Showing posts with label Zubair. Show all posts
Showing posts with label Zubair. Show all posts

Sunday, May 22, 2016

Kepulangan yang dinanti

Alhamdulillah, diam-diam rupanya sudah hampir dua tahun anak ketujuhku berkelana ke benua Afrika Selatan menuntut ilmu di Darul Uloom Zakariyya , Johannesburg, South Africa..Kedatangan Ramadhan menandakan sudah setahun Zubair, atau lebih mesra dipanggil adek oleh abang dan kakaknya, berada di sana sejak Ramadhan tahun lepas. Pihak DUZ telah menentukan bahawa Ramadhan adalah bulan yang diperuntukkan sebagai cuti tahunan nya.. Oleh itu, semua pelajar dimestikan pulang ke rumah masing-masing. Oleh itu, sebahagian pelajar Malaysia yang belajar di sana akan pulang ke Malaysia, manakala yang tidak pulang, akan pergi bercuti ke tempat-tempat berdekatan atau ke tempat lain.

Hati ibu mana yang tidak rindu kepada anak-anak... sentiasa mendoakan adek dari jauh walau beribu batu, namun Allah itu Maha Mendengar Maha Pengampun Maha Pemurah...Semoga Allah Melindungi anakku dan juga rakan-rakan adek yang sama-sama menuntut ilmu di DUZ.

Mendapat wa dari adek yang beliau dan rakan-rakan sudahpun berada di airport di South Afrika, Semoga semua urusan berjalan lancar dan adek akan selamat sampai ke Malaysia pada malam esok, Isnin 23 Mei 2016 di KLIA pada jam 11:30 malam.


Adek Zubair, yang berserban putih. Sudah semakin besar dan kelihatan matang anak bujang ku yang dahulunya masih kecil.. kelihatan sudah berkumis juga.. hehehe..

SELAMAT PULANG ADEK ZUBAIR ... 

Update Isnin 24:00
==============
Syukur Alhamdulillah adek Zubair telah selamat sampai di tanahair pada jam 10:07 malam tadi ...

Tinggi melangit dah ! lebih tinggi dari ummi ...Adek akan bercuti sepanjang Ramadhan dan pulang kembali ke Darul Uloom Zakariyya , Johannesburg, South Africa selepas Syawal nanti.

Friday, June 12, 2015

Anak Ketujuh


Hampir setahun berlalu ... Zubair anak ketujuhku, berkelana ke bumi Afrika Selatan dengan tujuan menuntut ilmu dalam bidang agama, hafazan, tajwid dan sanad di Darul Uloom ZakariyyaJohannesburg, Afrika Selatan.
(gambar Ihsan Internet)

Pada masa itu Ummi dgn berat hati melepaskan anak ketujuh berkelana hingga ke South Africa demi menuntut ilmu, beranggapan beliau masih muda, waktu itu beliau berumur 15 tahun. Hati ibu mana yg tidak risau, anak pergi jauh beribu batu nun jauh di benua lain. Tapi kecekalan hati beliau membuktikan beliau boleh. Alhamdulillah, sentiasa berdoa agar beliau dilindungi Allah sentiasa. 

Zubair

Sedar tidak sedar sudah setahun berlalu...Pagi Selasa 9hb Jun 2015 Ummi dan 3 orang anak yang lain bergerak menuju ke KLIA untuk menjemput Zubair pulang bercuti sempena Ramadhan  ke tanah air..


Alhamdulillah anakanda Zubair telah selamat tiba ke tanahair ..

Saturday, January 22, 2011

Hari pertama ke sekolah

Hari pertama Zubair ke sekolah selepas kemalangan. 
Alhamdulillah, walaupun ingatan Zubair belum pulih 100% tapi dia sudah bersemangat hendak ke sekolah. 
Dia kata nak jumpa kawan-kawan. 
Mungkin dia rasa bosan duduk baring saja di rumah...
tetapi nampak dia sangat gembira apabila hendak kek sekolah..
ALhamdulillah syukur .. 

Friday, January 14, 2011

Semakin pulih

Alhamdulillah, hari ke hari ingatan Zubair semakin pulih. Jika mula-mula dahulu, jika saya tanya siapa nama kawan-kawan dia...Zubair akan jawab, " Tak ingat lah ummi ...Zubair tak tahu" 
Oleh itu saya pun menalipon emak kawan-kawan Zubair, agar membenarkan anak-anak mereka datang berjumpa Zubair jika mereka tiada kelas atau tidak sibuk...kemungkinan apabila Zubair melihat rakan2, ingatan beliau akan sedikit demi sedikit pulih kembali.  

Maka petang tadi, 9 orang kawan-kawan Zubair pun datang, selepas sekolah...apabila ummi menjemput mereka masuk, Zubair pun turun, lalu saya bertanya kepada Zubair, "Zubair, ni semua kawan Zubair datang nak jumpa dan main dengan Zubair, ingat tak nama kawan-kawan Zubair ni?" 
Zubair pun melihat seorang demi seorang rakan-rakan dia, lalu berkata, 
"Ingat...ni Wazini, ni Aiman, ni Afiq, ni Wafi, .....(dan lain2 ...hehehe..ummi pun tak ingat semua nama tu)"

SYUKUR , ALHAMDULILLAH...hampir menitis air mata ku ....
semoga ingatan Zubair kembali pulih seperti biasa...



Sunday, January 9, 2011

Jalan keTaman Tasik

 Tengahari tadi Zubair kelihatan resah, dia selalu cakap, "Ummi, adek tak tahu nak buat apa lah...boring lah ummi" Keadaannya masih lagi belum recover 100%. 
Masih ingat-ingat lupa...dan dia tidak boleh menumpukan perhatian kepada sesuatu perkara dalam waktu yang lama... sekejap aja tengok TV dah cakap, "Adek penat lah ummi", begitu juga apabila dia cuba bermain game komputer.  Apatah lagi jika membaca buku-buku novel sejarah Islam yang sebelum ini sangat suka dibaca.  Sekejap aja dah cakap rasa penat... 

Lalu ummi pun tanya, "Zubair nak jalan2 kat Tasik tak?..kita tengok ikan kat Akurium?" 
Zubair jawab, "Apa-apa ajelah ummi.."  Lalu ummi pun ajak Abg Ammar dan Hana' teman ummi bawa Zubair ke Taman tasik Shah Alam.
Dalam perjalanan tu kami singgah beli makanan dan minuman sikit untuk Zubair.


 Sedapnya McFlurry Oreo!

 "Adek..senyum dek..Ummi nak ambik gambar"
 Selepas makan dan minum , sekejap aja Zubair dah cakap.."Adek penatlah ummi, nak tidur"
Selepas tidur, terus balik, nak ajak pergi Akuarium tengok ikan pun dia dah tak mahu sebab dah penat katanya.
InsyaAllah, semoga cepat sembuh anak ku...

Friday, January 7, 2011

I Miss Your Smile!

 Dengan kawan-kawan rapat semasa Hari Raya Puasa
 Di Mesjid Sultan Zainal Abidin @ Mesjid Besi di PutraJaya
 PutraJaya
 Zubair seorang anak yang suka membaca, sambil menunggu pesanan makanan pun sempat baca buku lagi
Ummi rindukan senyuman Zubair itu!

Thursday, January 6, 2011

Tidak Ingat Langsung!

Petang tadi anak saya, Zubair dah balik rumah. Sebenarnya doktor nak tahan sampai esok..sebab esok nak buka jahitan di kaki nya tu, tapi sejak pagi dia asyik nangis aje (mengikut kata Abang Ammar yang jaga Zubair sejak pagi) nangis nak balik rumah...boring katanya duduk di hospital...pusing-pusing wad nampak nurse dan doktor aje... bila bawa dia tengok kat tingkap wad (wad tingkat 7) ..terus nangis lagi kata " nak turun sana, nak turun sana" sambil tunjuk ke bawah.... 
dia nak balik rumah nak main dengan kawan-kawan...
bila tanya dia memang tak ingat langsung tentang kemalangan tersebut...
dia cuma ingat, dia naik basikal...lepas tu putih aja..kepas tu oren, lepas tu oren...
dia jawab bila abang Zaid tanya...
tadi sampai aje rumah, terus dia nak naik tingkat atas, cakap nak main komputer. Selepas dah penat main komputer, dia turun semula, lepas tu dia keluar ke depan rumah... bila tanya dia cakap, nak pergi rumah kawan dia nak main bola... dia tak ingat bahawa dia tu sakit baru balik hospital...

Ya Allah, aku berdoa agar Engkau sembuhkanlah anak ku sehingga kembali normal seperti sediakala...Amin

Syukur ALhamdulilah!

 Perkembangn terkini anak saya, Zubair. Alhamdulillah dia sudah sedar dan sudah boleh bercakap.  Namun begitu perlu selalu bercakap dan berbual-bual dengan dia agar ingatannya kembali pulih seperti sediakala.
Yang paling saya syukur sangat-sangat dia kenal saya  sebagai umminya apabila ditanya..syukur Alhamdulillah.
 Ini tatkala dia masih belum sedar sepenuhnya.
 
Ini pula ialah luka dan jahitan dikepala Zubair. 
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jazakumullahu khairan kathira, semoga Allah membalas kebaikan anda semua, yang tidak putus-putus tolong mendoakan agar anak saya kembali sembuh dan pulih seperti sediakala. Banyak panggilan dan sms (ada antaranya tidak dapat saya balas kerana waktu itu sedang menguruskan hal anak saya) yang saya terima. Begitu juga emel, komen dsbnya... tidak lupa kunjungan dan lawatan oleh jiran-jiran, kawan2 semua yang prihatin...sangat-sangat saya hargai.
Yang paling saya hargai, kakak saya yang saya panggil kak Long, dan anak-anak beliau yang sanggup datang dari Nilai, walaupun beliau penat baru balik kerja, tapi sanggup menunggu bersama-sama saya memberi sokongan moral di ER di Hospital Sg Buloh sehingga pukul 1 pagi.  Begitu juga Abang Ngah dan kakak ipar sekeluarga yang datang dari Johor Bahru, membawa emak saya (nenek Zubair) datang melawat di hospital.
SilverSarina, atau sekarang sudah ada blog baru dan dikenali sebagai WanMommy, blogger pertama yang saya contact semasa di ER DEMC menunggu result CT Scan, memohon beliau maklumkan kepada rakan bloggers/FBians yang mengenali saya agar mendoakan kesihatan anak saya.  Jazakillahu khaitan kathira Rina, sentiasa prihatin dan mengambil tahu perkembangan terkini anak saya, utk di update kepada rakan2 yang lain..
Yang paling saya terkejut dan tidak sangka, mendapat panggilan dari Simah, seorang blogger yang bermastautin di Turkey. Walaupun kami tidak pernah bertemu muka dan beliau sudah lama tidak update blog, tetapi kami masih berhubung di ruangan FB. 

Begitu juga sms dari Kak Elle, dari Singapura, dan msg dari Neeza, nun jauh di Saudi.   Babazahra' yang bekerja di Libya (tapi skrg sedang bercuti di tanahair),   zlaa dan D dari UK,
Walaupun masing-masing dah tak aktif berlogging, tetapi masih berhubung di FB. Abang Long yang bersusah payah bersama anak-anak tahfiz bersolat hajat, ummi365, Kak Nong, Mulan , Kak Zakie, yang sentiasa tinggal komen di blog, bloggers dan juga rakan sekerja, Sevendrops, waterlily dan Dr Naimah, dan ramai lagi bloggers lain yang tidak sempat saya nak sebut satu-persatu nama-nama anda....(jangan kecil hati ya...you're always in my heart!)

Sesungguhnya ukhuwwah antara kita, bloggers dan FBians, walau di mana anda berada di muka bumi ini, sangat kuat... itulah kuasa dunia alam maya ini. Jika kita berkawan dengan ikhlas dan jujur, dan mengambil perkara yang baik-baik sahaja, InsyaAllah kita akan rasa kemanisannya..  

p/s: Untuk mereka yang bukan bloggers, saya juga mengucapkan jutaan terimakasih kepada anda semua.  Tidak putus2 ada sahaja sahabat yang datang melawat setiap hari, baik saudara-mara, mu'allim/mu'allimah (guru sekolah), rakan sekerja, jiran, bloggers, FBians dan ibu bapa rakan-rakan Zubair yang datang melawat dll...

Sunday, January 2, 2011

Permulaan yang Muram

Kedatangan tahun baru 2011 disambut muram...malah tiada sambutan langsung dan saya langsung tidak ingat bahawa tahun sudah pun bertukar ganti...2010 --> 2011
Ini adalah kerana pada 30 Disember yang lalu, anak ke-7 saya, Zubair berumur 11 tahun, telah kemalangan setelah dilanggar kereta semasa sedang bermain basikal di taman perumahan

Status anak saya sekarang dia masih di wad neurosurgeri di Hospital Sg Buloh di bawah observation doc. Terdapat 3 luka yang besar di kepala sebelah kanan, semua telah dijahit. CT Scan juga telah dibuat, doc kata ada kelihatan sedikit blood clot tetapi kecil, doktor akan monitor lagi.  Jika tiada perubahan doc tidak akan buat apa-apa ...let it be sebab doc kata kanak2 selalu cepat sembuh sendiri ... harap tiada apa-apa... tapi anak masih macam mamai-mamai lagi, ... bila panggil dia adalah buka mata tapi masih belum respond sepenuhnya

oh ya...lupa nak cakap, Alhamdulillah sebab tiada apa-apa yang patah dan tiada fracture di kepala...Harapan saya agar rakan sekelian dapat mendoakan agar tiada internal bleeding yang serius... doakan agar sembuh seperti sediakala... Terimakasih semua...

Wednesday, March 18, 2009

Cabut Gigi

Pagi ini buat kali kedua Hana berkunjung ke klinik gigi (bawa ke klinik gigi di Pusat Kesihatan UiTM).

Cuti hujung tahun yang lepas pertama kali memperkenalkan Hana ke klinik gigi...hanya untuk buat scaling sahaja...Alhamdulillah dia okay...tak menangis.

kali ini Hana memang kena cabut dua gigi susu bawah depan kerana gigi kekal sudah tumbuh di belakang. Untuk mengelakkan gigi kekal itu tumbuh senget, gigi susunya perlu dicabut.

Sewaktu menunggu, Hana relaks sahaja, siap boleh main-main dan nyanyi-nyanyi di ruang menunggu. Sewaktu giliran Abang Zubair nak cabut gigi, Hana masih boleh senyum dan ketawa lagi... tetapi apabila sampai sahaja giliran Hana... dia mula merengek...apatah lagi bila baring di kerusi tu tengok semua alat-alat cabut gigi tu...tiba-tiba perasaan takut dia muncul..Hana mula menangis...alamak...puaslah ummi dan doktor nak pujuk....

Tapi bila doktor dah sapu gel kebas tu, dia dah tak rasa apa-apa ... dia mula relaks...sambil tu puaslah ummi dan doktor cakap macam-macam nak pujuk dia jangan takut.... siap suruh dia tutup mata...hehehe...tak mahu kasi dia tengok jarum doktor nak inject kasi kebas, sebab gigi susu tu masih kuat tak goyang lagi...

Alhamdulillah...the rest is history...Hana sudah boleh tersenyum sekarang... beritahu dia, "nanti boleh cerita kat kawan-kawan sekelas yang Hana cabut gigi tak menangis!"
Hurm..nanti petang kena beli ais-krim sebab tadi janji kalau dia tak menangis semasa cabut gigi ummi hadiah ais-krim... hehehe..

Wednesday, May 21, 2008

Selamat Hari Lahir Zubair

Selamat Hari Lahir ke- 9 Zubair

Punyalah sibuk ummi sampai tak sempat nak post berkenaan birthday Zubair semalam.
Wbgmnpun ummi tak lupa, semalam selepas balik kerja tanya dia nak makan apa... seperti yang dijangkakan dia tak nak kek, so kami pergi beli Pizza dan satay....

ni gambar semasa di sekolah tadika (2005)

Zubair adalah anak ke-7. Dilahirkan pada tahun 1999 di Shah Alam. Disebabkan agak lama juga dia menjadi "anak bongsu"... selepas 4 tahun baru dapat adik, ingatkan dia yang bongsu....hehehe
jadi sampai sekarang masih kekal dengan panggilan "adek" walaupun dah ada adik Hana. Always bahasakan diri dia "adek" ....

ALhamdulillah Zubair boleh dikategori sbg anak yang bijak. Sudah pandai bermain game di komputer seawal umur 2 tahun... bijak dalam pelajaran sains dan matematik... pernah suatu hari berkata bahawa dia suka belajar matematik. Semoga minat nya terus membara.... untuk menimba ilmu sehingga ke peringkat tertinggi..

gambar semasa Hari Ihtifal (Penyampaian Hadiah) tahun lepas

Cepat mempelajari sesuatu perkara yang baharu... terutama hafazan... di antara surah-surah yg telah dihafalnya Asy-Syams, Al-Lail, Al-Balad, Al-Fajr, Al-Ghaasyiah, At-Taariq, Al-Buruj, etc dan sedang menghafal surah An-Naba' ... (wow...kalah ummi nih !)

Pada tahun ini dilantik menjadi salah seorang imam muda di sekolahnya. Sekolah Rendah Islam Hira' telah melantik beberapa orang pelajar (dari tahun 3- tahun 6) untuk program Imam Muda. Mereka dilatih untuk memjadi imam semasa solat Dhuha dan solat Zuhur di sekolah...
Alhamdulillah...semoga ciri-ciri mukmin sejati terus tertanam dijiwa anakku...

Tuesday, November 27, 2007

Berkhatan

25hb Nov 2007 (Ahad)

Bila dua orang anakku hendak berkhatan pada hari Ahad lepas, teringat akan satu iklan petronas tentang berkhatan ni.


Hari Ahad, Mu'adz (darjah 4) dan Zubair (darjah 2) telah menyertai acara berkhatan beramai-ramai di Sek Ren Islam Hira', Klang. Seramai 25 orang murid telah mengambil bahagian. Dengan berakhirnya acara berkhatan ini, maka selesailah sudah kelima-lima orang anak lelaki ku berkhatan... selepas ini... 5 orang bujang di rumah...

Update:
Selepas beberapa hari Mu'adz dan Zubair berkhatan, jenuh aku dan suami hendak menjawap berbagai pertanyaan dari Hana' (anak ku yg bongsu). Soalan-soalan yang ditanya:
"Sunat tu apa ummi?"

"Sakit tak ummi?"

"Ummi, nanti Hana' besar Hana pun kena sunat macam abang ke?"

(Selepas aku menerangkan bahawa Hana dah sunat masa kecil...)

"Hana' nangis tak ummi masa sunat tu?"

"Masa Hana' sunat dulu Hana pun tak boleh makan udang dan sotong ya ummi?"

(dia tanya ni bila dengar kami melarang Mu'adz dan Zubair makan seafood, takut gatal...hehehe...manalah pulak dia nak makan udang dan sotong...kan dia kecik lagi masa tu, minum susu aje lah...)

Yang bestnya bila dia tanya, "Abang sunat tu nanti dia tak boleh kencing lah ummi ya?"

Ha Ha Ha... gelak besar saya....terpaksa pula menerangkan kpd dia bagaimana...


Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....