Saturday, August 17, 2013

Mesir

MESIR
Umat Islam patut bersedih atas apa yang sedang berlaku di Mesir sekarang ini...

"Ya Allah, sesungguhnya kami letakkan Engkau di batang leher musuh-musuh kami, dan kami berlindung denganMU dari kejahatan mereka. Ya Allah, hancur leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka! Kacau-bilaukan persatuan mereka! Cerai-beraikan pakatan mereka! Goncangkan pendirian mereka! Hantarkan ke atas mereka anjing-anjing Kamu! Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa, Wahai Tuhan Yang Bersifat Murka, Wahai Tuhan Yang Maha Menyiksa, Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah. Wahai Tuhan yang menurunkan Al-Quran, wahai Tuhan yang menggerakkan awanan, wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera Ahzab, kalahkanlah mereka, menangkanlah kami ke atas mereka…"  

Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolonganMU, kami meminta ampun kepadaMU, kami memohon petunjuk dariMU, kami beriman kepadaMU, kami berserah kepadaMU dan kami memujiMU dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuriMU. 

Ya Allah, hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuhan, bantulah saudara-saudara seIslam kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan. 

Ya Allah, selamatkanlah saudara seIslam kami di Gaza, Palestin yang dizalimi oleh kekejaman rejim zionis dari segala keburukan dan hindarkanlah mereka segala bala, kerana tiada sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah. Selamatkan saudara seIslamkami di Syria, di Mesir dari dizalimi oleh kekejaman pemerintahan tentera , dari segala keburukan
dan hindarkanlah mereka segala bala, kerana tiada sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.


Allahumma Aameen.

2 comments:

  1. Ameenn..

    Agaknya, jika situasi yang sama berlaku di negara kita, bolehkah kita bertahan seperti mana mereka di Mesir?

    Kita terlalu lemak dengan kemewahan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ameen...

      IM...saya sendiri terkedu ..saya sendiri masih meragui keupayaan diri sendiri samada mampu berbuat demikian... Mungkin dalam kepala ni sibuk fikir kerja, fikir suami, fikir anak-anak ..sedangkan ibu di Mesir mereka menyerahkan sendiri anak2 mereka dan gembira apabila anak menjadi syahid ...

      MasyaALlah..

      Nurazzah

      Delete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....