Friday, October 8, 2010

ERTI SEBUAH PERKAHWINAN

 Semasa melayari website Ustaz Hasrizal (atau lebih dikenali sebagai Abu Saif @ Saifulislam.Com), terjumpa artikel ini yang sangat menarik perhatian saya, sebagai panduan diri sendiri dan juga anak-anak yang bakal mendirikan rumahtangga. 


TUJUAN BERUMAHTANGGA

Tanpa saya sedar, saya mendapat kekuatan untuk menerima kehadiran seorang isteri yang bakal sibuk, maha sibuk. Kekuatan itu datang dari satu prinsip hidup saya yang penting, ‘ERTI HIDUP PADA MEMBERI’.

Ya, saya mahu berumah tangga bukan untuk menerima. Saya berumah tangga kerana mahu memberi. Memberi kasih sayang, memberi perhatian, memberi nafkah, memberi kebaikan. Semuanya itu adalah peranan saya di dalam sebuah rumah tangga. Dan seandainya saya menerima apa-apa kebaikan dari isteri, semuanya mengundang rasa syukur, walau sekecil mana sekali pun kebaikan itu.
Saya masih ingat pesanan seorang senior saya di Belfast.

Dalam soal berumah tangga, janganlah terlalu memilih dan hanya mencari yang paling sempurna. Jika kita mahu yang paling sempurna, maka nanti apabila kita membuat keputusan untuk menerima seseorang, kita menganggapnya sebagai seorang yang sempurna. Jika rumah tangga dibina atas fikiran seperti itu, kita tidak expect sebarang kekurangan. Maka selepas berumah tangga, hanya kekurangan isteri sahajalah yang sering terlihat di mata, kerana kita menjangkakan kesempurnaan. Terimalah seseorang, seadanya. Kebaikannya disyukuri, kekurangannya diredhai”, kata Kak Naz dan Abang Rozli semasa saya menyuarakan rancangan saya untuk berumah tangga.

Nasihat itu saya pegang hingga hari ini.

*** Baca lebih lanjut ***
*** artikel di atas di petik dari Saifulislam.Com ***

Wednesday, October 6, 2010

Alam Sekolah Insan

Apa yang anda nampak dalam gambar ini? Pokok? Bunga? Daun?

"cip, cip, cip.." Kicauan burung di taman hadapan rumah di pagi hari..Pagi yang tenang, langit nan cerah, Udara yang nyaman, diselang seli kicauan burung, leka meniti dari ranting ke ranting, dari satu jambangan bunga ke jambangan bunga yang lain menghisap madu ...Ahh..satu perasaan yang sangat syahdu bertakhta di hati ... Alhamdulillah...diriku masih bernyawa di saat ini, di hari ini, untuk menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan..

 Seekor burung sedang leka menghisap madu

Saat ini hati terdetik, "Apakah yang daku dapat pelajari dari alam ini, alam ciptaan Allah SWT ini?" Saat daku menghela nafas menyedut oksijen, yang dikeluarkan oleh tumbuh-tumbuhan disekeliling, tumbuhan juga menyedut Karbon dioksida yang dihembus keluar oleh manusia. Saling lengkap-melengkapi...Allahu Akbar! Allah itu Maha Besar ...
 
  Nampak tak?

Haiwan dan tumbuhan seolah-olah diciptakan untuk berkhidmat kepada manusia. Kulit, akar, daun, pucuk, dan segala-galanya menjadi sumber makanan, ubat-ubatan, pakaian dan perlindungan untuk manusia. 
Ketika segala-galanya diciptakan untuk manusia, maka wajar pula kita bertanya, manusia dijadikan untuk siapa? (***)

Zoom lagi...

Ya, ada maksud besar misi kedatangan manusia ke dunia ini. Oleh sebab itu, segala-galanya dipermudahkan buat manusia. Bukan sahaja alam ini dilengkapi pelbagai persediaan buat manusia, tetapi alam ini dilengkapi dengan sesuatu yang sangat bermenafaat bagi menjayakan misi kedatangan manusia ke dunia ini...
ia adalah ILMU.  (***)

Dua misi besar manusia ke muka bumi ini..sebagai HAMBA ALLAH dan KHALIFAH bagi memakmurkan , mengurus dan mentadbir muka bumi ini. Dua tugas besar yang mana sangat berat dan sukar sehingga amanah ini pernah ditawarkan kepada langit, gunung-ganang dan bumi tetapi mereka menolaknya. (***)

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami telah kemukakan amanah kepada langit dan bumi serta gunung-ganang, maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya, tetapi manusia sanggup memikulnya. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan jahil"
(Surah Al-Ahzab: Ayat 72)

Gunung,langit dan bumi hanya sanggup menjadi "pembantu" manusia melaksanakannya. Mereka lebih rela dikuasi dari menguasai, mereka lebih rela menjadi SEKOLAH, manusia pula menjadi PELAJAR. Allah SWT menjadi GURU dan alam sejagat sebagai SEKOLAH BESAR. 

Maka belajar wahai manusia dari sekolah ini agar menjadi graduan yang layak mendapat ijazah keredhaanNya dan syurgaNya.

ALAM ITU SEKOLAH INSAN...BELAJAR LAH DRPD ALAM!

(*** Ketua Editor: Pahrol Mohd Juoi, SOLUSI :20)

Monday, October 4, 2010

Anak didik

Tugas sebagai pendidik sangat-sangat memberi kepuasan dalam diri apabila anak didik kita sanggup menegur dan menyapa kita tatkala mereka sudah tamat belajar, bekerja dan bekeluarga.  
Apatah lagi jika mereka sanggup datang mengunjungi kita di rumah sewaktu musim perayaan, seperti Hari Raya. Itu menandakan mereka menghargai segala usaha kita mencurahkan ilmu kepada mereka, Mereka bukan nya belajar kerana hendak lulus semata-mata tetapi mereka belajar untuk mendapat ilmu. Tiga orang bekas pelajar dan juga pelajar FYP di bawah seliaan saya, Nurul, Siti Farahana dan Azuan, tidak lupa saban tahun  untuk mengunjungi saya semasa Hari Raya
 Kunjungan mereka ke rumah dijamu dengan nasi Arab, Lamb Kabshah & Chicken Kabshah
 Anak didik saya sudah mempunyai anak, kira ni pangkat cucu saya lah.
 .Comel sungguh anak dia...seperti emaknya
Sejuk hati melihat bekas anak murid masih mengingati saya... tidak terasa penat lelah mengajar mereka dahulu...

Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0059.
Abdullah bin Mas'ud r.a. mengatakan bahawa Rasulullah saw. bersabda, "Jangan merasa iri hati, kecuali kepada dua orang: 1. Orang yang diberi Allah harta, kemudian dipergunakannya untuk yang hak, dan 2. Orang yang diberi Allah hikmah (ilmu yang hak), kemudian dipergunakannya (untuk yang hak) serta diajarkannya."
Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....