Wednesday, October 31, 2007

Allah Lebih Menyayanginya

Allah Lebih Menyayanginya
30th Oktober 2007

Setiap pagi apabila membuka blog, pautan blog yg pertama sekali akan ku klik ialah blog D. Ini adalah kerana aku sentiasa mahu mengikuti perkembangan kesihatan suami D, dikenali sbg (Allahyarham)Mr D. Gembira apabila membaca D telah update blog nya dgn memberitahu bahawa pada 29th Oktober 2007 ialah tarikh lahir (Allahyarham)Mr D... namun begitu hati tersentuh kerana membaca keadaan (Allahyarham)Mr D masih tidak menentu.

Lalu teringat pd seorang sahabat yg ada membuat rawatan kanser melalui Al-Quran. Terus segera menghubungi sahabatku meminta buku yg digunakan oleh beliau. Hajat hati ingin fotostat segera buku tersebut, untuk diberikan kpd abang (Allahyarham) Mr D, yg dijangka akan bertolak ke UK. (melalui n3 terakhir, D menyatakan abang iparnya duduk di Shah Alam). Tanpa membaca bahagian komen n3 terakhir di blog D, aku terus menghantar sms kpd D, meminta no hp abang iparnya itu. Namun tiada mendapat balasan. Dalam hati berkata, mungkin D sedang sibuk melayani anak2 dan (Allahyarham)Mr D.

Pada masa yang sama, seorang lagi sahabat, Kak Norehan dtg ke bilik. Aku pun menceritakan kisah D dan (Allahyarham) Mr D kpdnya. Bila balik ke pejabat beliau, beliau menelefon meminta URL blog D, terus aku memberinya. Selang beberapa minit Kak Norehan menelefon ku,
"Azzah, u baca kat bhgn komen, ada somebody tulis Mr D dah meninggal dunia!"
Terperanjat sungguh, terkedu, tak tahu apa yang perlu dikatakan. Segera aku klik di bhgn komen, dan membacanya.

Innalillahi wainnailaihiraajiun.

Nampaknya tidak sempat aku mengirim salinan buku mengenai rawatan penyakit kanser melalui Al-Quran kpd D, suaminya telah pergi lebih dahulu. Sesungguhnya Allah lebih menyayangi nya. Sememangnya dari n3 yg dibaca di blog D, aku dapati D seorang yang sangat tabah menghadapi saat-saat getir sebegini, melayani anak2 yg masih memerlukan belaian seorang bapa. Bgmn beliau terpaksa menjawab persoalan anak2 yg masih belum mengerti sepenuhnya, dan menerangkan kemungkinan yang akan berlaku kpd ayah mereka. Terutama dalam n3 di mana D terpaksa menjelaskan kpd anaknya yg paling kecil, (di quote dr blog D):

With this, I think the children understand the situation a little bit better (though Princess tries to be funny by making ridiculous jokes). I have even told Little D about it. He seemed a little hesitant after listening to it, and asks heart-breaking questions like, "but if Abah is gone, then I wouldn't have any daddy anymore! Who's going to look after us?"

tanpa dapat ditahan2, airmataku laju membasahi pipiku...

untuk D dan anak2, akak doakan agar D sentiasa tabah menghadapi hari-hari mendatang demi anak2, InsyaAllah segala yg ditakdirkan ini adalah suratan Ilahi. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih dan Penyayang.

Doa Ketika Menerima Berita Orang Meninggal DuniaErtinya: Sesungguhnya kami kepunyaan Allah dan kami kembali pula kepada Allah dan kami pasti kembali kepada Tuhan kami. Ya Allah! Catatlah mayat ini pada sisi Engkau dalam golongan orang-orang yang baik, dan jadikanlah catatannya dalam golongan yang terpuji / tinggi.


Ya, D tidak mengenali siapa diriku, begitu juga aku tidak mengenali D dan keluarga secara zahiriah. Namun kemajuan teknologi internet telah mengenalkan kami melalui blogsphere. Persahabatan terjalin, kata-kata pengenalan diungkap. Jalinan persahabatan yang tersimpul, menyatukan hati-hati kami. Doaku untuk D dan anak2, tabah dan cekalkan hati, kerana kehidupan perlu diteruskan. Ajarlah anak2 agar sentiasa mendoakan untuk abah mereka, kerana sudah termaktub seperti hadis nabi:

"Apabila seorang manusia meninggal maka putuslah amalnya, kecuali tiga hal: Sedekah jariyah, anak yang soleh yang mendo'akannya atau ilmu yang bermanfaat sesudahnya"
(Hadis Riwayat Muslim, Abu Dawud, At-Tirmidzi, Nasa'i dan Ahmad).

3 comments:

  1. TAKZIAH buat keluarga Allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan berserta para solehin. AMIN

    ReplyDelete
  2. Wahai Puan Prof. Maaf ya, sebenarnya saya dan keluarga berhajat untuk berkunjung kerumah Puan.

    ReplyDelete
  3. Tak perlu lah panggil saya prof di sini. Saya lebih suka dikenali sbg Azzah8 sahaja.
    Kecil tapak tangan Nyiru saya tadahkan. Silakan jika sudi, tapi harap dapat bagi tau awal2 terlebih dahulu, kerana takut saya tak ada di rumah sewaktu abg long datang. tapi "sound" lah awal-awal, at least saya boleh prepare something utk abg long dan keluarga.

    ReplyDelete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....