Alhamdulillah semalam Khamis 6hb September 2007, buat kali ke-3 Pak Latip Talip telah sudi berkunjung ke pejabat menghantar novel2 karya beliau buat pesanan rakan2 ku.
Kali ini membawa bersama 2 novel terbaru iaitu SiBongkok Tanjung Puteri dan Setelah Roboh Kota Melaka. Paling terharu, di belakang novel SiBongkok, terdapat komen dari ku!!!
Sesiapa yang ingin membaca, kena beli novel ini....(perasan syok sendiri.... baru tulis komen, belum tulis novel lagi!!! hehehe...)
Gambar di ambil dari blog Pak Latip (sedih digicam ku telah rosak kerana terjatuh).
Sumbangan buku untuk perpustakaan sekolah
-----------------------------------------------
Petang semalam juga saya telah berjumpa dengan sepupu ulas-kupas , En. Saifuddeen di lobby Hotel Quality, Shah Alam. Beliau membawa bersama kiriman dari ulas-kupas buku2 dan juga majalah untuk sumbangan kepada perpustakaan sekolah anak2 saya.
Terimakasih juga saya ucapkan bagi pihak PIBG sekolah kepada En ulas-kupas dan juga Pak Latip Talib. beliau juga telah menderma satu beg penuh buku2 cerita utk kanak2 ini semasa kunjungan kali ke-2 tempohari.
Buat rakan2 bloggers dan juga pembaca yang lain, jika tuan-puan ada bahan2 bacaan untuk kanak2 sekolah rendah dan menengah, yang berlebihan, kira sudilah tuan-puan menderma kepada perpustakaan Sek Ren Islam Hira', Klang dan juga Sek Men Islam Hira, Jeram. Saya sedang mengumpulkan bahan2 bacaan tersebut untuk diserahkan kepada pihak PIBG sekolah.

Assalamualaikum sahabatku Nurazzah,
ReplyDeletesaya kurang senang dengan gelaran datuk dipangkal nama saya itu. Tolong padamkan. Tolongggg...
kepada sahabat2 para penulis,
sumbangkanlah buku-buku saudara kepada sekolah agama tersebut. Tidak rugi. Percayalah.
Saya masih ingat (bukan nak ungkit kebaikan nanti hilang pahala. Cuma nak jadikan teladan).
Satu hari Nurazzah hantar emel katakan nak sumbangkan buku-buku untuk sekolah agama itu maka saya kirimkan buku2 saya secara percuma. Hasilnya, buku saya laku berlipat kali ganda dari yang saya dermakan. Yakinlah dengan janji Allah akan membalas kebaikan yang kita lakukan.
Dlm kesuntukan masa, masih sempat jugak U membaca novel2 & berblog.
ReplyDeleteMemang sedih kan bila digicam rosak, sekarang dah banyak produk baru yg canggih2 & murah. Nak raya ni, kenalah beli yg baru.
Semoga usaha murni diberkati Allah.
Salam Pak Latip yang dihormati,
ReplyDeleteok..saya sudah tukar atas permintaan Pak Latip.
Baru sebentar tadi Aidil sudah datang ke pejabat saya untuk mengambil novel2 kiriman Pak Latip. Aidil adalah dari Fakulti Undang-Undang, hurm..bakal lawyer juga berminat membaca novel Pak Latip...hehehe..
Terimakasih atas derma buku2 cerita dari Pak Latip, sementara menunggu buku tersebut dihantar ke sekolah, anak2 saya berebut-rebut membaca nya...
mamamia,
ReplyDeletemembaca novel dan blogging seperti satu terapi kpd diri saya yg sentiasa sibuk dgn buku2 ilmiah dan kerenah anak2 yg ramai... serta kerenah kehidupan yg sentiasa sibuk di bandar ini...
Dalam kehidupan tidak boleh sentiasa serius dan membuat perkara yg sama rutin sepanjang hari, nanti tension... membaca novel dan ber'blogging' spt "take a break" from all those routines...
kak nurazzah, memula tulis komen,lelama tulis buku pulak kak! :)
ReplyDeleteCantiklah kabinet kat belakang tu. Bilik I dapat tak? Belilah camera baru. Sekarang dah murah sikit dah.
ReplyDeleteSalam, Puan Nurazzah,
ReplyDeleteTerima kasih ya, untuk novel itu.
Ya, tentunya pelajar undang-undang pun minat dengan novel-novel Pak Latip. hehe...
Salam,
Aidil Khalid
Raiyan,
ReplyDelete4 tahun lalu saya pernah tulis buku, tapi buku berkenaan IT, terbitan McGraw Hill seperti "ICT Kini", "Asas Pengkomputeran" dan "Sumber Pengkomputeran dan Pengaturcaraan"... bersama beberapa orang rakan2. Tapi belum pernah menulis novel lagi... sekarang asyik sibuk tulis paper utk conferences dan journals... suatu hari nak luangkan masa attend bengkel sifu PTS berkenaan corak gaya penulisan surah Yusuf...(kena rujuk website PTS nih)
zlaa, semua bilik dapat kabinet macam tu..jangan risau...bilik u pun dapat juga... tgk lah macam mana..ingat kena jugak beli digicam baru b4 raya nih....
ReplyDeleteAidil,
Kalau ada rakan2 yg lain berminat, masih ada labih lagi novel2 tersebut. Sengaja saya suruh Pak Latip bawa lebih...
Pak Latip, tadi sudah ada seorang rakan saya membeli 1 set (kesemua 6 novel- novel pahlawan Islam + Si BOngkok Tanjung Puteri + Setelah Roboh Kota Melaka)
Salam hormat buat Puan Nurrazzah.
ReplyDeleteNampaknya semakin kita berusaha secara ikhlas, semakin kita merasa nikmatnya.
Assalamualaikum Puan Nurazzah didoakan semoga sihat dan bahagia selalu.
ReplyDeleteHasrat puan ingin menulis novel itu amat dialu-alukan. Cubalah memulakannya walau satu hari satu muka surat. Tentu banyak pengalaman hidup yang boleh dikongsi dengan pembaca.
Puan Ainon mengadakan bengkel penulisan secara percuma. Iklannya selalu disiarkan dalam blognya.
tahniah kepada pak latip :)
ReplyDeletesyabas tu nurazzah8....isnyAAllah akan jadi penulis pulak satu hari terdekat....
saya juga teringin membaca karya paklatip...
nanti minta anak di KL belikan...
idham