Saturday, April 18, 2009

Rubik's Cube


Koleksi Rubik's Cube Mu'adz dan Anas

Blog sudah bersawang! huhuhu... Kebelakangan ini tugas-tugas hakiki yang semakin banyak dan perlu diselesaikan membuatkan ku tidak sempat hendak mengupdate blog. Sehinggakan hari lahir Muadz (Jan dahulu) dan Kak Long (pd 7 April) juga tidak sempat hendak ku tulis. Dalam kepala ini banyak perkara yang hendak dikongsi bersama rakan alam maya ini, tetapi draf tersebut hanya tinggal draf sahaja, tidak dapat ku tuliskan di sini. Namun ku cuba untuk mengingati kembali apakah yang hendak kutulis satu persatu...

Selain daripada Sudoku, anak-anakku terutamanya Mu'adz dan Anas sangat suka bermain Rubik's Cube. Sempena hari lahir Mu'adz yang ke 12 pada Jan lalu, hadiah yang dimintanya adalah Rubik's Cube! Bukannya dia tak mempunyai Rubik's Cube di rumah, tetapi dia meminta membelikan Rubik's Cube 4 X 4, kerana katanya Rubik's Cube 3 X 3 dia sudah terlalu mahir memainkannya... Masa terpantas untuk dia menyelesaikannya ialah 17 saat!! WOW!

dan WOW! harga satu Rubik's Cube ini bukanlah murah! (yang original lah... ) kalau yang tak ori tu boleh dapat bawah RM10 sahaja di kedai runcit biasa, tetapi selepas beberapa kali main sudah pasti akan ada yang tertanggal dan gerakannya tidak smooth....

Harga untuk 3 X 3 ialah RM39.90 (beli di Toy 'R' Us) dan untuk 4 X 4 ialah RM89.90!!!

Inilah tambahan koleksi Rubik's Cube yang Muadz dan Anas ada....

5 comments:

  1. Kegilaan main rubik's cube ni sama macam izzat and the gang, memang nak yang ori punya tapi berbaloi sebab memang dia main sampai longgar benda tu, izzat siap belajar dari youtube tapi rekodnya setakat ni hanya 53 saat , jauh ketinggalan tu... sekarang ni dah tak main sebab busy main badminton pulak .


    Tengok gambo you dalam blog ummi dan zino....rindunya nak jumpa ...bestnya you all dapat meet each other :)

    ReplyDelete
  2. azzah8

    tentu muadz seorang yg bijak.. rubik cube ni dah lama ujud kan..

    salam kenal...
    kalau mem tak mau ikut semalam harus zino tengok pada jauh je.. hehe..

    ReplyDelete
  3. silversarina,

    mmg happening sungguh semasa pertemuan makcik-makcik bloggers tu....wish that you were there....

    ReplyDelete
  4. Zino,
    Zino juga maintain cool... Kak Aishah (kak ke? hehehe) sporting...

    ReplyDelete
  5. sampai adayang 7x7x7 yah, ckckc hebat, saya saja main 3x3x3 masih puyeng :D

    ReplyDelete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....