Monday, March 1, 2010

Bertemu Tulipurple

Tulipurple

Hari Ahad yang lalu, dengan Rahmat Allah SWT saya telah bertemu dengan Tulipurple buat kali ke-2. Pertama kali bertemu dengan beliau ialah semasa bloggers gathering tahun lepas di Marche Movenpick, sempena kedatangan blogger terkenal dari Singapura, siapa lagi jika bukan Kak Elle (boleh baca di sini). Semasa pertemua pertama itu, Tulipurple sedang "uwek...uweks"... orang putih kata...morning sickness...
Kali ini Tulipurple datang bersama baby yang baru berusia hampir 4 bulan...
Muka baby Tulipurple hampir sama besar dengan Hana...!!! kussss...semangat...
tapi baby ni baik saja...tak meragam langsung... bila di ajak "berbual" .... ternganga-nganga macam nak balas balik apa kita cakap pada dia...
Kedatangan Tulipurple ialah untuk mengambil barangan pesanan beliau dan juga membeli butang-butang comel dari Button Planet.... sesiapa yang suka membuat kraftangan atau hendak mencari butang2 ekslusif untuk baju anda boleh lah berkunjung ke situ...(sempat promote lagi... promote jangan tak promote...)

3 comments:

  1. Salam Kak Azzah. Ati sempat jenguk "My Purple and Simple Life" - blog Tulipurple. Terhibur baca cerita2 Tulipurple. :-)

    ReplyDelete
  2. salam Azzah ..

    Alhamdulillah , kita dpt berbual semula , rasa dah lama sangat sepi tanpa khabar berita .

    ReplyDelete
  3. Tulip dtg shah alam ke...alahai...tak tau pun...

    ReplyDelete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....