Sunday, April 19, 2009

Temanya Merah Hitam


Venue : Marche Movenpick, The Curve
Date : 18th April
Time : 4pm

Theme : Red and Black

Dalam kesibukanku sempat juga mencelah untuk satu acara ini. Acara yang memang ditunggu-tunggu dan dinanti-nantikan, kerana minggu lepas tidak dapat datang. Apalagi kalau bukan pertemuan Makcik-makcik Bloggers (+ 1 pakcik blogger~ Zino)! Sebenarnya pertemuan ini diatur sempena kedatangan Kak Elle dari Singapura.

Bersama Kak Elle (gambar ihsan dari blog pB)
Kali ini kedatangan Kak Elle adalah sempena Pesta Buku Antarabangsa yang diadakan di PWTC, satu acara tahunan yang memang dinanti-nanti oleh anak-anakku setiap tahun.

Hasil kraf tangan Dodie yang tersangat cantik halus dan berseni...
sesiapa nak tempah kad atau anything untuk birthday etc bolehlah contact Dodie ya....(Dodie...ni promosi percuma utk you ni.... kenyit mata sikit! kot kot la boleh dapat hadiah percuma dari Dodie pulak! hehehe.......)


Apabila mendapat emel dari ummi365 minggu lepas, aku termenung juga, kerana tidak pernah menjejakkan kaki di The Curve... macamana nak pergi? aduh pening kepala... tetapi apabila tengok senarai nama makcik bloggers yang akan hadir... ada nama kak aNie@kak Lady... dan juga pB.. cuma dua orang ini sahaja yang pernah aku jumpa dan kenal di alam realiti. Yang lain semuanya belum pernah bertemu dan ada juga yang tak pernah meninggalkan jejak di blog mereka. Namun aku merasakan inilah peluang untuk dapat bertemu dan berkenalan dengan ramai makcik bloggers pada satu masa....

Sedang termenung, tiba-tiba pB talipon..."Kak Azzah dah baca emel ke?" tanya pB.
"Dah", jawab ku... "tapi akak tak tahu macamana nak pergi tempat tu lah, dekat dengan IKEA kan?" sambungku lagi. "tumpang pB boleh", pB menjawab, "Kak, saya dari Punchong terus sahaja lalu LDP" ... "ok lah..nanti akak tanya kak Lady pulak"
Bila tanya kak Lady, dia kata ok...dia akan drive... jadinya aku hanya perlu pergi ke rumah dia sahaja. Alhamdulillah... Sampai harinya, pukul 3ptg aku mula bertolak dari rumah menuju rumah kak Lady, sampai lebih kurang 3:30ptg.. dalam 3:45ptg kami bertolak dari rumah kak Lady...tiba di The Curve dalam pukul 4:15ptg. Ok jugak..tidaklah lewat sangat....selepas parking terus naik ke atas dan mencari restoran Marche (sebut Mar..Shay..)..nasib baik kak Lady tahu tempat ini...thanks Kak Lady...

4 makcik bloggers ! (cikMilah, me, kakLady@kakaNie dan ummi365)
Sewaktu masuk ke dining hall yang ditempah khas oleh ummi365 cum manager ini, kelihatan beberapa makcik bloggers sudahpun tiba. Dari jauh aku cam ummi365, pB dan kak Ezza, yang lain tidak kenal, lalu bersalaman dengan Kak Nong, Raden Galoh, Tulipurple.
Bersama cikMilah (gambar ihsan dr blog pB)
Kemudian aku diperkenalkan dengan seseorang, selepas bersalaman, dia suruh teka siapa dia. Aduish... puas sudah nama2 bloggers yang pernah aku lawati blog mereka kusebut, tapi semuanya salah. Rasa bersalah sungguh, tak ada clue langsung siapa dia!! Tapi dia berkata, "kita sudah kenal dan sangat mesra di alam maya!" Lagi membuat hatiku berdebar-debar dan rasa sangat bersalah.... dia terus menggenggam erat tanganku... sedang kami berteka-teki itu... tiba-tiba tetamu kehormat sampai. Siapa lagi jika bukan Kak Elle dari nun jauh di selatan, bersama-sama dua escort iaitu Dodie dan Mas. Selepas bersalaman dan berpeluk-pelukan dengan Kak Elle, Dodie dan Mas, aku masih tertanya-tanya...siapa ya? dalam hati berkata, "tak apalah...tunggu nanti kak Elle mesti kenal..." Tiba-tiba terdengar Kak Elle bertanya, "Mana CikMilah?" Dengan spontan aku berpaling dan melihat kembali kepadanya dengan mata terbeliak, "laaaa....cikMilah ke?"... terus dia menganggukkan kepalanya dan kami berpelukan erat lama... tidak dapat ku tahan airmataku mengalir keluar... mungkin airmata gembira kerana sekian lama kami berkomunikasi di alam maya tetapi baru kini dapat bersua muka. Memang tidak kusangka ... baru teringat..."oohhhh...inilah yang ummi365 dok kata dalam emel beliau.....There will be a SURPRISE for all of you..... rupanya yang HANYA tahu kedatangan cikMilah dari Penang ialah ummi365 dan Kak Elle sahaja"

Gempak dan happening sungguh makcik-makcik bloggers ini... nasib baik Tulipurple dan Kak Nong membawa kanda masing-masing, jadi pakcik blogger Zino tidaklah 'sogan' sangat sorang-sorang kumbang dikelilingi oleh bunga-bunga! ...


Berdiri belakang(dari kiri): Tulipurple, Mas, Kak Nong dan Dodie
Berdiri tengah (dari kiri): Kak Lady@Kak aNie, CikMilah, Raden Galoh, pB, kak Ezza, Zino, Ummi365, me
Duduk di hadapan(dari kiri): Aeez (anak kak Lady), Queen Elle,

Dari pertemuan ini, sesungguhnya aku mempelajari banyak perkara. Salah satunya ialah bgmn melalui dunia IT sekarang berupaya untuk menyatukan hati-hati walaupun kami tidak pernah kenal dan tidak mempunyai sebarang pertalian darah sekalipun. Ini adalah kerana melalui internet dan blog, kami berkenalan, berkongsi pengalaman dsbnya.
Kami mengetahui perjalanan hidup masing-masing melalui blog. Contohnya ummi365, bgmn beliau menjalani kehidupan membesarkan anak2 berseorangan di sini kerana suami bekerja jauh nun di seberang lautan dan benua (seakan-akan kisah ku juga suatu masa dahulu), Raden Galoh (i'm a silent reader of her blog) yang berjuang dan bersemangat kental dan tabah mengharungi dan menghadapi penyakit no 1 yang paling ditakuti oleh setiap wanita! Dan sempena pertemuan ini, aku adalah pembeli pertama buku beliau yang akan di'launch' pada hari Isnin sempena Pesta Buku di PWTC..siap dengan tandatangan khas dari author! Buku beliau yang bertajuk "Kanser Payudaraku" menawarkan kepada pembaca pemahaman yang mendalam tentang diri pesakit dan cara meneruskan kehidupan dengan sakit kanser.
dan bloggers yang lain dengan kisah dan cerita masing-masing.

Cenderahati yang diterima dari makcik bloggers.....
Coklat yang tersangat sedap homemade dari cikMilah, jauh tu datang dari Penang... siap bagi 2 lagi satu lagi untuk anak dara ku Hana'... sehelai tudung lembut dan cantik, headband yg Kak Elle knit sendiri dan Buku Surah Yasin dari Kak Elle, bahulu bentuk ikan dari Kak Ezza, dan satu koleksi keluaran khas dan terhad duit syiling Malaysia 1990 dari Kak Nong(K Nong kerja di Bank Negara...promosi ini...sesiapa yang memang mengumpul duit syiling khas boleh berhubung dengan K Nong..), kipas dan purse comel dari Tulipurple. Buku tu ialah buku yang dibeli dari Raden Galoh.

Keluaran khas syiling Malaysia 1990 dari Kak Nong

37 comments:

  1. salammms.. me datang dr blog abg zino yg ittewww..

    ReplyDelete
  2. yesss hidup makcik bloggers.. semua sporting and happening giler...

    tq for coming kak azzah.. you are such an adorable blogger.

    ReplyDelete
  3. Cerianya baca n3 ni...memang itulah salah satu keajaiban blogging .

    Dah tak de rezeki saya nak hadir :(

    ReplyDelete
  4. seronok kan...kita yang jauh tumpang seronok jugak sikit2 ..he..he..

    kita bola pulak nak bertemu ye??

    ReplyDelete
  5. baru lengkap ulasan selari dari "curve" hehe.. ada beberapa blog yg zino akan lompat selepas ni hehe

    ReplyDelete
  6. Bertemu lagi .... terlepas lagi ... belum ada rezaki lagi ... termangu lagi ...

    ReplyDelete
  7. Salam, memang seronok berjumpa kawan-kawan bloggers. Tak sangka dapat berjumpa kenalan lama dan baru juga... Kalau ada coin collectors out there, jangan segan utk contact kak nong ye...

    ReplyDelete
  8. Terima kasih kerena bersama bermesra dan berkenalan .....hidup makcik bloggers.

    ReplyDelete
  9. Saat ni dah lama saya tunggu Azzah. Alhamdulillah..dari maya ke realiti, semuga ukhuwah terus bertaut rapat...

    ReplyDelete
  10. Azzah...macam tak caya kan...dari dunia siber ke alam realiti...walaupun kita pernah bertemu dulu...masa jumpa masih tak abis bercerita...sampai balik pun akak masih pot pet pot pet...heheheh

    ReplyDelete
  11. nak nak nak .....


    akak tau kan , apa yang pB nak tu


    ha ha haaaa


    gurau jerrrrrr

    ReplyDelete
  12. Saya tak da rezeki lagi.... Sob sob

    ReplyDelete
  13. ummi365,
    Ya Ummi...ummi pun begitu ceria dan bertenaga sekali... makcik2 bloggers ni bila dah berjumpa tak ingat dunia...hehehe... sampai bila ummi nak bercakap terpaksa somebody ketuk meja atau gelas...nasib baik gelas tak pecah ! hehehe.. agaknya apalah yg ada one family duk makan kat luar dining hall yang kita berkumpul tu fikir...bisingnya makcik-makcik + 'charlie's angels' ~ bak kata Zino... ;-))

    ReplyDelete
  14. Silversarina,
    rasanya kalau you hadir lagi gempak kan...saper tak kenal WonMommy dalam alam cyber... seorang makcik blogger yg terkenal seantero dunia! hehehe...

    ReplyDelete
  15. Mak Lang, itulah minggu lepas semasa maklang datang Azzah pulak tak dapat datang....belum ada rezeki lagi nampaknya... nak tunggu azzah ke pantai timur entah bilalah...

    hari tu datang Shah Alam kenapa tak calling calling? kot kot lah boleh jumpa... lain kali sound sound azzah okay kalau ada nak datang SHah Alam...

    ReplyDelete
  16. Zino... "charlie's Angels"??? hehehe...

    bukan bidadari tapi bidadara!!! hehehe...

    ReplyDelete
  17. Abang Long,
    alamak...terlupa nak sound sound kat abang long... kalau idak boleh juga bang long temankan Zino..ye tak?

    ReplyDelete
  18. Kak Nong yang cantik manis...

    memang cantik manis kecil molek orangnya... tak sangka dengan umurnya... macam ni kena berguru dengan kak nong..kena korek apa rahsia awet mudanya!

    ReplyDelete
  19. Kak Elle,
    maintain cool....
    makcik bloggers lain riuh rendah... kak Elle cool aje...

    oh ya.. dah jumpa headband tu... ada rupanya terjatuh semasa anak azzah bukak tudung tu... nasib baik jumpa... terimakasih Kak Elle... fits nicely on my head... sorrylah tak boleh nak post gambar kat blog pakai headband tu... nanti azzah emel personally ya... tapi kak Elle jgn pulak letak kat blog kak Elle ... hehehe...

    ReplyDelete
  20. cikMilah....

    malu yang teramat sebab tak dapat teka langsung cikMilah... sebab tak sangka yang orang nun di utara nak turun KL...
    anyway very very terharu dapat berjumpa you personally...sampaikan airmata I tak dapat ditahan-tahan...

    sodap coklat tu... dah habis pun... nanti nak order lagi lah...

    ReplyDelete
  21. kak Lady@kak aNie,
    thanks for the ride. kalau akak tak pergi , mahu azzah berbelah bagi nak pergi. Akak ni mmg ceria orangnya... seronok dengar akak berceloteh... macam-macam perkara kita bualkan sepanjang perjalanan pergi dan balik... sampai Azzah pun tak perasan jalan mana yg akak lalu... kalau suruh azzah pergi sendiri lain kali ikut jalan yg akak lalu, confirm sesat punya!!! hehehe...

    ReplyDelete
  22. pB,
    InsyaAllah don't worry... pB punya bahagian akan sampai... nanti pB kena belanja akak lunch ke...? hehehe.. tapi lambat sikit lah ya..sbb sekarang will be very busy dengan marking exam papers etc... nanti dah lapang akak contact pB... atau kalau pB tak mahu tunggu lama datang lah office akak ya...

    ReplyDelete
  23. mamamia,
    kalau tak silap semasa kami sedang kecoh-kecoh berborak.. tiba-tiba ummi365 buat announcement, "Mamamia kirim salam, dia tak dapat datang"...

    betul ke mamamia yg ini? atau ada mamamia yg lain di alam blogging ni

    ReplyDelete
  24. Amboi...cantiknya pic yassin tu dlm blog akak. Alhamdulillah, ada jugak yg baik hati nak promotekan biz dodie. Sayang akak.XOXOXO!! Thankx a lot. Haa..nk free gift ek,tungguuuuuu!!

    ReplyDelete
  25. sonok dpt jupe rakan2 bloggers..

    ReplyDelete
  26. Dodie....yang comel dan ceria sekali... yes...nak nak..free gift dari Dodie... kena buat special untuk akak tau...

    ReplyDelete
  27. ami mahzar....
    salam perkenalan...namamu begitu familiar sekali...macam pernah dengar di mana ya...???

    ReplyDelete
  28. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  29. familiar? agaknya tgk komen saya kt blog rakan2 lain..

    ReplyDelete
  30. Seronoknya dapat jumpa semua on that day... semoga silaturrahim ini berkekalan hendaknya...

    Finally orang yang pakPayne describe pada saya suatu masa dulu saya dah jumpa... You lah siapa lagi...hehe

    ReplyDelete
  31. waaahhh.. seronok nyaaaa... nanti jalan2 terengganu, boleh bikin satu lagi gathering..

    ReplyDelete
  32. Nak join!! Nanti ajak I jugak tau... Kita pi sekali..

    ReplyDelete
  33. Raden Galoh,
    it is an honour for me to get to meet and know you personally in real life... Doa akak sentiasa bersamamu...melihat semangat yang RG tunjukkan menjadikan akak juga bersemangat semula untuk terus menghadapi hari2 seterusnya di bawah petunjuk dan bimbingan Allah SWT. Semoga Allah memberkati dan merahmati kita semua..Amin.

    eh eh...PakPayne cerita apa ya kat Raden berkenaan saya tuh? alamak...suspennya!

    ReplyDelete
  34. Mulan..nanti IA suatu hari kita buat gathering dengan makcik-makcik bloggers pantai timur pulak!!!

    ReplyDelete
  35. zlaa, okay set...bila you balik malaysia boleh bat gathering lagi sekali...

    ReplyDelete
  36. bestnya akak. dah la dpt jumpa kawan2 bloggers, dapat hadiah lagi..

    ReplyDelete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....