Showing posts with label Mu'adz. Show all posts
Showing posts with label Mu'adz. Show all posts

Wednesday, May 25, 2016

Anak ke - 6


Alhamdulillah, Selasa 24 Mei 2016 menghantar anak ke-6, Mu'adz mendaftar di UiTM Seremban. Mu'adz mendapat tawaran Diploma Sains Aktuari. Pada mulanya, diriku semacam ragu-ragu benarkah Mu'adz hendak mengambil bidang Sains Aktuari? Kerana beliau tidak pernah menunjukkan kecenderungan beliau ke arah itu selama ini. Sebelum ini beliau selalu mengikuti pengembaraaan bersama rakan-rakan mendaki gunung, bercamping, ke air terjun dan lain-lain tempat yang bersifat semulajadi. Alhamdulillah, berkat tarbiyah dan pendidikan Musleh yang diterima oleh beliau sejak dari sekolah rendah Islam Hira', Maahad Tahfiz Quran Hira' dan Sek Men Islam Hira'.. Mu'adz lebih cenderung melakukan aktiviti-aktiviti bersifat nature lovers daripada suka melepak di shopping-shopping kompleks atau melakukan kerja yang tidak berfaedah. Semasa menunggu keputusan SPM keluar juga, Mu'adz memilih untuk bekerja sementara untuk mencari pengalaman mencari rezeki... Alhamdulillah lumayan juga gai yang diterima untuk membolehkan beliau menyimpan sedikit duit...

Mu'adz juga anak yang baik, suka menolong memasak jika berkesempatan dan membuat kerja rumah... tidak suka menyusahkan ibu bapa...lebih gemar membuat apa yang boleh dibuat sendiri..berusaha untuk mendapatkan apa yang dicitakan..

Semoga Mu'adz berjaya dalam bidang yang dipilihnya. 
Ini kali pertama saya ke UiTM Seremban. Kampus PFI yang baru ini. 

Muadz sedang mendaftar kolej..
Fakulti Sains Komputer dan Matematik, fakulti di mana Diploma Sains Aktuari ditawarkan. Maka Mu'adz akan berada di sini selama 2 1/2 tahun di sini, InsyaaAllah.

Monday, August 15, 2011

IMAM

15 Ramadhan

Alhamdulillah ...15 hari dalam bulan Ramadhan telah pun kita harungi..kita sedang berada dalam fasa kedua Ramadhan...fasa pengampunan...ambil lah peluang ini sebanyak-banyaknya untuk solat sunat taubat dan mohon pengampunan dari Allah SWT.  Sedang nabi yang maksum pun memohon keampunan dari Allah..apalah sangat diri kita yang kerdil ini...yang sentiasa terleka dan terlalai ...mengapa kita sangat sombong sehingga tidak mahu mengambil peluang ini untuk memohon keampunan dari Allah....
Akhir Ramadhan semakin hampir...semakin sedih diri ini kerana tidak lama lagi bulan yang Mulia ini akan meninggalkan kita...
 
Sudah 15 hari juga anak ke-6 ku, Mu'adz menjadi Imam solat Terawikh dikampung ku di selatan tanah air..kampung Rimba Terjun, Pontian.
Syukur Alhamdulillah...ini anak kedua ku yang hafiz dan menjadi Imam Solat Terawikh...semoga Allah sentiasa memelihara dirinya dari perkara yang tidak baik..dan tetapkan lah hatinya untuk sentiasa berada di jalan yang benar...Amin.

Setiap kali Imam tahfiz menjadi Imam solat Terawikh di Mesjid Negeri Shah Alam, fikiranku sentiasa teringatkan anak ku yang menjadi imam di surau kampung ku...Mudah-mudahan Allah Permudahkan segalanya buat anakku....

Saturday, April 18, 2009

Rubik's Cube


Koleksi Rubik's Cube Mu'adz dan Anas

Blog sudah bersawang! huhuhu... Kebelakangan ini tugas-tugas hakiki yang semakin banyak dan perlu diselesaikan membuatkan ku tidak sempat hendak mengupdate blog. Sehinggakan hari lahir Muadz (Jan dahulu) dan Kak Long (pd 7 April) juga tidak sempat hendak ku tulis. Dalam kepala ini banyak perkara yang hendak dikongsi bersama rakan alam maya ini, tetapi draf tersebut hanya tinggal draf sahaja, tidak dapat ku tuliskan di sini. Namun ku cuba untuk mengingati kembali apakah yang hendak kutulis satu persatu...

Selain daripada Sudoku, anak-anakku terutamanya Mu'adz dan Anas sangat suka bermain Rubik's Cube. Sempena hari lahir Mu'adz yang ke 12 pada Jan lalu, hadiah yang dimintanya adalah Rubik's Cube! Bukannya dia tak mempunyai Rubik's Cube di rumah, tetapi dia meminta membelikan Rubik's Cube 4 X 4, kerana katanya Rubik's Cube 3 X 3 dia sudah terlalu mahir memainkannya... Masa terpantas untuk dia menyelesaikannya ialah 17 saat!! WOW!

dan WOW! harga satu Rubik's Cube ini bukanlah murah! (yang original lah... ) kalau yang tak ori tu boleh dapat bawah RM10 sahaja di kedai runcit biasa, tetapi selepas beberapa kali main sudah pasti akan ada yang tertanggal dan gerakannya tidak smooth....

Harga untuk 3 X 3 ialah RM39.90 (beli di Toy 'R' Us) dan untuk 4 X 4 ialah RM89.90!!!

Inilah tambahan koleksi Rubik's Cube yang Muadz dan Anas ada....

Tuesday, November 27, 2007

Berkhatan

25hb Nov 2007 (Ahad)

Bila dua orang anakku hendak berkhatan pada hari Ahad lepas, teringat akan satu iklan petronas tentang berkhatan ni.


Hari Ahad, Mu'adz (darjah 4) dan Zubair (darjah 2) telah menyertai acara berkhatan beramai-ramai di Sek Ren Islam Hira', Klang. Seramai 25 orang murid telah mengambil bahagian. Dengan berakhirnya acara berkhatan ini, maka selesailah sudah kelima-lima orang anak lelaki ku berkhatan... selepas ini... 5 orang bujang di rumah...

Update:
Selepas beberapa hari Mu'adz dan Zubair berkhatan, jenuh aku dan suami hendak menjawap berbagai pertanyaan dari Hana' (anak ku yg bongsu). Soalan-soalan yang ditanya:
"Sunat tu apa ummi?"

"Sakit tak ummi?"

"Ummi, nanti Hana' besar Hana pun kena sunat macam abang ke?"

(Selepas aku menerangkan bahawa Hana dah sunat masa kecil...)

"Hana' nangis tak ummi masa sunat tu?"

"Masa Hana' sunat dulu Hana pun tak boleh makan udang dan sotong ya ummi?"

(dia tanya ni bila dengar kami melarang Mu'adz dan Zubair makan seafood, takut gatal...hehehe...manalah pulak dia nak makan udang dan sotong...kan dia kecik lagi masa tu, minum susu aje lah...)

Yang bestnya bila dia tanya, "Abang sunat tu nanti dia tak boleh kencing lah ummi ya?"

Ha Ha Ha... gelak besar saya....terpaksa pula menerangkan kpd dia bagaimana...


Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....