Saturday, May 19, 2007

30th March 2007 - Jejak Sahabah & Rasul IV

30th March 2007 - Jejak Sahabah & Rasul IV

Makam Abu Ubaydah Amir Ibn Al-Jarrah - Gabenor Ulung Islam

Dari makam Shurhabil Bin Husna, kami meneruskan perjalanan ke makam Abu Ubaydah Amirr Al-Jarrah. Sebenarnya Hisham (si pemandu teksi) telah memberi pilihan samada hendak melawat makam seorang lagi sahabah iaitu Amir Bin Abi Waqqas, ttp jika kami melawat makam tersebut, kami tidak dpt pergi ke makam Nabi Syu'aib, kerana jalan nya menyimpang dari jalan ke makam Nabi Syu'aib.

Oleh itu kami memilih untuk terus ke arah makam Nabi Syu'aib. Dalam perjalanan kami singgah di beberapa makam sahabah.




Nama sebenar beliau ialah Aamir Ibn Abdullah Ibn Al-Jarrah. Namun begitu beliau lebih dikenali sbg Abu Ubaydah. Abu Ubaydah Bin Al Jarrah merupakan diantara tokoh-tokoh Islam yang terkenal di zaman Rasulullah s.a.w. Ketokohan beliau sebagai sahabat besar Rasulullah tidak dapat dinafikan lagi.

Ini dibuktikan dengan sepotong hadis daripada Rasulullah yang membawa maksud
:"Jika Aku bercita-cita, maka aku mengharapkan adanya setiap rumah di diami oleh orang-orang yang seperti Abu Ubaidah Bin Jarrah"

Selain daripada itu, Saiyidina Umar Al-Khattab juga pernah berkata iaitu : "Abu Ubaidah adalah pemegang amanah umat ini." Ini membuktikan betapa tingginya penghormatan Rasulullah s.a.w dan para sahabat terhadap Abu Ubaidah Bin al- Jarrah.



Beliau bukan sahaja tergolong dikalangan sahabat Rasulullah s.a.w yang utama bahkan juga seorang pahlawan yang gigih yang memiliki ciri-ciri akhlak yang mulia lagi terpuji. Abu Ubaidah adalah seorang sahabat besar yang terkenal kerana sifatnya yang kuat beribadat, zuhud serta merendah diri. Selain daripada itu satu lagi keistimewaan yang ada pada beliau ialah diantara sahabat yang paling awal menerima dan memeluk Islam. Beliau telah memeluk Islam sebelum Rasulullah s.a.w memasuki Darul Arqam.

Beliau adalah seorang sahabat Rasulullah s.a.w yang pertama sekali diberi gelaran Amirul Umara yang beerti 'Perdana Menteri' disebabkan oleh perwatakan badannya yang kurus tinggi dan juga berjanggut. Sebagai sahabat besar Rasulullah yang terkenal, Abu Ubaidah telah mengikuti hijrah ke Habsyah pada hijrah yang kedua kalinya. Selain itu dalam menegakkan kesucian agama Islam, Abu Ubaidah adalah diantara pahlawan Islam yang gigih lagi berani.Beliau jarang sekali ketinggalan dalam perang-perang besar yang di hadapi oleh umat Islam. Diantara peperangan yang di sertainya termasuklah peperangan Badar dan juga peperangan Uhud.

Rasulullah s.a.w juga pernah menyerahkan tugas sebagai panglima perang kepada Abu Ubaidah untuk memimpin seramai 310 orang pejuang Islam menuju ke daerah yang jauh. Beliau menyempurnakan tugasnya dengan penuh tanggungjawab serta kesabaran.Bukti tanggungjawab serta kesabaran yang dipamerkan ialah, Abu Ubaidah memberikan bekalan makanan setiap hari kepada anak buahnya hanyalah berupa segenggam kurma dan pada hari berikutnya ketika bekalan kurma itu telah kehabisan,maka digantikanlah bekalan yang telah habis itu dengan perahan air daun-daunan. Walaupun demikian, anak-anak buahnya tidak pernah merungut kelaparan. Berkat pimpinannya yang terlalu sabar dalam menghadapi penderitaan hidup inilah menyebabkan beliau diantara panglima pilihan Rasulullah s.a.w .


Selain dari ketokohannya sebagai pahlawan yang gagah berani, Abu Ubaidah juga turut terkenal kerana ketokohannya sebagai guru agama. Bukti yang paling jelas ialah pada suatu hari telah datang kepada Baginda Rasul dua orang utusan dari Najran memohon agar dikirimkan seorang guru agama ke negeri Yaman bagi maksud mengajarkan agama Islam. Rasulullah s.a.w tanpa ragu-ragu sedikit pun lalu memilih Abu Ubaidah sebagai orang yang akan ditugaskan untuk mengajar agama kepada penduduk-penduduk Yaman.







Setelah kewafatan Rasulullah s.a.w Abu Ubaidah telah meneruskan ketaatannya kepada Khalifah Abu Bakar Al Siddiq dan sesudah Saiyidina Abu Bakar r.a wafat, beliau meneruskan taat setianya kepada Khalifah Umar Al Khattab r.a. Abu Ubaidah Bin Jarrah juga turut tersenarai sebagai salah seorang dari dua orang calon khalifah yang dikemukakan oleh Saiyidina Abu Bakar Al Siddiq untuk menggantikan Rasulullah s.a.w sebagai khalifah pertama umat Islam. Seorang lagi tokoh yang dicadangkan oleh Abu Bakar r.a itu ialah Saiyidina Umar Al Khattab. Tetapi oleh kerana kedua-dua tokoh itu memandang Saiyidina Abu Bakar Al Siddiq itu lebih utama dari mereka maka jawatan khalifah itu akhirnya jatuh ke pihak Saiyidina Abu Bakar r.a.


Dizaman Khalifah Umar Al Khattab, tentera Islam sedang hebat bertempur dengan tentera Romawi di negeri Syam. Ketika itu pucuk pimpinan angkatan Islam adalah dibawah panglima Khalid Bin Walid. Disaat-saat perang sedang berkecamuk itu Saiyidina Umar Al Khattab telah mengutus surat kepada Abu Ubaidah sebagai menyatakan perlantikannya sebagai panglima tertinggi bagi menggantikan kedudukan Khalid Bin Walid ,
surat itu telah dirahsiakannya buat sementara wak
tu agar perkara itu tidak mendatangkan keributan dikalangan pihak Islam.

Bagaimanapun setelah perang selesai dan kemenangan dicapai oleh pihak Islam maka barulah surat itu disampaikan kepada Khali
d lalu kemudian bertanya,"Apakah yang menyebabkan saudara tidak memberitahu saya akan isi surat itu pada waktu sampainya?,"

Abu Ubaidah lalu menjawab, "Saya tidak suka kalau kita kalah dalam peperangan ini sedang bagi diri saya sendiri sama sekali tidak ada kepentingan untuk memperoleh harta dan tidak pula kerana inginkan keduniaan, sedangkan kita sekalian adalah bersaudara kerana Allah."

Disebabkan sifatnya yang mulia itulah maka Khalifah Umar Al Khattab melantik Abu Ubaidah Al- Jarrah untuk menjadi panglima tertinggi di Syam dan juga sebagai amir atau pemerintahnya.

Sesungguhnya kecintaan Saiyidina Umar Al Khattab terhadap Abu Ubaidah amatlah besar sekali. Bahkan baginda memang berhasrat untuk mencalonkan Abu Ubaidah menjadi Khalifah selepas baginda kelak.

Satu lagi peristiwa besar yang tidak dapat dilupakan dalam lipatan sejarah ialah sewaktu berlakunya wabak besar (taun) di negeri Syam, Khalifah Umar r.a mengharapkan Abu Ubaidah agar keluar dari negeri itu untuk menghindari beliau dari dijangkiti wabak dan maut.
Akan tetapi Saiyidina Umar r.a tahu bahawa Abu Ubaidah yang tinggi akhlak itu tidak akan berpisah
dengan tenteranya, dan lebih suka berada disamping tenteranya, sekalipun tewas bersama-sama mereka atau diselamatkan oleh Allah s.w.t. Kerana itu ketika Saiyidina Umar Al Khattab r.a menulis surat kepada Abu Ubaidah, beliau tidak menyebut tentang maksud yang terkandung dalam hati baginda terhadap diri Abu Ubaidah itu, hanya dibayangkan sahaja begini:


"Amma ba'du. Sesungguhnya ada hajatku kepadamu yang hendak ku terangkan berhadap-hadapan. Sebab itu inginlah aku apabila suratku ini telah sampai kepadamu, agar kamu segera menemuiku."

Abu Ubaidah rupanya telah mengerti apa yang dimaksudkan oleh Khalifah, tetapi dalam pada itu beliau amat berat hendak meninggalkan tenteranya yang sedang berada dalam bahaya, sedang dia melarikan diri.

Sebab itu surat Saiyidina Umar r.a dibalasnya begini, "Aku telah memahami hajat tuan kepadaku. Akan tetapi aku sedang berada disamping tentera Islam yang amat kucintai. Oleh itu aku tidak ingin bercerai dengan mereka. Biarlah Allah sendiri melaksanakan apa yang telah ditakdirkan-Nya buat kami semua. Kerana itu lepaskanlah aku dari keinginanmu ya Amirul Mukminin dan biarkanlah aku bersama tenteraku."

Surat itu dibaca oleh Khalifah Umar Al Khattab r.a lalu bercucuranlah air matanya. Orang yang berada disampingnya bertanya, "Tewaskah Abu Ubaidah?" lalu dijawab oleh baginda, "Tidak, tetapi seakan-akan sudah."

Tidak lama selepas itu Abu Ubaidah pun wafat ditengah-tengah wabak taun yang mengganas itu. Akhirnya wafatlah pahlawan agung yang telah berhasil menghancurkan penyembah-penyembah berhala di Farsi dan menewaskan Kerajaan Romawi di Syam.

Dipetik daripada: http://www.islamhadhari.net/v4/tokohislam/detail.php?nkid=17

3 comments:

  1. salam ,

    makam-makam ni I tak pergi lagi, ingat nak pergi minggu lepas, tak jadi...sedih baca kisah wafat sebab taun melanda...memang sayu kalau pergi ziarah makam-makam pejuang pembela Islam .

    happy weekend !!

    ReplyDelete
  2. LUJ,
    mmg sayu dan terharu sungguh sms berada di makam2 tersebut. Selama ni duk baca seerah para sahabat dlm buku shj, ttp ini makamnya berada di depan mata...bila mengenang kisah2 mereka, mcm kita pun sama2 nak pergi berjuang menegakkan agama Islam... namun zaman sekarang lebih susah nak menegakkan agama Islam kerana musuh kini berada disekeliling hatta di antara kita sendiri...wallahualam.

    ReplyDelete
  3. Saya tertarik dengan n3 ini terutama kisah Abu Ubaidah Al Jarrah.

    Tapi nak tanya Shurahbil bin Hasanah atau Shurhabil bin Husna.
    Amir bin Abi Waqas atau Amru bin Abi Waqas?

    ReplyDelete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....