Showing posts with label novel Islam. Show all posts
Showing posts with label novel Islam. Show all posts

Wednesday, November 20, 2013

Pak Latip @ Abdul Latip Talib

Kenangan tahun 2007


Saya mula mengenali Pak Latip @ Abdul Latip Talib, seorang novelis Sejarah Islam yang tersohor di tanah air sejak tahun 2007 di dunia blogger.  Pada waktu itu, ramai orang mula berblogging termasuklah saya sendiri.. Pak Latip juga baru naik bermula menjadi seorang penulis novel sejarah Islam bernaung di bawah PTS.  Membaca novelnya yang pertama membuatkan saya tertarik kerana perbezaan dari segi olahan dan penyampaian cerita.. Berlainan dari buku-buku sejarah Islam yang biasa kita baca, novel sejarah Islam Pak Latib mempersembahkannya seperti kita sedang membaca sebuah novel biasa, membuatkan kita tidak rasa mengantuk hendak membacanya..malahan kita akan tidak sabar-sabar hendak menyudahkan pembacaan sehingga ke helaian yang terakhir...

selepas 6 tahun berlalu, Pak Latip telah menjadi seorang penulis yang tersohor ...dan baru-baru ini beliau telah mencoretkan sesuatu di wall fb beliau mengenai kisah tersebut...
 
(Dari wall fb Pak Latip 7 November 2013)

Novel sejarah yang saya tulis mula terbit pada tahun 2007. Saya mempromosikannya dalam blog. Antara rakan blog yang mula-mula tertarik untuk membelinya ialah Prof Madya Nurazzah.

Beliau berminat membeli dan membaca novel-novel sejarah pahlawan Islam setelah pulang dari menziarahi makam-makam pahlawan itu di Jordan dan Syria. Kerana begitu tertarik dengan kisah yang dipaparkan dalam novel itu maka beliau membeli dari saya dalam jumlah yang banyak lalu mempromosikan kepada kawan-kawannya di UiTM dan jiran-jiran di kawasan kediamannya. Dia melakukannya dengan sukarela.

Itulah antara kenangan yang tidak dapat dilupakan. Sebagai penulis novel-novel tersebut saya amat menghargai usaha yang dilakukannya. Terima kasih Prof Madya Nurazzah. Semoga Allah SWT membalas budi yang baik itu dengan pahala, rahmat dan keampunan-Nya. Amin.

Buah Betik buah Bidara
Elok diletak di atas peti
Sahabat baik bagaikan saudara
Kasih tersimpan di dalam hati.


Nukilan~
Abdul Latip Talib @ Pak Latip - Novelis Sejarah Islam yang tersohor di seluruh dunia

Wednesday, July 11, 2012

Masjid Duniaku

 Masjid Duniaku
Mengimarahkan Masjid, Membudayakan Ilmu

Salah satu usaha kerajaan Negeri Selangor dalam mengimarahkan masjid, membudayakan ilmu  telah diadakan pada 7-8 Julai 2012 bertempat di Mesjid Negeri Shah Alam..pelbagai aktiviti telah di atur untuk masyarakat Negeri Selangor menghadirinya ... pagi Sabtu, program bedah buku "Badiuzaman Said Nursi " oleh Abdul Latip Talib @ Pak Latip ... bersama Ustaz Zahiruddin Zabidi bersama buku beliau...diikuti dengan pelbagai bengkel penulisan , acara-acara untuk kanak-kanak dan pelbagai lagi ... 
Bersyukur lah wahai penduduk Negeri Selangor amnya dan masyarakat Bandaraya Shah Alam khususnya ...
 Alhamdulillah...tidak lama lagi pula Ramadhan akan menjelma ...semoga Allah panjangkan umurku dapat kiranya bertemu sekali lagi bulan Ramadhan yang mulia .. dan dapat menghadiri pelbagai aktiviti sepanjang bulan Ramadhan...masih ingat lagi Ramadhan tahun lepas, suasana sepanjang malam selepas berbuka puasa , solat maghrib, Isya' dan Tarawikh ... suasana yang ku rasa seperti berada di Mesjidil Haram ...
Ya Allah...aku merindui ingin berada beribadah di rumahMU Ya ALLAH ....

 Selepas selesai Pak Latip "bedah buku" Badiuzaman Said Nursi, diikuti oleh Ustaz Zahiruddin, seorang warga Turki tetapi sangat fasih berbahasa Melayu telah tampil untuk membaca petikan dari buku tersebut .  kelihatan sangat familiar rupa beliau, rupa-rupanya beliau ialah Bro Ibrahim ....(tak ingat nama akhir beliau) ... yang pernah muncul dalam rancangan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu suatu masa dahulu...(saya pernah menonton rancangan ini di mana peserta2 dari seluruh dunia menyampaikan pidato mereka dalam Bahasa Melayu! Sungguh kagum dengan mereka yang berbangsa asing berusaha untuk bertutur dalam Bahasa Melayu dengan baik..sedangkan ramai kaum Melayu di Malaysia ini sendiri..yang berbangga berbahasa selain dari Bahasa Melayu)

 Ustaz Zahiruddin Zabidi
 Buku hasil nukilan Ustaz Zahiruddin Zabidi : SRIKANDI-SRIKANDI YANG BENAR dan NIAN HATI SALSABILA
 Bersama Pak Latip dan rakan sekerja Jamilah dan suami
 Hana bersama Bro Ibrahim dari Turki yang fasih berbahasa Melayu
 Semasa kami minum di bawah, bertemu pula dengan blogger Abang Long dan anak
Kami duduk minum semeja dengan Cik Haryani ... kecil molek comel orangnya ..rupa-rupanya beliau ialah KETUA UNIT di PTS LITERA UTAMA SDN BHD.
Banyak tips-tips yang kami perolehi dari beliau ..

Saturday, December 18, 2010

TAHNIAH PAK LATIP!

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi TAHNIAH kepada ABDUL LATIP TALIB atau lebih dikenali sebagi PAK LATIP dikalangan bloggers...

 Novel Sejarah Islam Abu Bakar Sahabat Sejati diberi anugerah “Buku Umum Fiksyen Terbaik”.

Pak Latip ialah seorang penulis prolifik novel sejarah Islam yang tidak asing lagi di negara kita. 
Novel-novel sejarah Islam yang ditulis oleh Pak Latip sentiasa mendapat tempat di hati pembaca-pembaca tidak kira usia... Ini disebabkan cara penulisan beliau yang menggunakan Teknik Surah Yusuf yang diperkenalkan oleh Puan Ainon, taukeh besar syarikat penerbitan PTS, menyebabkan pembaca tidak mudah merasa jemu, sepertimana jika membaca kebanyakan buku-buku sejarah yang lain...

Novel-novel beliau juga telah beberapa diulang-cetak..sehinggakan beliau sudah boleh dianggap sebagai jutawan hasil daripada menerima royalti.

 Saya pernah berjumpa Pak Latip beberapa kali kerana memesan novel-novel beliau untuk saya dan rakan-rakan sepejabat. Boleh baca di sini dan di sini.
Beberapa bulan lepas saya telah berkunjung ke rumah beliau buat pertama kali kerana menghadiri majlis perkahwinan anak beliau.

Thursday, December 11, 2008

Abu Ubaidah


Tanggal 25 November 2008 yang lalu saya telah menerima sebuah bungkusan pos laju dari seorang penulis prolifik negara yang tidak asing lagi, iaitu Abdul Latip Talib. Beliau telah menghadiahkan novel sejarah Islam berjudul "Abu Ubaidah Penakluk Parsi"

Apa yang membuatkan saya sangat teruja untuk membaca novel sejarah islam ini adalah kerana mengenangkan kembali perjalanan saya "menjejak para sahabah" di bumi para anbiya, Jordan pada awal tahun 2007. Salah satu makam para sahabah yang telah saya ziarah adalah makam sahabah Abu Ubaidah Ibnu Al-Jarrah. Terkenang kembali saat-saat saya bersama anak saya Asma' dan rakan Nad beserta pemandu teksi yang sangat baik hati iaitu Hisyam menziarah makam tersebut. (Boleh baca entri tersebut di sini)

Mengikut kata Hisyam, makam tersebut berbau sangat wangi, bukan di sembur minyak wangi tetapi bau wangi semulajadi, yang keluar dari makam tersebut (tetapi semasa saya melawat makam tersebut, makam itu telah di tutup dengan cermin, mungkin untuk mengelakkan perbuatan tidak bertanggungjawab orang2 yang sangat taasub dan perbuatan memuja-muja makam).Hisyam si pemandu teksi sedang menerangkan sesuatu tentang makam Abu Ubaidah

Itulah petanda makam orang yang soleh...(teringat semasa saya menziarah makam Muadz Bin Jabal...wangi yang sangat harum tiada tandingnya dengan bau minyak wangi buatan manusia...)

Beliau adalah salah seorang dari 10 sahabah yang telah dijamin menjadi ahli syurga, seorang gabenor Islam yang unggul dan sangat amanah, sehingga
Saiyidina Umar Al-Khattab juga pernah berkata iaitu : "Abu Ubaidah adalah pemegang amanah umat ini." Ini membuktikan betapa tingginya penghormatan Rasulullah s.a.w dan para sahabat terhadap Abu Ubaidah Bin al- Jarrah.

Di bawah adalah sinopsis novel tersebut yang saya ambil dari blog Pak Latip:

Nama sebenarnya Amir bin Abdullah bin al Jarrah bin Hilal al Fihri Al Quraisy.
Beliau lahir di Mekah daripada sebuah keluarga Quraisy yang terhormat.
Termasuk orang yang awal masuk Islam selepas Abu Bakar as Siddiq.
Beliau salah seorang yang dijamin masuk syurga.
Berperawakan tinggi, kurus, berwibawa, bermuka ceria, selalu merendah diri, dan amat pemalu. Kerana itu beliau disenangi oleh mereka yang mengenalinya.
Selepas menjadi pengikut Nabi Muhammad SAW, Abu Ubaidah al-Jarrah sanggup menghadapi kesulitan dan bersifat berani ketika berada di medan perang.
Beliau mengikuti semua peperangan bersama Rasulullah SAW.

Dalam Perang Badar, Abu Ubaidah al-Jarrah cuba mengelak daripada bertembung dengan ayahnya yang berada dalam pasukan Quraisy yang menentang Rasulullah SAW. Tetapi ayahnya bersumpah hendak membunuh anaknya sendiri kerana menjadi pengikut Muhammad. Abdullah terus memburu anaknya hingga suatu ketika Abu Ubaidah al-Jarrah terpaksa berdepan dengan ayah sendiri. Dalam pertarungan itu Abu Ubaidah al-Jarrah membunuh ayahnya.
Beliau berasa amat sedih sehingga turun ayat Al-Quran Surah al-Mujadalah ayat 22 yang membenarkan tindakannya itu.

Semasa berlakunya Perang Uhud, Rasulullah SAW terkena anak panah lalu tersangkut pada rahang baginda. Abu Ubaidah al-Jarrah mencabut anak panah itu dengan giginya sehingga giginya tercabut.

Rasulullah SAW memberinya gelaran ‘Gagah dan Jujur’.

Sewaktu berlaku perbalahan di balai Bani Saadah mengenai perlantikan khalifah maka Abu Ubaidah al Jarrah berkata. “Wahai orang-orang Ansar. Kamu yang mula-mula menyokong perjuangan Islam. Saya harap janganlah pula kamu yang mula-mula menentangnya.

”Khalid al Walid yang bergelar pahlawan pedang Allah berasa hormat kepada Abu Ubaidah al Jarrah apabila menyertai pasukan tentera Islam di bawah pimpinannya.
Khalid berkata. “Wahai Abu Ubaidah, kamu yang lebih layak memimpin pasukan ini. Tetapi saya patuh dengan perintah khalifah.”

Hercules bertanya kepada salah seorang tenteranya yang dibebaskan oleh Abu Uabidah al Jarrah. “Sila engkau terangkan mengenai orang itu?”
Jawab tenteranya. “Sebenarnya dia menjadi pahlawan pada siang hari dan menjadi pendeta di malam hari. Dia tidak memakan sesuatu makanan melainkan setelah jelas halalnya. Tidak masuk ke dalam rumah melainkan mengucapkan salam. Apabila bertemu kawan-kawannya dia yang dulu mengucapkan salam. Dia menunggu musuhnya menyerang dulu baru dia datang memeranginya.”

Seorang penduduk Syam berkata. “Kami telah mengadu kesusahan kami kepada Herculis tetapi tidak diendahkannya. Maka Tuhan menyelamatkan kami dari kekejaman Rom dengan menghantar orang Arab. Sungguh besar nikmat yang dilimpahkan kepada kami.”

Setelah berjaya menakluk Parsi Abu Ubaidah al Jarrah dilantik menjadi Gabenor di Syam.

Apabila berlaku wabak taun dan Abu Ubaidah al Jarrah menjadi salah seorang mangsanya.

Beliau dikebumikan di Jordan.

Monday, July 23, 2007

Ayat-Ayat Cinta

Ayat-Ayat Cinta ~ 7 Milestones of Love


Category: Books
Genre: Religion; Spirituality
Author: Habiburrahman El Shirazy
Novel ini sebenarnya sudah lama berada di pasaran, tetapi saya baharu sahaja membacanya
pada bulan Mac yanglepas.
Novel ini, mmg best! Sebelum saya berangkat ke Jordan pd bulan Mac lepas,
anak saya di sana berpesan, "Ummi tolong carikan novel "Ayat-Ayat Cinta". dalam hati berkata,
"Hish..apalah anakku ini nak baca novel jiwang nih.." tapi carilah juga... pergi MPH dah habis
semua MPH ~di Giant sek 13, di SACC Mall dan Subang Parade) , kedai buku di Kompleks PKNS
pun dah habis, last2 teringat kedai buku SMART di Shah Alam Mall.
Bila ke sana, rupa-rupanya ada banyak kat situ..(mungkin stok baru sampai). belilah satu..
jadi sebelum anakku baca, mak kena baca dulu..apa yang anakku kata best sangat tu...
ingat nak baca sikit2 saja.. tapi biasalah, bila novel dah kat tangan, terus lekat dan baca
sehingga ms yg terakhir...tak sedar airmata mengalir sehingga anak ku yg kecil tanya
"Knp ummi nangis baca buku tu?" mmg betul komen k endok seperti di bawah...
7 milestones of love.....5-star (*****) utk novel ini!
 
~~~~~~~~~~~~~~~~~
Mengikuti perjalanan seorang pemuda warak, berilmu dan beramal bernama Fahri menyebabkan aku hanyut-seolah-olah berada negeri Musa-Mesir. Dalam musafir ini aku temui 7 ayat ayat cinta (love milestones) yang perlu di telusuri, di hayati dan di alami sedalamnya.

Milestone atau ayat cinta pertama ialah menuntut ilmu-

Menuntut ilmu semata-mata kerana Allah-demi dakwah membela agama tercinta! Ternyata kesusahan Fahri dalam menuntut ilmu dengan ulama terkenal seperti mengajak kita untuk bergerak ke arah jalan yang sama.

Biarpun dipanggang panas mentari dan dibaham bahang pasir sahara atau hujan atau dingin salju-ilmu itu harus ditagih. Biarpun banyak ranjau dan duri yang mesti di harungi. Dalam menggeluti proposal thesis,penuh tekad dan berjaya diselia oleh professor yang menjadi idolanya. Dia sempat menerjemah karya karya klasik Islami Agung yang tersembunyi
berkurun lama di khanzanah Bahasa Arab untuk di 'nusantara'kan. Satu perjuangan seorang pelajar yang bukan mudah, amat sukar malah impossible!.

Milestone Cinta kedua- love is universally islamic

Begitu universal cinta itu rupanya. Penuh humanistic. Jika tidak, mana mungkin Fahri boleh cintakan keluarga Maria-yang berlainan agama.
Demikianlah, cinta itu harus disebarkan baik muslim atau non-muslim yang tidak memusuhi kita. Jelas di sini cinta itu sifatnya 'give and take'. Perlu ada yang memberi dan menerima.

Milestone Cinta ketiga adalah cinta kepada persahabatan.

Ternyata Fahri telah menjadi contoh teladan yang perlu diikuti. Satu uswah hasanah yang mulia dan pekerti yang dikaguni perlu ditiru. Kawan kawan serumah begitu mencintainya kerana akhlak dan pergaulan yang begitu tulus. Ini boleh dilihat semasa Fahri ditimpa musibah 'heat
stroke'.Teman-temannya berganti berjaga malam-sanggup berkorban masa dan tenaga.
Bilamana melihat Saiful tertidur di permaidani, kerana letih menjaganya,lantas Fahri berkata: Ana uhibbuka fillah ya akhi-Aku mencintaimu kerana Allah saudaraku!. Belum lagi penderma misteri (siapa malaikat itu) yang membayar semua ongkos perubatan Fahri di hospital!

Milestone cinta keempat adalah kemuncak segala-galanya yang menjadi idaman setiap remaja zaman ini. Cinta selepas nikah!
>
Masyallah, novel ini menjelaskan dengan begitu detail dan teliti. Gelagat Fahri dan Aisha di malam perkenalan yang begitu mempesonakan. Ada rasa sebak ketika membacanya. Meremang. Seram sejuk. Inilah jalan-jalan untuk remaja/pemuda pemudi kita perlu amati dalam mencari
pasangan. Perlu ada orang ketiga-yang pastinya kita kenal dan percayai!

Keromantikan cinta selepas kahwin ternyata tiada taranya. Full of Thrills, Nombor wahid-first class. Inilah asasnya untuk bercinta. Foundation yang kukuh. Bulan madu di Sungai Nil Fahri sambil membelailembut rambut wangi Aisha di apartment sambil melihat bulan begitu
romantis. Cinta Halal-Inilah cinta yang UTAMA!


Sifat suka berkorban adalah milestone cinta yang kelima.

Fahri telah menunjukkan pedoman bagaimana dia bersabar ketika bumbung rumah sewanya bocor, tirisan air menitis dari rumah Maria. Sabar dan berkorban. Tentu yang paling INDAH adalah pengorbanan Aisha-isteri solehah yang sanggup berpoligami. Untuk Maria. Untuk maruah suami dan keluarga. Untuk agama! Allahuakbar!


Milestone Cinta keenam yang kukira begitu penting adalah cintai kebenaran.

Maria telah menunjuk jalan. Kebenaran itu tertanam dalam kalimah syahadah! Lailahaillah Muhammadurrasulullah! (Tiada tuhan selain Allah dan nabi Muhammad itu pesuruh Allah!). Ia kunci syurga. Itulah kunci yang dibawa Maria sebelum kematiannya. Saat yang tragis dan menyebabkan aku bergenang airmata!terutama apabila Maria tidak berhenti berqasidah
dan bertasbih menyebut nama ALlah antara kedua bibirnya yang semakin kering. Sungguh tragis watak Maria dimatikan! Mengapa perlu watak Maria dimatikan. aku tidak puas hati. Padaku Maria lah yang sebenarnya paling mulia di antara semua watak dalam novel ini mengalahkan Fahri kerana ia mati dalam keadaan husnul khatimah!Radhiyatan mardhiyah.Itulah impian
kita semua.


Akhirnya, last milestone -the last terminal of love ie CINTA UTAMA adalah segala perbuatan itu kerana Allah dan RasulNya.

Mentajarrudkan /membersiahkan niyat lillahi Taala. Ini mesej jelas dalam novel ini.


Bagiku, memang layak novel ini diberi taraf lima bintang! Ia menggugat perasaan, mencampurbaur rasa ketawa, geram, tangis, kecewa, gembira dan bahagia sekaligus mendekatkan ketaqwaan kepada Allah. Seribu macam perasaan! Ia membawa diri kita kembali kepada Allah-tatacara bercinta,mencintai juga dicintai.

ANA UHIBBUKA FILLAH YA IKHWAN AKHAWATI!!!

wassalam
k endok
Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....