Hari ini hari terakhir saya online, kerana IA jika tiada aral melintang esok kami sekeluarga akan pulang ke kampung di Johor. My hubby and I sama-sama orang Johor, cuma bandar lain-lain, so, tahun ini balik kampung Pontian dulu (kampung saya lah tuh...hehehee).. lepas tu baru balik Parit Raja, Batu Pahat pula...dekat je lebih kurang 1 1/2 jam dari Pontian.
Kat kampung I takde streamyx, so selama seminggu lah terpaksa cuti dari blogging...
Gambar keluarga yg diambil ketika Kak Long balik cuti pd bulan Ogos baru-baru ini. Masuk tahun ini sudah 3 tahun kami beraya tanpa Kak Long(sob..sob..sob)
Saya ingin mengambil kesempatan ini utk momohon ampun dan maaf jika ada terkasar bahasa semasa berinteraksi di alam maya ini...utk mereka yg berada di Malaysia, jika nak singgah ke rumah berhari raya tu, sound-sound dulu, manalah tahu saya tak de kat rumah... yg jauh di perantauan , selamat menyambut hari raya bersama keluarga dan rakan taulan di sana. Tapi melalui pengalaman lepas saya rasa seronok beraya di perantauan kerana disambut beramai-ramai bersama semua Muslim dari pelbagai bangsa dari seluruh pelosok dunia...meriah.....
Hari raya hari yang berkat
Bermaaf-maafan sesama saudara
Hai maknusia bulatkan tekad
Perintah Allah laksanakan segera
Sebulan genap kita berpuasa
Semoga digolongkan pada orang berjaya
Diperintah sudah oleh Yang Berkuasa
Sesudah berpuasa kita beraya
Cincin disarung hati berdebar
Jarinan lembut wajah terhias
Ramadan disambut penuh sabar
Aidilfitri disambut dengan meriah
Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakrapan
Tanpa mengira miskin kaya
Pangkat kedudukan hamba shaya
Sama-sama menyambut raya
Maaf-maafan dihari bahagia
Sungai disusur sehari-hari
Dalam gelap menangkap ikan
Kami menyusun sepuluh jari
Salah dan silap harap maafkan
Hai maknusia bulatkan tekad
Perintah Allah laksanakan segera
Sebulan genap kita berpuasa
Semoga digolongkan pada orang berjaya
Diperintah sudah oleh Yang Berkuasa
Sesudah berpuasa kita beraya
Cincin disarung hati berdebar
Jarinan lembut wajah terhias
Ramadan disambut penuh sabar
Aidilfitri disambut dengan meriah
Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakrapan
Tanpa mengira miskin kaya
Pangkat kedudukan hamba shaya
Sama-sama menyambut raya
Maaf-maafan dihari bahagia
Sungai disusur sehari-hari
Dalam gelap menangkap ikan
Kami menyusun sepuluh jari
Salah dan silap harap maafkan

16 comments:
Assalamualaikum.. kak Azah,
Selamat Hari Raya!
Oooo kat Pontian.. Raya kedua kami sekeluarga ke Ayer Baloi, benut, Parit Semerah, Parit Selangor, parit Masjid & Parit kudus...
Berhati2 semasa memandu
Selamat Hari Raya. Maaf Zahir & Batin. Semoga ceria berhari raya bersama keluarga tersayang. Berhati - hati dijalan raya. Ingatlah keluarga tersayang. ANDA MAMPU MENGUBAHNYA.
Selamat Hari Raya Kak Azah...
Selamat hari raya Aza supaya raya tahun ceria sekali nak2 raya di kpg...kami takde kampong tak perna merasai nya.
Ampun dan maaf saya pinta jika ada kekasaran bahasa semasa di alam maya.
lelakhalidah,
kalau sempat singgah lah ke rumah mak akak di Lorong Hj Jonid, Rimba Terjun (on the way nak gi kukup)
abang long, mamamia dan Kak Elle,
saya juga mohon ampun dan maaf, selamat hari raya.
Kak Elle,
kalau nak datang Pontian jom lah... kami sambut raya mmg meriah. selalunya my cousins fr S'pore mesti balik kampung masa raya...lepas tu kami ramai-ramai konvoi beraya dari satu rumah ke satu rumah mak2 sedara yg ada...dapat berjumpa sepupu sepapat yg sama2 semasa kecil bermain police entry, tangkap ikan kat longkang, panjat pokok...etc...sekarang masing2 dah berkeluarga, mmg riuh lah sekampung! suasana sebegitu tak dapat di rasai kat bandar nih...
nurazzah8...:-)
nice family potrait photo....saya siap bilang...1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8! yes, cukup lapan hehehehe..tak de yg tertinggal...
selamat hari raya, pasti meriah dengan sanak saudara...maaf zahir batin jika ada tersalah kata terkasar bahasa...
idham
Wahai Puan Nurazzah. Atas permintaan ramai, abang long akan umumkan tarikh dan waktunya terlebih dahulu. Supaya lebih ramai yang dapat melihat wajah abang long sekeluarga. Maklumlah, entri itu akan menjadi entri yang terpendek sekali masa siarannya, selepas itu akan dibuang.
salam
Selamat HAri Raya untuk auntie n family.. Wanie pon masuk tahun 3 x beraya ngan family.. sob..sob..
akak..salam aidilfitri dari kami di istanbul..maaf zahir batin (hugs..jgn nangis sangat yea bila teringatkan kak long?...maaf atas soalan ini.. tapi kak long meninggal kerana apa?
)
Selamat Hari Raya Kak Azzah... Cath pun siap bilang 1 to 8... One happy family...
Simah,
bgmn ya beraya di Turki? nanti nak baca n3 Simah berkenaan sambutan raya di sana.
Berkenaan Kak Long, kak long belum meninggal lagi, panjang umur dia...InsyaAllah...sebenarnya kak long melanjutkan pelajaran di Jordan, sejak Sept 2005, jadi masuk tahun ni dah 3 kali tak beraya bersama...
Salam 8Syawal kak Azzah, masih beraya kat kampung ker???
Assalamualaikum,
Laaa... Kenapa tak singgah sekali rumah saya. Di Muar jer. he he he.
Salam lebaran buat akak sekeluarga Salam kemaafan kalau ada salah dan silap di mana-mana ya.
Nina Suria,
akak balik Shah Alam semula pada hari Selasa, Hari Raya ke-4...sbb anak2 nak beraya rumah kawan2 mereka di sini...semalam Isnin sudah mula kerja semula
JowoPinter,
laaa...orang Muoooo rupanya...hehehe...duk Parit mana? Parit Sulong?
Post a Comment