Monday, May 14, 2007

Jejak Sahabah I - Khalid Bin Al-Walid & Mu'adz Bin Jabal

"Jejak Sahabah I" - Khalid Bin Al-Walid & Mu'adz Bin Jabal

Besides Al-Himma there is a small hill. This is the site of the Battle of Yarmouk under the leadership of Venerable Companion Khalid bin Al-Walid in the year 639 AD.

I was so excited to be there, not forgetting to pray do'a for the sahabah.

Selepas berjaya menakluki Iraq, Panglima Khalid Al-Walid telah dihantar ke bumi Syam utk berdakwah kpd bangsa Rom oleh Khalifah Abu Bakar As-Siddiq. Namun kedegilan bangsa Rom telah menyebabkan beliau melancarkan perang .


Tentera muslimin hanya berjumlah 30,000 org sedangkan tentera Rom jauh lebih banyak iaitu melebihi 100,000 orang. Namun berbekalkan ketaqwaan kepada Allah dan strategi yg licik oleh Panglima Khalid Al-Walid, kaum muslimin telah dapat mengalahkan tentera Rom.

Kekalahan ini
membuat kaisar Heraclius meninggalkan daerah Syam (Suriah dan sekitarnya) dan menyerahkannya ke tangan kaum muslimin.

"Pedang Allah" begitu lah nama julukan yg diberikan oleh Nabi Muhammad s.a.w kpd beliau.

Selepas tamat Peperangan Yarmouk, Saidina Omar Al-Khattab telah dilantik menjadi Khalifah selepas kewafatan Khalifah Abu Bakar As-Siddiq. Beliau telah menggantikan pangkat Panglima Perang dari Khalid Al-Walid kpd Abu Ubaydah Bin Jarrah. Sebenarnya tujuan beliau berbuat demikian adalah kerana pada waktu itu, semua orang amat memuji dan menyanjung Panglima Khalid Al-Walid. Beliau tidak mahu orang ramai mengagung-agungkan sangat panglima Khalid Al-Walid.

Namun begitu Panglima Khalid Al-Walid tidak membantah walaupun ketika itu jika dibandingkan Abu Ubaydah dangan beliau, Abu Ubaydah tiada ada apa-apa. Dengan semangat kesatriaan Khalid Al-Walid mengatakan beliau berperang adalah kerana Allah SWT bukannya kerana Omar, lalu menyerahkan kendati pucuk pimpinan kepada Abu Ubaydah.
Beliau meneruskan menyertai peperangan di bawah pimpinan Abu Ubaydah sehingga akhir hayat dan di kebumikan di Homs, Syria.



As is was still early and we have time, Hisham asked me whether I want to see a few other sahabah's tomb and shrine. As I saw this as an opportunity that must not deny, I said yes.










So,Hisham drove me to another famous sahabah's tomb, Mu'adz Bin Jabal.
It was around 1/2 hour drive from the site of the Battle of Yarmouk.

Alhamdulillah, it was open when we arrive there.





When Hisham and I, together with the guard entered into a room where the tomb of Mu'adz Bin Jabal is located, we smelled a very nice smell. At first I thought the guard put some kind of perfume there, but when I asked the guard said it is the smell from the tomb itself..!

Masyaallah... Subhanallah ....
Allahuakbar





Masyaallah... I don't know how to describe my feeling at that time... Inilah yg dikata bau dari Syurga... SANGAT HARUM TIDAK SAMA DGN BAU MINYAK WANGI ....meleleh air mataku tika itu, bukan menangis kesedihan tetapi gembira dan terharu kerana dapat berada di salah satu makam sahabah yang telah dijanjikan syurga.

Dalam riwayat keislaman, Muaz termasuk di dalam rombongan yang berjumlah sekitar 72 orang Madinah yang datang bersumpah setia (bai'ah) kepada Rasulullah. Setelah mengucapkan sumpah setia, tak lama Muaz kembali ke Madinah sebagai seorang pendakwah Islam di dalam masyarakat Madinah. Ia berhasil mengislamkan beberapa orang sahabat yang terkemuka seperti misalnya Amru bin Al-Jamuh.


Makam anak Mu'adz iaitu Abdullah Bin Mu'adz Bin Jabal juga terletak di ruang yang sama

Pada waktu Nabi Muhammad berhijrah ke Madinah, Muaz senantiasa berada bersama dengan Rasulullah sehingga ia dapat memahami Al-Qur'an dan syariat-syariat Islam dengan baik. Hal tersebut membuatnya di kemudian hari muncul sebagai seorang yang paling ahli tentang Al-Qur'an dari kalangan para sahabat. Ia adalah orang yang paling baik membaca Al-Qur'an serta paling memahami syariat-syariat Allah. Oleh sebab itulah Rasulullah memujinya dengan bersabda, "Yang kumaksud umatku yang paling alim tentang halal dan haram ialah Muaz bin Jabal." (HR. Tarmizi dan Ibnu Majah). Selain itu, Muaz merupakan salah satu dari enam orang yang mengumpulkan Al-Qur'an pada zaman Rasulullah.

Pada zaman Khalifah Omar, beliau telah dihantar ke Palestin untuk menjadi guru Al-Qur'an di sana. Pada ketika itu negara Palestin telah diserang wabak penyakit Taun, lalu Mu'adz juga telah dijangkiti dan wafat oleh penyakit tersebut.

Hurm... bagaikan masih tercium-cium bau harum tersebut..... Amin.

2 comments:

  1. Inilah antara makam para sahabat yang ingin saya ziarahi. InsyaAllah.

    Kalau puan membaca novel Khalid Memburu Syahid yang saya tulis terdapat sedikit perpezaan.

    Khalid mendapat gelaran "Pedang Allah" ketika perang Muktah bukan perang Yarmuk.

    Khalid dilucutkan jawatannya sebagai ketua panglima Islam oleh Saidina Umar ketika perang Yarmuk sedang memuncak. Bukan selepas perang Yarmuk. hehe

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah bila buku2 yg saya pesan dah sampai saya akan baca... sebenarnya mmg gelaran 'Pedang Allah' diberikan semasa perang Mu'tah.... Mu'tah tu di Jordan juga, saya tak sempat nak pergi situ...Semasa Perang Mu'tah ada 3 org sahabah yang telah syahid... dan makam mereka berada di sana...IA lain kali saya nak pergi situ pulak...

    ReplyDelete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....