Monday, March 2, 2009

Anak tukang Jahit (2)

Satu lagi peristiwa sebagai anak tukang jahit yang masih ku ingat ialah sewaktu aku berumur 15 tahun, iaitu di tingkatan 3. Peristiwa ini juga berlaku sewaktu dalam bulan Ramadhan, iaitu kira-kira lagi seminggu hendak menyambut Syawal, Hari Raya Puasa.

Seperti biasa tempahan baju yang ibu terpaksa jahit masih banyak lagi walaupun Hari Raya hampir menjelang tiba. Tugas aku sekarang sudah naik taraf, kerana aku sudah pandai menjahit, maka ibu hanya akan menggunting kain-kain baju, sedangkan tugas aku ialah menjahit. Dengan ini banyak helai dapat disiapkan dalam masa sehari, paling banyak 4 hingga 5 helai. Kemudian aku juga akan menjahit kelim baju, butang etc. seronok sungguh kerana ibu bukan hanya menyuruh aku menjahit sahaja, tetapi akan mengupahku juga. Jika sehelai baju upahnya RM15, maka aku akan mendapat RM5. Pada waktu itu, RM5 membawa nilai yang sangat tinggi bagi seorang remaja berumur 15 tahun!. Jika aku dapat menjahit sepuluh helai baju, bermakna aku mendapat RM50! dan tempahan orang adalah berpuluh-puluh helai....Kiranya duit poket aku pada tahun itu memang lumayan....

Satu hari, selepas berbuka puasa dan solat terawih, aku seperti biasa menolong ibu menjahit...
sambil memegang kain baju untuk dijahit, aku menggerakkan kain ke hadapan, sambil kaki menggoyangkan gelendong mesin.....tiba-tiba mesin terhenti!....mula-mula tidak rasa apa...tapi apabila melihat ke mesin jahit, rupa-rupanya jarum mesin telah menembusi kuku jari telunjuk tangan kiriku hingga menembusi ke bawah!
Apalagi..... " Maaakkkkkkkk!" Jeritku....selepas beberapa ketika aku cuba menggerakkan jarum mesin tersebut agar keluar dari jari ku, Alhamdulillah berjaya. Tiba-tiba ibuku berkata,
"Eh... kenapa jarum ni tinggal separuh saja? Mana lagi separuh?"
Ibu cuba mencari disekeliling mesin itu jika ada ternampak hujung jarum yang patah itu, tapi tiada kelihatan.

Hatiku merasa ragu seketika, jari sebelah tangan kanan cuba memicit-micit tempat termasuk jarum tadi, "Mak....ada rasa keras sikit dalam jari ni...entah-entah hujung jarum yang patah tu ada kat dalam jari Uda ni? " kataku...sambil itu cuba untuk memicit keluar hujung jarum tersebut yang patah dalam jari ku...air mataku sudah meleleh membasahi pipi dan bajuku...

Setiap kali picit, yang tersembul keluar hanyalah isi daging jariku...bukannya hujung jarum itu. Nampaknya spt hujung jarum itu sudah melekat di daging jari tanganku...Ibuku lekas membalut jari dengan kain perca (kain lebih menjahit)..
"tak boleh jadi ni...kena bawa ke hospital jumpa doktor" Ibu berkata.
Waktu itu sudah malam, bapaku memanggil bapa saudaraku yang mempunyai kereta untuk menolong membawaku ke hospital. Aku sudah berhenti menangis...cuba bersikap tenang menghadapi situasi seperti itu.
Sampai di hospital, seperti biasa hospital awam, walaupun pergi ke bahagian 'emergency' tapi layanan nya seperti macam bukan untuk emergency...
Dipendekkan cerita...doktor telah membuat X-ray dan memang sah hujung jarum yang patah itu terlekat di dalam hujung jariku.Namun begitu doktor tidak mahu mengambil risiko, di khuatiri hujung jarum tersebut termasuk ke saluran darah, maka itu menjadi semakin merbahaya kerana ia boleh berjalan mengikuti saluran darah dan terus ke jantung!
Aduish....! mendengar penjelasan doktor tersebut membuatkan ibu-bapa semakin risau.
Doktor tersebut berkata tiada kemudahan untuk membuat operasi di hospital Pontian (pada tahun itulah...1980), kena bawa ke hospital Johor Bahru!

"Alamak! " Kataku dalam hati... " pergi hospital JB? Malam-malam buta ni? Haaaa...macamana nak sahur ni? Kena puasa ke tidak?" Pelbagai soalan bermain di kepalaku...

Akhirnya bertolaklah kami menaiki ambulan ke Hospital JB di tengah malam tersebut...
sampai di JB dalam pukul 2 pagi...mana ada doktor ...(sepatutnya ada doktor on-call, tapi masa tu kecik lagi..mana faham...nurse kata doktor tak ada, tak ada lah...) sudahlah bulan Ramadhan pula...
kenalah aku dimasukkan ke wad terlebih dahulu (satu perkara yang cuba dihindari oleh ku...)...untuk menunggu pemeriksaan doktor kesokkan harinya.

Esoknya sekali lagi jari ku di X-ray...dah memang sah hujung jarum mesin yang patah itu ada terlekat di hujung jari ku... doktor mengesahkan aku kena menjalani pembedahan. Wah! dengar sahaja perkataaan "pembedahan" sudah kecut perut ...tapi kena tunggu dulu mungkin minggu depan...
"Alamak.....jeritku dalam hati...kena berpuasa di hospital!....Kena makan makanan hospital! Kena tidur di hospital! tak nak!tak nak!...." ...tetapi siapalah yang sudi mendengar jeritan hatiku...dan yang paling aku risaukan "Kena sambut Hari Raya di hospital!!!!!" TAK NAKKKKK!!!!!

Paling tidak dilupakan, betapa bosannya aku duduk di wad tersebut, kerana disekeliling ku semuanya orang tua yang sakit macam-macam, sedangkan aku rasa aku sihat walafiat ...cuma sakit di hujung jariku sahaja....lalu bila ibu-bapa datang melawat, aku menyuruh mereka membawa sebanyak mungkin buku-buku sekolah untuk aku membaca dan mengulangkajinya...kerana selepas cuti Hari Raya akan adanya peperiksaan SRP (dulu SRP sekarang PMR)

Dua hari sebelum Hari Raya, apabila doktor datang melawatku, selepas membelek-belek hujung jari ku..doktor berkata, "okaylah Nurazzah, daripada x-ray tersebut, hujung jarum itu melekat di isi / daging jari awak, dan jauh daripada saluran darah. Mungkin kita tidak perlu melakukan pembedahan, kita tunggu beberapa hari lagi sehingga kita boleh keluarkan nya dengan perlahan..."
Mendengar sahaja doktor berkata, "beberapa hari lagi..." aku terus membuat muka kesian depan doktor, dan merayu... "Doktor...beberapa hari lagi nak Raya, saya tak nak sambut Raya di hospital, saya nak sambut Raya kat kampung, kat rumah saya...benarkan saya balik dulu doktor?"
Setelah mempertimbangkan permohonanku, doktor pun berkata, "okay..saya benarkan awak balik beberapa hari, tapi hari Raya ke-3 awak mesti datang semula ke hospital"

yea...!.yea....! Rasa macam nak melompat atas katil hospital tu! betapa gembiranya dapat sambut Raya di rumah, di kampung....

Dipendekkan cerita, selepas Hari Raya kami ke hospital semula, dan doktor berjaya mengeluarkan hujung jarum mesin yang patah itu dari hujung jari ku... Alhamdulillah tidak mendatangkan apa-apa yang mudarat...

Betapa pengalaman sebagai anak tukang jahit, yang berhempas-pulas mencari rezeki, memberi pengajaran dan pengalaman yang tidak terhingga kepada diriku.

17 comments:

  1. memang ngerinyaaaa kak Azzah...kalau saya memang dah pengsan la kot...

    ReplyDelete
  2. Amin, ngeri ke? entah lah...masa tu memang menangis ajelah keja mak ude...dalam hati Allah saja yang tahu betapa takutnya...

    ReplyDelete
  3. Alex Lacey....hehehe...jangan pengsan ...

    ReplyDelete
  4. Salam Che Uda,
    I know I missed your name earlier, but I really think you deserve this more than I do.

    Just to let you know that there's an award waiting for you. Please check it out on my blog :)

    ReplyDelete
  5. wow....bahayenye..lame btol smpai die nak kuakan jarum tuh..klong igt dah setel kt pontian jek..xtaulak umi kne g smpai jb...huhu

    ReplyDelete
  6. mencari rezeki halal kadangkala didatangkan juga ujian. bersabar dan bersyukurlah dengan ujian2 itu, dan ternyata kakak dah berjaya sekarang.

    ReplyDelete
  7. Macamana boleh tak sedar jarum tu dah tercucuk kat jari? Ada org hensem lalu depan mata ke? ( Ntah kenapa I teringat kisah Nabi Yusuf)

    Ngeri gak baca pengalaman ni..

    ReplyDelete
  8. aduih nyeri je bunyi.

    tapi apa2pun, kesimpulannya,,,,spt yg Kak tulis tu lah. TK

    ReplyDelete
  9. ngerinyerrr.. hi cek azzah tewww, salammms dr me dikejauhannns

    ReplyDelete
  10. Dalam Dakapan Ibu,
    Ribuan Terimakasih Che Uda ucapkan atas pemberian award itu...tapi mengenai hendak menjawab semula tag-tag ini...Che Uda tak janji ye...tengoklah jika ada masa nak jawab...mmg busy sesangat skrg nih

    ReplyDelete
  11. Kak Long, haah...mmg kena pergi hospital JB

    ReplyDelete
  12. Izman, ya..ujian sentiasa ada dalam kehidupan manusia, ujian dan dugaan... mengikut keimanan, kemampuan diri masing-masing...Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang...

    ReplyDelete
  13. Mamamia,
    hahahahahahaha....gelak besor akak sorang-sorang.... yelah...mcm kisah Nabi Yusuf pulak ya...agaknya ada putera raja lalu depan akak semasa akak menjahit tu...sampai tak sedar jarum dah masuk ke jari!!!

    ReplyDelete
  14. AyKay,
    Alhamdulilah...pengalaman mengajar erti kehidupan

    ReplyDelete
  15. en_me, salam persahabatan...terimakasih kerana sudi singgah...sila datang lagi....

    ReplyDelete
  16. ngeri nya baca, macamanalah rasanya, eeiii I ni memang phobia jarum sebab tu tak pandai jahit tak macam u berbakat seni.

    ReplyDelete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....