Showing posts with label Madinah. Show all posts
Showing posts with label Madinah. Show all posts

Thursday, November 6, 2008

Apabila Madinah hujan

Apabila membaca cerita mengenai bandar Madinah banjir, serta merta fikiranku teringat saat-saat kami berada di sana sewaktu musim haji 2007. YaAllah...rinduku serta-merta memuncak, air-air jernih mula bertakung dimataku. Rindu kepada Madinah, rindu kepada Mesjid Nabawi, rindukan Raudhah, berada hampir dengan makam Rasulullah SAW... Ya Allah...mahu rasanya saat ini terbang ke sana, perasaan ini tidak dapat ditahan-tahan.

Suasana hening dinihari di dalam Mesjid Nabawi...Ya Allah.......rindunya....Ya Allah Engkau murahkan rezekiku, panjangkan umurku agar aku dapat lagi menjadi tetamuMu Ya Allah, menjejakkan kaki ke Madinah, ke Mesjid Nabawi dan Mesjidil Haram untuk menunaikan ibadah Ya Allah..........

Kami tidak dapat mengalami pengalaman hujan sewaktu di sana, sewaktu kami hampir bertolak ke Madinah, berita didengar bahawa satu hari Madinah mengalami hujan, apabila kami ke Madinah, bandar Mekah pula mengalami hujan. Sepanjang masa di Mekah dan Madinah, ada beberapa kali solat sunat memohon hujan dilakukan...

Tahun lalu, hotel tempat kami menginap di Madinah sangat hampir dengan pagar Mesjid Nabawi, namun begitu satu pembinaan pengubahsuaian besar-besaran sedang dilakukan untuk membesarkan lagi lapangan mesjid, di mana dibawah lapangan tersebut satu pembinaan sedang dijalankan untuk membuat tempat parking kereta di bawah tanah. Saya anggarkan sudah semestinya pembinaan tersebut sudah siap sekarang, dan apabila mendengar berita bahawa bandar Madinah banjir selepas hujan selama 30 minit, saya terbayangkan tempat parking bawah tanah tersebut. Jika sudah siap pada tahun ini dan kejadian hujan tempohari, adakah kereta2 yang diparking di bawah tanah tersebut akan tenggelam, atau sudah ada sistem saluran air keluar??? Bandar Madinah bukan seperti bandar di Malaysia...di mana terdapat banyak parit atau longkang untuk mengalirkan air kerana keadaan negara kita yang selalu hujan (kita pun tahu walaupun terdapat parit dan longkang/sistem saliran air, namun banjir kilat selalu juga berlaku di Malaysia) Inikan pula di bandar Madinah yang hanya turun hujan setahun sekali, memang tiada parit atau longkang di kiri kanan jalan...walaubagaimanapun mengikut laporan berita semalam, pihak bandar Madinah berjaya menyedut air yang bertakung dijalan2 dengan cepat sekali... maklumlah waktu sekarang jemaah haji yang bertolak awal sudah berbondong-bondong memenuhi bandar Madinah Al-Munawarrah...

Labbaikallahumalabaik..........

Baca berita di sini.

Saturday, December 1, 2007

Menjadi Tetamu ALLAH

"Dan sempurnakanlah ibadat haji dan umrah kerana Allah"
(Al-Baqarah: 196)

"Allah mewajipkan manusia mengerjakan ibadah haji dengan mengunjungi Baitullah bagi sesiapa yang mampu sampai kepadanya. Dan sesiapa yang kufur (engkarkankewajipan haji), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajat sesuatu daripada sekelian makhluk)."
(Al-Imran: 97)

InsyaAllah, saya, suami, MIL dan BIL akan pergi menunaikan haji pada 7 Disember 2007. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun maaf sekiranya selama saya berinteraksi dengan saudara-saudari sekelian, terdapat kata-kata saya yang menyinggung atau menyakiti hati saudara-saudari. Doakan kami selamat segalanya dalam perjalanan pergi dan balik, serta sepanjang masa kami beribadah di Tanah Suci Allah. Doakan semoga kami dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang masa agar kami dapat menjalankan ibadah haji ini dengan sempurna.

Labbaikallahumma Labbaika
Labbaika Laa Syarikalaka Labbaika
Innalhamda Wal Ni'mata
Laka Wal Mulk Laa Syarikalaka

Pergi haji
Artinya menuju Allah yang esa
Membawa hati dan diri yang hina
Memberi hadiah kepada Allah
Berhati-hatilah menghadapNya

Setiap hamba
Pergi haji dengan segala yang baik
Hati yang baik akhlak yang baik
Harta yang halal hati yang bersih
Niat yang suci amal mulia

Pergi haji
Ilmu tentangnya mestilah ada
Agar syarat dan rukun tepat sempurna
Sah dan batalnya dapat dijaga
Agar amalan hajinya tidak sia-sia

Tata tertib dan akhlak kenalah jaga
Buatlah dengan tenang serta tawadu'
Sabar dan tolak ansur mestilah ada
Jangan berkasar merempuh manusia

Tanah haram jagalah pantang larangnya
Pergi haji bukannya masa untuk membeli belah
Beringatlah betulkanlah niat kita
Moga-moga haji kita diterima

Jagalah pantang larangNya
Yang boleh rusakkan hati
Jauhkan maksiat dan yang sia-sia
Takutkan Allah yang esa
Ingat selalu padaNya
Agar kita senantiasa memiliki jiwa hamba


Tuesday, August 7, 2007

Serang Mekah dan Madinah?

Syor Serang Mekah dan Madinah?

Apabila membaca tajuk di atas dalam akhbar harian semalam...fikiran ku terus melayang... teringatkan peristiwa Abrahah menyerang Kaabah... yang selalu di baca dalam Surah Al-Fiil semasa solat.

Saranan untuk menyerang Mekah dan Madinah dinyatakan oleh seorang calon parti Republikan Colorado, USA. iaitu TOM TANCREDO! Satu saranan gila oleh seorang calon yang gila kuasa.... Betapa malangnya nasib negeri Colorado jika beliau terpilih sbg seorang pemimpin... bangun lah, celiklah wahai penduduk Colorado, USA... jangan lah pilih orang berfikiran sebegini sebagai seorang pemimpin....

Mengikut logik fikiran beliau, utk membalas perbuatan segelintir yg dilabelkan sbg "terrorist" dan didapati bahawa terrorist itu adalah orang Islam, maka diBOLEH kan menyerang dan mengebom bandar suci orang Islam iaitu Mekah dan Madinah. (Agaknya dalam fikiran beliau SEMUA terrorist tu orang Islam) ... dan jika kita apply logik beliau, jika di dapati terrorist itu orang Kristian, so diBOLEHkan lah menyerang bandar suci Kristian iaitu Vatican City, dan jika didapati terrorist itu beragama Buddha, so pergilah serang bandar suci agama Buddha (apa ya bandar suci agama Buddha? saya pun tak tahu..) ...

Double standard betul !!!

Walaubagaimanapun, berbalik kpd peristiwa Abrahah dgn tentera bergajahnya, sebelum beliau menyerang Kaabah, Abdul Mutallib , iaitu datuk Nabi Muhammad SAW yg ketika itu menjaga rumah suci tersebut, telah pun pergi menemui Abrahah mengingatkannya bahawa Kaabah adalah di bawah pemeliharaan Allah SWT, namun dipandang sepi oleh Abrahah yg sombong dan angkuh itu. Maka selepas itu, Abdul Mutallib dan seluruh penduduk Mekah menyaksikan bagaimana tentera bergajah pimpinan Abrahah gagal meruntuhkan Kaabah sebaliknya mereka menemui ajal dengan mendapat penyiksaan yg sangat pedih dan hina dari Allah swt.

Wallahualam...

Apa nak jadi jika dunia dipenuhi oleh orang2 yg ber'otak' sebegini????

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....