Sunday, October 7, 2007

Khatam Al-Quran

Khatam AL-Quran

ALhamdulillah, Jumaat 5 Oktober 2007, kumpulan taddarus di fakulti ku telah khatam Al-Quran sempena Ramadhan. 11:30 pg semua yg terlibat telah berkumpul di surau fakulti, bersama Ustazah Nafizah. Majlis dimulakan dengan doa pembukaan dan kemudian bacaan Al-Quran dari surah Ad-Dhuha hingga An-Nas. Setelah selesai doa khatam Al-Quran di bacakan oleh Ustazah Nafizah. Kemudian kami pun berselawat beramai-ramai sambil bersalam-salam memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat kekasaran bahasa atau perbuatan di antara sesama sendiri. Waktu ini lah ada di antara kami yg tidak dapat menahan airmata dari jatuh bercucuran, mengenangkan bulan yg mulia ini hampir ke penghujungnya, suasana yg hanya diperolehi hanya setahun sekali.
Majlis bersurai lebih kurang jam 1:00 tghr dengan masing-masing membawa buah tangan pulut kuning dan rendang + bunga telur + goodies (coklat, kurma, saputangan) sumbangan beberapa orang ahli yg pemurah, semoga Allah swt murahkan rezeki mereka di masa akan datang.
Amin. InsyaAllah jika panjang umur dan murah rezeki bertemu lagi di Ramadhan tahun 2008.

3 comments:

  1. K. Nurazzah,

    Tahniah! Semoga segala amalan baik diterima Allah.

    Kat sekolah budak2 ni pun diaorang katam quran, mak2 kena sediakan 3 biji bunga telur. Yang kelakarnya ada budak2 bawa telur mentah. Dah jadi main baling telur pulak kat sekolah.

    I akan offblogging for the next three weeks, sebab nak siapkan keje yang bertimbun dan juga cuti panjang dengan cik abang and anak2.
    Entah2 malam raya masih duk tercogok depan pc nak siapkan report.

    I ambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya kepada Kak Nurazzah sekeluarga, dan kalau ada salah silap dalam comments or my blog yang terluka dihati harap maafkan.

    Ohh lupa happy belated birthday untuk yang sikecik tu..

    ReplyDelete
  2. Salam kak,

    Alhamdulillah.

    Tinggal 4 hari lagi Ramadan nak berpenghujung. Terasa sayu pulak.

    Semoga kita sama-sama dapat berjumpa lagi Ramadan 1429. InshaAllah

    ReplyDelete
  3. Salam Lebaran buat Puan Nurazzah. Syukur Alhamdlillah. Gembira dalam Duka. Jemputlah berkunjung kerumah abang long.

    ReplyDelete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....