Abang Long pernah menyiarkan gambar sekeluarga dalam blog nya pada minggu lepas, tetapi aku ter'miss' pulak...sebabnya masa siarannya yang paling pendek iaitu hanya 5 jam sahaja. Tak mengapa kerana pada hari ini dapat berjumpa secara berdepan...
Anak2 abang long hensem-hensem dan cantik (ada seorang puteri sahaja)...macam emaknya...(alahai...nanti marahlah pulak abang long...ok lah...hensem macam ayahnya jugak!)
Pokcik Mersik pulak, saya rasa agak2 pemalu gitu, samalah bila baca n3 di blog beliau... malu-malu kucing gitu ya pokcik? hehehe....Pokcik rupa2 ada seorang puteri... ingatkan pokcik ni bujang lagi...hehehe.... Haa...jangan lupa membeli dan membaca buku terbaru pokcik mersik nanti, akan diterbitkan tidak lama lagi...Dol Leman: Misteri Kebun Pisang ..
Pokcik, kalau keluar semasa musim cuti sekolah ni mesti laku macam goreng pisang panas, sekurang-kurangnya anak2 dpt membacanya masa cuti nih...
Tolong promo utk Pokcik Mersik!!! Kalau buku ni dah keluar kan best, masa Pokcik datang boleh mintak autograf kat buku tu kan....(Maaf lah tak boleh siarkan gambar abang long dan pokcik mersik dari depan, atas permintaan mereka. Tengok dari belakang aje lah ye... Abang Long berbaju merah, Pokcik Mersik berbaju biru. )
Salam Kak Azzah. Apa khabar hari ni? Wahhh... sedapnya jamu pokcik. Mee tu dia orang tak sentuh pun, hantarlah kat OD... ngeh ngeh. Kak Azzah nak ke Tanah Suci? Bila?
ReplyDeleteOD doakan semoga Kak Azzah dan hubby atau sekeluarga selamat pergi dan kembali, selamat menjalankan ibadat suci dan semoga selamatlah semuanya. Amin.
ReplyDeleteOD,
ReplyDeleteAlhamdulillah akak sihat walafiat. Mmg, tak toleh kiri kanan pokcik Mersik dan Abang Long makan. Tu bukan mee tapi spagetti, pokcik dgn abg long makan Ruz(Rice) Bukhari ...
kalau OD nak jom lah balik ke Malaysia...
InsyaAllah Akak, suami, MIL dan BIL akan ke tanah suci pd 7 Dis 2007 ni.Terimakasih di atas doa OD, semoga semuanya selamat IA.