Tuesday, October 9, 2007

Travelog Haji

Travelog Haji

Hari ini Selasa 9hb Oktober 2007, satu pelancaran buku bertajuk Travelog Haji yang ditulis oleh Prof Mohd Kamil Ibrahim atau lebih dikenali sbg Prof MKI di kalangan bloggers. Pada awalnya walau pun kami sebenarnya berkerja ditempat yg sama, namun kami saling tidak mengenali kerana beliau dari fakulti yg berlainan dan kami tidak pernah bertemu dalam apa jua majlis. Namun begitu alam maya telah menemukan kami seperti juga bloggers yg lain. Saya bloghopped ke blog prof mki dari blog zlaa, rakan sekerja saya yg kini berada di UK.
Apabila mengetahui bahawa prof mki akan melancarkan buku terbaru beliau ini melalui n3 beliau, saya tidak melepaskan peluang untuk membaca buku tersebut, kebetulan jika diizinkan Allah swt, saya dan suami akan menjadi tetamu Allah pada hujung tahun ini. Oleh itu buku ini mungkin akan memberi pengajaran yg berguna buat kami nanti.
9:30 pg saya pun bertolak dari fakulti saya ke Dewan Annexe, UiTM. Sampai di sana kelihatan sudah ramai orang hadir memenuhi dewan lalu saya segera mengambil salah satu tempat duduk yg kosong. Majlis dimulai dengan bacaan doa oleh Ust Aminudin Sarul, diikuti dengan bacaan Al-Quran Surah Ar-Rahman oleh Ust Md Idris Abdullah. Sungguh sebak rasa hati mendengar bacaan beliau apatah lagi membaca terjemahan surah Ar-Rahman, di mana intipati surah ini ialah ayat yang diulang-ulang , "maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan"
...............
Selepas itu ucapan pelancaran oleh penaja buku ini iaitu YB Dato' Dr Mohd Zaini Mohd Arief. Beliau telah membeli sebanyak 700 nashkah utk di berikan sbg hadiah etc. Apabila tiba giliran Prof MKI memberikan ucapan, airmata tanpa disedari meleleh keluar apabila mendengar 'deklamasi' Jamratul Aqabah Mengubah Segalanya. Meremang bulu roma saya. itulah perasaan saya. Sesungguhnya saya belum pernah menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah sebelum ini walaupun utk membuat umrah. Tetapi apabila mendengar deklamasi Prof dan membaca buku itu sekembalinya ke pejabat saya (baru sempat baca sehingga bab 19), terasa seperti berada di sana, dan hati terasa sungguh dekat. Ya Allah Ya Tuhanku, semoga aku dan suami akan dapat menjadi tetamuMu Ya Allah pada tahun ini. Amin.
Prof MKI sedang menandatangani buku
YB Dato Zaini sedang menandatangani buku

Akhir sekali semua yang hadir mendapat buku ini secara percuma seorang satu... dan selepas majlis saya sempat mendapatkan tandatangan prof dan juga Dato' Zaini iaitu orang yg menaja buku tersebut.
Prof menandatangani buku menggunakan nama blogger's ku, Nurazzah8 (pertama kali menalipon Prof bertanya kpd ku, kenapa Nurazzah8, bukan 7, bukan 9... kenapa ya?)

Sifu PTS Puan Ainon sedang menerangkan teknik menulis PTS kpd beberapa orang pensyarah Pusat Islam, UiTM

3 comments:

  1. Salam Kak Azah

    Selamat Hari Raya. Maaf zahir Batin. Nak minta tolong. Tolonglah belikan I buku Prof MKI. Tolak duit buku you. November Yati Hamid akan balik collect data. Nanti minta kirim melalui dia. Anyway buku you belum sampai. Royal Mail on strike. Mungkin end of this week.

    ReplyDelete
  2. zlaa, You tulis emel pd Prof MKI atau tinggalkan komen kat blog dia, kata u nak beli buku tu. Nanti I pergi ambil kat dia lepas Raya, sbb hari ni(Rabu)tak sempatlah, Khamis dah nak balik kampung.
    Berkenaan buku I tu, kalau sampai nanti, you tak payah pos ke Malaysia lah, kirim aje pada Yati Hamid bila dia balik nanti. Anyway when is the exact date?

    ReplyDelete
  3. Salam kak Azah.. SELAMAT HARI RAYA AND MAAF ZAHIR BATIN DARI SAYA SEKELUARGA..SEMOGA SELAMAT BALIK KAMPUNG.

    ReplyDelete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....