Monday, August 20, 2007

Kepulangan Yang DiNanti

Kepulangan Yang DiNanti

Hari ini 19hb Ogos 2007. Hari yang dinanti-nanti untuk menyambut kepulangan Kak Long bercuti selepas pergi menuntut di Jordan pada September 2005. 2 tahun adik2 tak jumpa kak long, semasa kak long pergi dahulu, semua kecik-kecik lagi.... sekarang semua adik2 bujang kak long dah tinggi melangit, semua dah tinggi dari kak long... Selepas solat subuh, bersama hubby tersayang, saya ke pasar. Kak long dah pesan nak makan seafood, jadi hari ini selain ikan, kami pun pergi mencari udang, sotong dan ketam. Tapi hanya beli udang dan sotong sahaja sebab tgk ketam tak berapa elok, ringan sahaja... nanti lebih kulit dari isi. Bila di jentik2 pun pd cengkerangnya, bunyi lompong saja...itu bermakna isi nya tak padat...kemudian baru teringat ... laa hari ni baru 6 sya'aban, awal bulan..patut lah rasa ringan sahaja... (haa...ini petua yg saya dapat dari orang2 tua... tapi mmg selalu betul...wallahualam. Orang tua kata, kalau nak beli ketam, beli semasa bulan penuh, iaitu semasa bulan mengambang penuh. baru lah isi ketam tu padat dan penuh...!!) Balik dari pasar, masaklah ikan, sayur campur udang, dan sotong. Kak Long kata flight tiba KLIA pukul 2pm, so estimate masa kalau dari Shah Alam lebih kurang 45minit sampai, so pukul 1pm pun boleh bertolak. Ammar, Zubair dan Hana nak ikut pergi KLIA, Mu'adz demam so dia tinggal dengan Anas di rumah. Sebelum bertolak ke KLIA, bagi anak2 makan kenyang-kenyang dulu... ini strategi kalau nak pergi KLIA, sbb kalau tidak teruk jugak nak beli makanan dan minuman kat sana, mahal....kalau dia orang dah kenyang, taklah mintak beli itu ini kat sana... hehehe... sampai KLIA tepat pukul 2pm... tgk kat monitor, alamak flight Ettihad dari Abu Dhabi delayed!!! tak tahulah berapa lama delayed...so...jalan2 round tgk kedai2 kat situ...si Hana nampak kedai cokelat...apa lagi..."ummi nak cokelat!!!" hurm...kenalah belikan dia cokelat sikit... bagi tau Hana, "nanti kak long kan bawa balik cokelat dari Jordan, lagi sedap...!!!" so...dia pun tak lah buat hal...Alhamdulillah.
sempat lagi Hana dan Zubair posing semasa sedang menunggu.

Tiba-tiba Ammar bagi tau, "Ummi, flight kak long dah landed.." Berdebar-debar.... tapi....lamanya tunggu tak keluar-keluar.... Hana pun dah tak sabar, "Mana Kak long ni, tak keluar lagi ke ummi?" Saya pun hantar sms pada kak long, dia pun balas, "tengah tunggu beg nih, beg tak keluar lagik...." Biasalah...aku dulu pun pernah tunggu beg sampai lebih setengah jam...
sambil diri di balai ketibaan tu, aku lihat ramai jugak orang sedang tunggu, aku pun tanya kakak kat sebelah, "Tunggu siapa", dia pun jawab, "tunggu anak balik dari Jordan"..
. mmg ramai ibu bapa sedang tunggu anak mereka. Tiba2 ternampak Sharipah, kawan dan jiran. Pelik jugak sbb setahu aku anak dia yang sulung baru sekolah rendah...terus pergi jumpa dia, "Assalamualaikum Pah, tunggu siapa?" Pah pun menjawab, "Tunggu anak saudara dari Jordan..anak kakak tu...dia dari Muar..." oooo
kemudian baru aku diberitahu oleh kak long, satu flight dgn dia yg paling ramai student medic dari Jordan...46 orang!!!
Tiba-tiba Hana dan Zubair menjerit, " Ummi !.... tu kak long...!!!!" Aku pun menoleh, nampak lah kak long sedang mengheret troli keluar dari pintu ketibaan. Alamak...kurusnya kak long.... Kesian anak ummi, teruk sangat ke study medic... mmg nampak kurus, ke rindu kat orang kat Malaysia....
soo...azam kak long, nak makan banyak2 sebulan nih semasa kat malaysia, nak naikkan berat badan ...percaya tak? berat
dia kurang dari 40 kg!!!???



Sampai di rumah, Hana dan Zubair tak sabar-sabar nak tengok apa yang kak long bawak balik. Cepat lah bukak beg kak long....kata Hana... hurm...


Hana lah yang paling suka, sebab dia dapat gula-gula satu kotak, coklat satu kotak, dan gula2 batu...(rupanya macam batu, tapi rasa gula/coklat...)

Apa-apa pun Alhamdulillah aku panjatkan kpd Allah swt sbb anak ku selamat sampai ke Malaysia.

35 comments:

  1. Wahai Prof yang dihormati. Nampaknya, abang long kena tunggu anak pertama belajar di Jordan, baru dapat merasa coklat. Nasib baik kakak saudara dari Lubnan bawakan coklat jenama PATCHI. Sebab dia tahu abang long "hantu coklat".

    ReplyDelete
  2. salam kak long and maknya,

    alhamdulillah dah sampai pun kak long kat malaysia... bestlah maknya dan ayahnya dapat peluk cium kak long...

    pada kak long, kena tambah berat badan tau... tapikan maknya pun kecik jugak, macamana kak long nak besar..maintain cute comel lote gitu..

    happy holidays !!( kita pulak yang rindu dengan bebudak yang balik bercuti..isy isy isy )

    ReplyDelete
  3. Abang Long,
    anak sulung berapa tahun? hehehe..IA doakan dia dapat melanjutkan pelajaran di oversea, dapat bawa balik cekelat buat abang long...
    eh..coklat Lubnan pun lebih kurang jek..kan Lubnan tu kat utara Jordan sebelah Syria...okay lah tu dapat rasa cekelat Lubnan...saya pun tak rasa lagi...

    ReplyDelete
  4. LUJ,
    terimakasih tolong tengok2 kan anak kat Jordan. At least anak2 ni terubat juga rindu kat Malaysia jika ada makcik2 macam LUJ yg sudi melayan kerenah students nih..bagi tumpang tidur, makan etc... nanti LUJ balik Msia, they all dah "kehilangan" seorang yang boleh dipanggil "ibu" di sana... ialah..kan rumah u dah macam jadi tempat transit students...hehehe.. students dari selatan nak ke utara Jordan singgah rumah u, dari utara nak ke selatan Jordan pun singgah rumah u...mesti dia orang akan MISS U SO MUCH..terutama Mimi yg comel tu...

    LUJ, sejak balik Jordan hari tuh, dah bertambah beberapa kg!!! apataknya asyik kirim halawiyat aje... tgk lah dalam gambar tu, kak long bawak balik 5 kg !!! (5 kotak hijau tuh)... hahaha... nih baru sehari... dah habis 1 kg.... tapi bukan lah I makan sorang, biasalah bila kak long balik, ramai lah sedara dan atuk nenek datang berkunjung, so jamulah halawiyat Jordan... semua puji sedap....

    ReplyDelete
  5. Tambah busy lah U nak melayan masak makanan kegemaran Kak Long. Berapa lama dia bercuti?

    ReplyDelete
  6. mesti ada orang tu senyum lebar tak henti henti... i can just imagine ur happiness in particular :0)

    ReplyDelete
  7. Kak Azzah,
    Bestnya anak Kak Azzah balik bercuti kan??? 2 tahun tak balik, patut lah adik2nya rindu sesangat. Hope Kak Long enjoy her holidays in Malaysia.

    ReplyDelete
  8. nak sikit chocolate tu Hana bolih tak? kalau masak sea food tu ada lebih hantar kat sini sikit eh...my feberet sea food.

    ReplyDelete
  9. Salam ziarah.

    Lompat-lompat, sampai ke sini. Tumpang berteduh sekejap ye :)

    p/s:

    Entri ini membuatkan saya rindu pada Malaysia.

    Saya mahu pulang. Oh.

    ReplyDelete
  10. Salam puan pensyarah... apa khabar? Wah...anak sulung balik hari ni, kan? Lepas rindu dendam tak jumpa dua tahun. Berhari raya di Malaysia nampaknya dia tahun ni... Semoga semuanya selamat. Amin.

    ReplyDelete
  11. wah... bleh buka restoran seafood :) tetiba teringin nak buat bbq kerang

    ReplyDelete
  12. masyaAllah!!kurusnye la anak auntie azzah yang dh 2 tahun x balik ni...kt sini kne la tambah berat lagi!

    ReplyDelete
  13. Salam Kak Azzah, seronoknya si ibu menerima kunjungan si anak yang dirindui.Kirim salam pada anak ya...

    ReplyDelete
  14. mamamia,
    mmg busy betul, ni 2 hari lepas bawa anak2 dan kak long balik kampung jumpa atuk dan wan dia. hurm..penat tul travel ke selatan tu...

    simah,
    ALhamdulillah...eh..I dapat fridge magnet Turki dari anak, dia beli semasa pergi melawat Turki semasa cuti summer hari tuh...

    ReplyDelete
  15. cath,
    Alhamdulillah, anak selamat sampai di Malaysia...adik2 dah terubat rindu jumpa kak long...

    kak elle,
    jom datang Shah Alam, hurm..itulah..saya sendiri pun dah lama tak makan seafood sbb nak kurangkan kolesterol...tapi bila dah belikan utk anak, tergoda jugak...hehehe

    Anak singa,
    sedang belajar di Australia ya.. IA bila cuti boleh balik msia..

    ReplyDelete
  16. OD,
    anak
    balik sebulan jek... 17th Sept balik semula Jordan... tak sempat nak
    berhari raya di sini, sbb semester dah buka on that date...

    ReplyDelete
  17. banji,
    akak tak pernah rasa BBQ kerang..mcmn rasa ya?


    wanie,
    mmg, bila balik Russia semula? jemputlah datang rumah..boleh jumpa Asma'

    ReplyDelete
  18. Fifi,
    InsyaAllah...nnt akak sampaikan salam FIfi

    ReplyDelete
  19. wah.. seronoknyer anak dara dia dah pulang.. semoga satu family dapat bercuti bersama2. Hubby dah gi ke lum?

    nanti kalau turun kl, drop by ya!

    ReplyDelete
  20. Alahaiii... tak mengapalah. Habis belajar nanti, boleh berhari raya setiap tahun. Biasalah, pengorbanan yang harus dibuat demi masa depan yang gemilang. Sihat ke puan pensyarah? Harap bahagia selalu.

    ReplyDelete
  21. ummi, Alhamdulillah hati ibu mana yg tak seronok dapat jumpa anak yg dah lama tak jumpa. Tadi petang bawa kak long dan adik2 tgk wayang cerita apa tu, I pun tak reti nak sebut..bebudak ni cakap "Ratatooee". I tak tgk, just hantar dia orang pastuh pergi kerja semula ... nanti ambil dia orang bila balik...

    ReplyDelete
  22. OD...!!!!!!!! saya baru balik dari MPH... dah beli kan utk anak2 buku yg OD tulis... semua sekali...

    ReplyDelete
  23. Memang rasa tak tergambar gembiranya bila anak2 pulang dari jauh...Alhamdulillah...kak long selamat kembali ke tanah air...

    Nampaknya terubatlah rindu nurazzah pada kak long tu...berapa lama dia kat sini?

    ReplyDelete
  24. kak lady,
    Alhamdulillah, enjoying the moment...
    dia balik cuti tak lama...early September balik semula ke Jordan

    ReplyDelete
  25. waaah...bestnyer kaklong dah balik bercuti.
    takleh bygkan betapa bestnya perasaan akak nurazzah sewaktu menanti anak sulungnya di airport, penuh rindu rinduan kan kak!!

    ReplyDelete
  26. Raiyan, dah sihat ke? Akak doakan agar Raiyan sihat kembali dan dapat meneruskan kerja2 seharian. Businesswoman nih nampaknya sibuk betul...dah siapke gelang akak?

    ReplyDelete
  27. mcm mana projek "membina semangat" menerusi kaedah seafood dan sebagainya tu? ada peningkatan? :)

    ReplyDelete
  28. banji...
    hahaha...takut nanti bukan anaknya yg meningkat "semangat", tapi emaknya!!!!

    ReplyDelete
  29. salam makcik azah.. sure tgh gembira sbb asma dah ada kat mesia..:) salam dr saya..

    ReplyDelete
  30. hazimin,
    mmg makcik gembira, Alhamdulillah, Asma' dah selamat sampai, begitu juga adik2 Asma' sangat gembira. Ialah dah 2 tahun tak dapat jumpa Asma'...

    ReplyDelete
  31. Wah... Kak Long tu tak siapkan menu ke untuk sebulan nih?? HeHe... Enjoy semua!

    ReplyDelete
  32. alhamdulillah dah baik demam,pastu menjaga org demam pula.hehe.satu umah demma kak!tu yg jadi kalut tu.
    gelang dah siap satu, tinggal lagi satu.isnin ni saya pos insyallah. mintak akak sms alamat yer.thanks

    ReplyDelete
  33. D,
    dah siap dah menu utk sebulan nih, aduish...yg tak tahan ummi nya lah...tergoda jugak tgk sea food tu semua...alamat naik lah tahap kolesterol dalam badan ku ini...hehehe..asyik makan udang, sotong, ketam...kerang, lala, semalam kak long nak makan ikan pari bakar, so akak pergilah pasar beli seekor ikan pari, bakar, buat air asam dan sambal kicap...hurm..bertambah lak makan...mana pergi menu diet ku...huhuhu...habis habis... kak long kena pergi gym lak, dan weekend pergi jalan2 keliling tasik shah alam...

    ReplyDelete
  34. alhamdulillah semua dah baik demam? Gelang akak tu takpa, tak payah nak cepat2, take your own time nak siapkan...kesian lah pulak business woman muda nih... rezeki datang tak henti2 , Alhamdulillah... mmg dah dijanjikan sebenarnya 99% rezeki Allah ialah pada bidang perniagaan... tapi yg ikut nya ialah orang bukan Islam (di Malaysia lah)... syukur Raiyan menceburkan diri dlm bidang perniagaan ini, tapi akak ni mmg takde bakat berniaga, asyik kesian jek kat orang...mana leh nak untung berniaga ... hehehe

    ReplyDelete
  35. seronok tak terhingga kan bila anak yang jauh di mata ada di depan mata.. maakkk aii, she's less than 40kg..??

    ReplyDelete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....