Wednesday, March 18, 2009

Cabut Gigi

Pagi ini buat kali kedua Hana berkunjung ke klinik gigi (bawa ke klinik gigi di Pusat Kesihatan UiTM).

Cuti hujung tahun yang lepas pertama kali memperkenalkan Hana ke klinik gigi...hanya untuk buat scaling sahaja...Alhamdulillah dia okay...tak menangis.

kali ini Hana memang kena cabut dua gigi susu bawah depan kerana gigi kekal sudah tumbuh di belakang. Untuk mengelakkan gigi kekal itu tumbuh senget, gigi susunya perlu dicabut.

Sewaktu menunggu, Hana relaks sahaja, siap boleh main-main dan nyanyi-nyanyi di ruang menunggu. Sewaktu giliran Abang Zubair nak cabut gigi, Hana masih boleh senyum dan ketawa lagi... tetapi apabila sampai sahaja giliran Hana... dia mula merengek...apatah lagi bila baring di kerusi tu tengok semua alat-alat cabut gigi tu...tiba-tiba perasaan takut dia muncul..Hana mula menangis...alamak...puaslah ummi dan doktor nak pujuk....

Tapi bila doktor dah sapu gel kebas tu, dia dah tak rasa apa-apa ... dia mula relaks...sambil tu puaslah ummi dan doktor cakap macam-macam nak pujuk dia jangan takut.... siap suruh dia tutup mata...hehehe...tak mahu kasi dia tengok jarum doktor nak inject kasi kebas, sebab gigi susu tu masih kuat tak goyang lagi...

Alhamdulillah...the rest is history...Hana sudah boleh tersenyum sekarang... beritahu dia, "nanti boleh cerita kat kawan-kawan sekelas yang Hana cabut gigi tak menangis!"
Hurm..nanti petang kena beli ais-krim sebab tadi janji kalau dia tak menangis semasa cabut gigi ummi hadiah ais-krim... hehehe..

15 comments:

  1. my Kakak is already 11, tapi bila gi dentist masih minta Ummi temankan dia dalam treatment room..for confidence agaknya. Yayy for Hana!! lepas ni okay jerlah jumpa dentist.

    klinik gigi di uitm untuk staff saja ke kak azzah?

    ReplyDelete
  2. Along pun tak takut jumpa doktor gigi sebab sejak darjah 1 mengulang ke klinik gigi.

    Mak dia ni ha yg kecut perut bila nak ke klinik gigi tu.

    ReplyDelete
  3. Dah janji beli ais krim, so kena tunaikan janji ler ye kak!

    ReplyDelete
  4. Hana pandai dan berani , bagus.
    Mimi pun haritu saya ingat dia pasti nangis tapi berani langsung tak nangis walau dicabut dua gigis sekali sebab 2 gigi baru dah tumbuh . Boleh ganglah Hana dan Mimi ...heheh.

    ReplyDelete
  5. Anak neeza yg number 2 paling takut dgn dentist. Baru ni, kami bawak dia jumpa dentist tapi tak boleh nak buat apa sebab dia asyik nangis.
    Doctor suruh schedule for GA. Tak pergi lagi.
    Dia ni tak makan pujuk dan upah hehe..

    ReplyDelete
  6. wah2 hana![hana da besar ek??]
    ummi xg lg klinik dr azizah tuh ke?

    ReplyDelete
  7. hoho. cabut gigi pastu makan eskrem.

    ReplyDelete
  8. Si anak bertanya "Abah ada gigi susu tak?"

    Lalu si ibu dengan pantas menjawab "Abah dah tua, tak ada gigi susu, yang ada gigi kopi."

    ReplyDelete
  9. Hehe....pandai hana...berani aje dia...aunty dulu pun nak pergi cabut gigi...tak lena tidur dibuatnya...takutttt...

    ReplyDelete
  10. hehee hana comelll~t'igt kisah 15thn lalu akk yg meraung2 xnk cbut gigi last2 abah g duduk ats akk siap pegang playar tp sedar2 akk dh g tln gigi tu~ekekkekekkekeeeeee~akk ku yg sgt btuah~

    ReplyDelete
  11. don't worry about the traffic. keep blogging because it'll come eventually. nice blog and hope to see you again soon.

    ReplyDelete
  12. Saya cukup takut dengan doktor gigi sampaikan 17 tahun lamanya tak berani nak jejak ke klinik gigi.Kali terakhir semasa Tingkatan 3.

    Tahun ini saya buang rasa takut untuk cabut gigi geraham yang sudah berlubang. Betul! Tak sakit langsung!Hehe...

    ReplyDelete
  13. Bagus tu Hana tak takut. alhamdulillah anak2 ummi tak ada yang takut dentist. Kak Azzah semalam Ummi bertanyakan kak Azzah pada cousin Ummi, Mohd Yunus (dan ada 2 lagi adik disitu)..hehehe.. siapalah tak kenal kak Azzah. What a small world rupa2nya kak Azzah ada bau2 bacang dgn wife dia ya.

    ReplyDelete
  14. I read this forum since 2 weeks and now i have decided to register to share with you my ideas. [url=http://inglourious-seo.com]:)[/url]

    ReplyDelete
  15. You could easily be making money online in the undercover world of [URL=http://www.www.blackhatmoneymaker.com]blackhat ebook[/URL], Don’t feel silly if you don't know what blackhat is. Blackhat marketing uses little-known or not-so-known methods to produce an income online.

    ReplyDelete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....