Monday, August 11, 2008

Anak Jiran Anak Kita

Program "Anak Jiran Anak Kita" ini dianjurkan oleh AJK Surau At-Taqwa Sek 7 Shah Alam (surau di kawasan perumahan rumah saya) bersama Pertubuhan Mawaddah Malaysia pada hari Ahad 10 hb Ogos 2008 semalam.

Bermula jam 8:30 pg hingga 10:00 malam, pelbagai program telah diaturkan untuk semua penduduk Sek 7, Shah Alam.

Sebelah pagi terdapat ceramah oleh Ustaz Nadzmi berkisar tentang remaja dan keluarga (ibubapa dan anak2 remaja wajib hadir bersama), pada waktu yang sama terdapat acara mewarna bagi anak2 kecil hingga 6 tahun.

Bagi anak2 sekolah rendah terdapat acara Hafazan Al-Quran dan Hadis ...

Selepas ceramah Ustaz Nadzmi, ceramah dan perasmian program oleh YB Khalid Samad ...

diikuti dengan acara sukan, kanak2 dan remaja perempuan bertanding dalam acara bola jaring, kanak2 dan remaja lelaki dalan acara bola sepak dan futsal.
Terdapat juga pertandingan antara bapa vs anak (bola sepak) dan ibu vs anak (bola jaring)...

sebelah malam pula satu ceramah yang sangat berkesan oleh YB Dr Hassan Ali disekitar tajuk Anak Jiran Anak Kita... beliau yang merupa seorang tokoh motivasi satu masa dahulu menyampaikan ceramah dengan sangat berkesan sekali... balik sahaja pd malamnya sebelum tidur aku berbincang bersama suami mengenai apa yang disampaikan oleh beliau...

Yang paling terkesan ialah apabila beliau mengatakan, sebelum masing-masing dapat menanamkan sifat kasih-sayang kepada anak-anak jiran, adakah anak2 kita sendiri, diri kita sendiri, mempunyai perasaan kasih-sayang kepada 3 perkara utama? dan jika tiada perasaan sayang kepada 3 perkara utama ini jangan lah kita harapkan dapat menyayangi anak-anak jiran pula!

Apakah tiga perkara utama itu, yang perlu kita menanamkan perasaan kasih sayang yang sangat mendalam terhadapnya??

3 perkara yang perlu kita kasih dan sayang (mengikut turutan):

1) Allah SWT
2) Nabi Muhammad SAW
3) berjihad di jalan Allah

Marilah kita tanya diri kita sendiri ..... adakah kita telah ataupun sedang berusaha utk menyayangi 3 perkara di atas????

3 comments:

  1. Salam hormat wahai Puan.

    Sewaktu Ustaz Nadzmi 'menyindir' sang bapa. Anak saya terseyum kearah saya.


    Alahaiiiii ......

    ReplyDelete
  2. salam dari Klang,

    bila baca artikel you,mmg terasa di hati ini. Sekarang ni orang tak suka kita masuk campur hal anak anak mereka dan anak anak mereka boleh berkurang ajar ngan kita kalau kita menegur perbuatan mereka yang tidak elok. Yang tak sedap nya lagi,datang lah parent mereka memarahi kita. Ini berlaku di kawasan saya kejiranan saya dan akhir nya masing masing buat tak tau jer ,walhal kita tau kewajipan kita untuk menegur. Saya selalu menasihati anak anak saya agar menjaga tingkah laku bila keluar rumah kerana anak anak itu cermin ibu bapa. Dan selepas solat,berdoa lah utk kebahgian jiran dan maaf kan jiran jiran kita. Dah lari dari tajuk kot!

    ReplyDelete
  3. Terima kasih la sebab sudi singgah ke blog saya yang seberapa ni,maklum la dah tua ni baru lak berblog.Tapi sebab banyak masa terluang sekarang ni..anak pun dah besar,so ini je la kawan akak yang ada. Dapat la bersembang walau pun tak bercakap!!
    Anak you pun lapan jugak..ingat kan dah tak da orang nak beranak ramai ni. Maklum lah,masing2 berkerja dan ada karieer masing2. Tapi saya ni melalui perjalanan hidup yang perit jugak dalam nak membesar kan kan anak. Yang kerja sorang jer.Anak rapat rapat pulak tu..Yang perit tu bila nak masuk sekolah dan masa nak raya..Aduh....
    Kami pulak tak mau anak belajar sampai tingk 5 jer..Saya mau anak saya belajar lebih dari saya dan abah nya. Kena berikat perut dan melupa kan apa yang kita ingin kan.
    Dah melalut lak saya ni...Ok..saya nak pi belajar marhaban ni,curi masa sikit..hehehe

    ReplyDelete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....