Monday, March 16, 2009

Legaaaaaa.............

ALhamdulillah.....legaaaaaaaaaaaa

Selepas maghrib tadi...terus tertidur..........letih sangat-sangat......

Hujung minggu ini orang lain semua sedang seronok hendak memulakan percutian mereka sempena cuti sekolah, tapi tidak dapat ke mana-mana...lagipun IPTA tempatku bekerja juga tidak bercuti...jadi memang tidak dapat membawa anak-anak ke mana-mana pun...
2 hari weekend ini (Sabtu dan Ahad) UiTM mengadakan EKSPO SELANGKAH KE UiTM 2009 untuk pelajar2 lepasan SPM dan STPM bertempat di Stadium Malawati, Shah Alam...(juga di kampus-kampus cawangan uitm di seluruh negara) semua fakulti diberikan booth masing-masing untuk memberi penerangan kepada calon2 yang hendak memohon masuk ke UiTM...dan saya? diberi tanggungjawab untuk mengendalikan booth untuk fakulti ku... dan perkara ini hanya diberitahu beberapa hari sebelum ekspo berlangsung! kelam-kabut juga jadinya hendak menyediakan beberapa perkara yang diperlukan semasa ekspo nanti... ditambah lagi nama fakulti juga baharu sahaja diluluskan untuk mengunapakai nama yang baru... oleh itu semua brosur, bunting dan back drop untuk pameran di booth perlu ditukar nama ke nama yang baru.... adoiiii...tinggal 2 hari lagi...Alhamdulillah syarikat printing yang selalu kami tempah sanggup mencetak brosur dan cenderahati (book mark) beberapa ribu salinan dalam masa itu...
Hendak mencari orang menjaga booth juga satu masalah.... sudah ditakdirkan ekspo ini berjalan serentak juga dengan satu konferens kebangsaan yang dianjurkan oleh Institut Penyelidekan UiTM di Melaka...maka ramailah AJK yang pergi ke sana untuk membentang kertas kerja...dan ramai juga yang sudah bercadang mengambil cuti untuk pulang ke kampung masing-masing samada untuk menghadiri majlis perkahwinan atau lain2... . Akhirnya dapat juga melantik beberapa orang pensyarah untuk bergilir menjaga booth sepanjang 2 hari ekspo ini dijalankan....

Alhamdulillah sambutan sangat mengalakkan....Ramai sungguh orang yang berkunjung ke ekspo ini...hari pertama sahaja, 1000 salinan brosur bagi setiap program diploma yang ditawarkan oleh fakulti hampir habis diedarkan kepada ibu-bapa dan calon2 lepasan SPM dan STPM...terpaksa pula menalipon ke sana ke mari mencari orang yang boleh membuka pejabat (maklumlah hari ni hari Ahad...orang bercuti) untuk mengambil brosur tambahan.
Para petugas booth tidak 'menang tangan' hendak melayang ibu bapa dan calon yang hendak bertanya mengenai program2 yang ditawarkan di fakulti...

Selesai sahaja, kami pun mengemas booth dan mula mengangkut barang ke kereta untuk dibawa pulang ke fakulti...sebaik sahaja kami beredar, hujan turun mencurah-curah dengan sangat lebatnya membasahi bumi Shah Alam...

Kepada para petugas Ekspo, ribuan terimakasih saya ucapkan, begitu juga hubby tersayang... kerana menolong membawa dan menghantar ku beberapa kali berulang-alik dari rumah-stadium-fakulti membawa barangan pameran.

Kepada calon-calon pelajar yang memohon masuk ke program2 di UiTM, tahniah di atas apa jua keputusan SPM/STPM yang telah diperolehi dan semoga permohonan anda berjaya. Anda bukan lagi di bangku sekolah, sebenarnya perjalanan kehidupan anda baru bermula. Bermulalah perjalanan anda kelak sebagai seorang bergelar mahasiswa/i dan semoga maju jaya dalam apa jua bidang yang anda ceburi.

11 comments:

  1. Kesian nya committee takde ke Azzah?

    Di sini pun hujan lebat bersama guruh dan petir pada jam 4ptg.

    ReplyDelete
  2. Ada tengok dalam berita tentang expo tu, syabas, dapat siapkan segalanya dalam jangkamasa singkat, memang expo ni bagi saya amat baik sekali agar pelajar dapat buat pilihan terbaik dan tepat.

    Selamat bertugas ...Isnin ni :)

    ReplyDelete
  3. Kami juga tak lepaskan peluang mengunjungi Expo itu pada hari pertama.

    Pak haji bukan saja bawa anak kami yang bakal nak masuk Uitm, tetapi dia juga membawa anak-anak tahfiz kami yang di Ting 3 supaya mereka akan tahu subjek apa yang mereka perlu ambil untuk SPM yang akan membolehkan mereka di terima ke Fakulti pilihan mereka kelak. Itulah cara Pak haji menyediakan anak-anak kami selama ini.

    Dengan persediaan begini anak-anak ini akan sudah tetap hatinya di ting 4, subjeck yang akan diambil dan mereka juga sudah tahu arah tuju mereka.

    ReplyDelete
  4. Alahai ... Abang long cuma bersantai diluar, sambil menunggu sepupu merayau didalam stadium. Malas nak bawa anak berjalan, lagipun bukan tempat permainan.

    ReplyDelete
  5. Kak Elle,
    alahai...committee ada, tapi sbb saya jadi pengerusi so kena bertanggungjawab alh...

    Silversarina,
    anak you baru nak PMR tahun ni kan?... so kena tunggu lagi 3 tahun...

    ReplyDelete
  6. Mak Teh...memang berguna untuk mengetahui apa yang bakal di ambil...

    ReplyDelete
  7. Abang Long, kalau masuk mesti jumpa abang Long kan... tapi mmg ramai sungguh orang datang... petugas di booth kami sentiasa sibuk sepanjang masa...

    ReplyDelete
  8. masa kerja KPTM dulu, selalu neeza jaga booth KPTM..
    di kuantan kami (oopsss.. lupa dah tak kerja..) diorang offer course EE and EC.
    Kak Azzah fakulti mana?

    ReplyDelete
  9. Neeza,

    Baru tukar nama...

    FSKM - Fakulti Sains Komputer dan Matematik

    in English

    Faculty of Computer and Mathematical Sciences

    ReplyDelete
  10. salam..
    masa Expo tu kakliza ada kat Shah Alam tapi jadual perjalanan kakliza n famili begitu padat..so tak sempat nak pegi meninjau..
    rugi sungguh..
    aceli anak kkliza baru saja dapt result SPM..dan mmg bercadang nak masuk UiTM..mungkin nak ikur jejak abang dan kakaknya kot..
    Mudahan dapat tempat nanti ..InsyaAllah..

    ReplyDelete
  11. Kak Hanieliza,
    IA...dah apply ke? hopefully dapat masuk UiTM ...

    ReplyDelete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....