu weekend nanti....


** utk Pak Latip, insyaAllah saya akan bagi komen / pendapat tidak lama lagi .... hurm..tak sabar nak habiskan kesemua novel tersebut...
Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....