Thursday, March 4, 2010

Jus Mangga RANI

Jus mangga paling sedap (boleh saya katakan di dunia) yang pernah saya minum adalah jus mangga di kota suci Mekah. Ini mengikut cita rasa tekak sayalah... 
Semasa menunaikan fardhu haji pada tahun 2007-2008 (pergi Dis 2007, balik pada Januari 2008), kami tinggal di Hotel Al-Raied (hotel ini memang hotel lama dan kami dimaklumkan selepas beberapa bulan kami kembali ke tanahair, seluruh kawasan hotel tersebut telah diruntuhkan untuk memberi peluang kepada kemajuan, hotel-hotel canggih dan maju akan didirikan di situ) , sangat dekat dengan Bab Al-Madinah, Mesjidil Haram. Lebih kurang 30-50 meter sahaja. Alhamdulillah satu kemudahan yang Allah takdirkan diberikan kepada kami semasa menunaikan fardhu haji. Dan Alhamdulillah sepanjang kami di sana saya dan suami hanya diserang batuk sekali sekala, tidak teruk. Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT kerana mengurniakan kesihatan yang boleh dikatakan baik sepanjang masa di sana. Begitu juga selepas kami pulang ke tanahair. Saya menganggap salah satu sebabnya mungkin juga sebab saya selalu minum air zam-zam sepanjang masa. 
 Beberapa hari selepas berada di kota suci Mekah, dalam perjalanan pulang ke hotel selepas fardhu Isya', kami singgah di sebuah kedai di bawah hotel. Saya minta suami belikan saya air jus. Selepas memilih antara jus-jus yang dijual, suami memilih sebotol jus mangga berjenama RANI. Sampai di bilik hotel saya terus menanggalkan telekung dan terus duduk di birai katil untuk membuka botol jus tersebut. Tanpa berlengah membaca doa dan meminum jus tersebut... MasyaAllah...! ketika itu saya rasakan itulah jus yang paling sedap yang pernah saya minum sepanjang  hidup saya!!! Selepas itu kami pasti singgah membeli jus tersebut setiap kali pulang dari solat di Mesjidil Haram.
Semalam, suami dan saya pergi menjamu selera ke sebuah restoren menjual makanan Arab tetapi dengan harga patut di Seksyen 7, Shah Alam. Sambil suami membayar makanan tersebut, saya meninjau ke kedai sebelah... tiba-tiba mata saya terpaku ke rak yang menjual minuman... sungguh tidak percaya bahawa jus yang paling saya suka itu ada dijual di situ! lalu saya minta suami membelikannya... bukan 1 tapi 6 botol! 

14 comments:

  1. tengah2 cuaca panas ni, memang rasa nak ngap je jus mangga tu.. oohh, akak pun dah jumpa tulip kan.. oh dah makin chubby baby dia tu..

    ReplyDelete
  2. Azzah...kat Kedai makan di belakang Unisel tu ke?

    ReplyDelete
  3. Mulan,
    yelah...musim panas ni memang sedap minum jus mangga tu...try lah akak jamin memang sedap...

    ReplyDelete
  4. Kak Anie,
    haah... akak dah pernah pergi makan kat situ ke? kedai jual jus ni sebelah dia...

    ReplyDelete
  5. Kak Azzah,
    Tak sabar la nak rasa jus yg paling sedap di dunia, menurut lidah Kak Azzah ni.. Nanti Ati balik, kita gi kedai tu ek..

    ReplyDelete
  6. Kak Azzah, nak jugak!!! tolong bagi full direction from sek. 3!! kita ni buta jalan!!

    ReplyDelete
  7. nih jus dari jordan la..laaa kan berlambak kat joden..arituh blk pon klong bawak balik

    ReplyDelete
  8. yellowrose@kakLong,
    dijual diJordan...tapi mmg tulis di cop tu MADE IN KINGDOM OF SAUDI ARABIA.

    ReplyDelete
  9. masya-Allah kak! tak sangka dalam saya dok berkira-kira fikir , dah jumpa pulak kedai jual barang timur tengah di sek. 3!!!!!! seronok..ada pon jus mangganya!!! hehehehe...Syukur ya Allah, rasa sangat Allah kabul doa sebab kedai tu ada jugak jual produk2 az-zain - ayam n frozen food!!! kita makan ayam tu jer selalu jauh nak beli! ..syukur . So, tak payah pi sek. 7 dah ;-)

    ReplyDelete
  10. OO,
    Baguslah ada jual kat sek 3...kat area mana tu? yg kat depan maahad tahfiz tu ke? satu deret dgn Restoran gembira? ok..dah cuba minum ke? ...apa pendapat you?

    ReplyDelete
  11. akakkkssssssssss

    bila nak jumpaaaa nieeeeee




    pB

    ReplyDelete
  12. pB... sorryyyyyyyy... weekdays skrg ni agak sibuk...kelas banyak.... pastu 16-18 kami akan buat satu conference tu yg agak sibuk menguruskan apa-apa yg patut...

    ReplyDelete
  13. kak azzah, sederat ngan restoran gembira, 7-E, kedai runcit mamak albismi..sebelah restoran mamak..kecik jer kedai dia tapi quite comprehensive barangnya...jus Rani sedaaaappppp!!! thanks for mentioning it here.

    ReplyDelete
  14. assalamualikum,

    untuk dapatkan barangan/produk dari timur tengah sila lawati blog kami di tajertrader.blogspot.com

    ReplyDelete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....