Hari ini sudah masuk hari ke-8 dalam bulan Syawal..... 2 perkara masih belum dapat ku tunaikan ...
Pertama, masih belum dapat mula berpuasa 6... InsyaAllah ...Nurazzah, tanamkan azam, pasti boleh mula berpuasa secepat mungkin sebelum bendera Jepun naik lagi! ..masih bercuti tetapi setiap hari ada sahaja rakan anak-anak hendak datang berhari raya, so, ummi kena masak dan menyiapkan segalanya ...cubaan betul hendak berpuasa... rasanya akan mula berpuasa apabila mula bekerja pada minggu hadapan.
Kedua, Tahun ini tidak dapat mencapai apa yang dihajati. Walaupun tadarrus di pejabat dapat khatam sepenuhnya sebelum Syawal bermula, tetapi tadarrus di rumah bersama keluarga masih belum khatam lagi. Ini kerana semasa Ramadhan, ramai anak2 masih di asrama dan kolej, selalunya tinggal hubby, saya dan anak bungsu Hana yang dapat bertadarrus bersama-sama selepas pulang dari Solat Terawikh. Oleh itu, progress sangat perlahan. Di tambah lagi diri ini ABC (Allah Bagi Cuti - istilah anak-anak) selama 1/3 Ramadhan, lalu lama lah tak dapat mengaji ...namun tidak mengapa, sambung lagi di bulan Syawal sehingga khatam kelak ... betapa malunya apabila teringat kisah Imam Shafie yang boleh khatam Al-Quran 2 kali sehari @ 60 kali dalam bulan Ramadhan! Ya Allah, sedangkan diri ini sekali sepanjang Ramadhan pun tidak dapat !!! Ya Allah...Ampunkan daku Ya Allah ...
Terasa sungguh lemah dan kerdilnya diri ini ...
Ikutlah resmi padi, semakin berisi semakin tunduk ke bumi! "Maka nikmat Tuhan Kamu yang manakah yang kamu dustakan?" Ar-Rahman
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Berikan sumbangan terbaik anda!
Teruskan menyumbang ke Tabung
Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!!
Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299
Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4
Kemudian sila maklumkan kepada:
admin@aqsasyarif.org.my
Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....
-
ALhamdulillah selepas 3 bulan bertunang, akhirnya anak sulungku akan melangsungkan perkahwinan... majlis pernikahan akan diadakan pada sebel...
-
Salam semua. Sempena menyokong contest yang dianjurkan oleh Kak InaKL , saya telah menjadi salah seorang penaja utama dalam contest tersebu...
-
Cuti sekolah hujung tahun ini, sempena Mu'adz dan Zubair bersunat, dan sepanjang pemergian aku dan suami ke tanah suci, perancangan perl...
salam
ReplyDeletelet us be practical..imam shafie tak makan gaji dan juga hidup dizaman lain.
rgds
As-Salam Cik/Puan/Tuan Anon,
DeletePertama sekali, saya kurang selesa bloggers atau sesiapa saja yg komen tanpa meletakkan nama sebenar menyamar disebalik "Anonymos"..jika anda hendak komen pun, saya tak kisah asalkan menggunakan identiti sebenar ..
Kedua, Please read carefully my statements. Akak tidak mengatakan bahawa kita perlu khatam sampai 60 kali sepanjang bulan Ramadhan seperti Imam Shafie, Apalah kita nak dibandingkan dengan Imam Shafie! Memang jauh panggang dari api .. tapi maksud akak, at least sekurang-kurangnya dapat SATU KALI khatam dalam bulan Ramadhan pun sudah cukup bagus ...ALhamdulillah
Ketiga, apa perbezaan mengaji pada zaman Rasulullah ke, zaman Imam SHafie ke, zaman para sahabah ke, dengan zaman sekarang? Pada akak, mengaji@membaca dan memahami Al-Quran sama sahaja sepanjang zaman ....
Wallahu'alam ..
Anyway, terimakasih kerana sudi tinggalkan jejak di blog yang serba kekurangan ini ..
Nurazzah8