Sunday, February 17, 2013

Bengkel Mesra IT

Alhamdulillah, semalam Sabtu 16hb Februari 2013, telah berlangsung dengan jaya Bengkel Mesra IT untuk Wanita IKRAM Shah Alam, yang berlangsung di Makmal Komputer di bangunan SUK, Shah Alam.
Beberapa minggu lalu, saya dan Puan Norasiah, rakan sekerja, telah mendapat jemputan untuk menjadi penceramah bengkel tersebut.  Sudah lama saya tidak mengajar orang dewasa.  Suatu masa dahulu saya pernah mengajar students PLK (Pengajian Luar Kampus) di Fakulti Perakaunan.. setelah banyak mengajar kelas Full Time, dan anak-anak yang semakin membesar menagih masa saya sebagai seorang ibu, saya tidak lagi mengambil kelas PLK (kelas ini diadakan di waktu malam)... kini saya kembali mengajar pelajar MATANG.. kebanyakkannya (atau boleh dikatakan hampir keseluruhannya) berumur 40 tahun ke atas...
update: ingatkan tak ada akhawat yang ambil gambar, rupa-rupanya ada. 
Di antara peserta yang hadir

Pada mulanya agak nervous jugak, walaupun kebanyakkannya saya sudah kenal sebelum ini.. mereka terdiri dari rakan-rakan sekerja juga, ada yang tinggal berjiran dengan saya...
tetapi lama-kelamaan rasa nervous hilang ... timbul pula rasa seronok...

Apa yang saya ajar kepada mereka dalam Bengkel MESRA IT ini?


  Ini slide pertama dari ceramah kami

Mengapa pentingnya ilmu mengenai Social Network Media ini kepada "makcik-makcik" ni? Cuba anda lihat sekeliling anda sekarang.  Boleh dikatakan hampir setiap rumah di Malaysia sekarang, mempunyai sekurang-kurangnya sebuah komputer, samada komputer peribadi (PC), komputer riba (laptop), tambahan lagi sekarang sudah muncul pula Ipad, Tab ..dan sebagainya ... termasuklah SMARTPHONE!  Di mana-mana orang ramai mula mengakses internet, sebagai salah satu cara, atau media dalam perhubungan sosial... Ini yang dikatakan social network ...yang dihubungkan melalui media internet..

Lihat pula apa yang anak-anak anda sedang lakukan? Rata-rata anak-anak muda sekarang berhubung dengan rakan-rakan sebaya melalui internet, samada facebook dan yang paling popular sekarang adalah twitter.

Bagaimanakah ibu bapa hendak berhubung dengan anak-anak? Frankly speaking, kadang-kadang saya terpaksa menggunakan facebook untuk berkomunikasi dengan anak-anak ... kerana saya rasa, mesej yang saya hendak sampaikan , lebih berkesan melalui medium ini ..kerana saya tahu anak-anak akan sentiasa memeriksa status fb mereka ..apatah lagi mereka yg mempunyai smartphone.

Manakala, "makcik-makcik" ini pula adalah da'ie yang akan membimbing dan berkomunikasi dengan anak-anak usrah mereka yang mungkin terdiri dari para remaja dan di awal umur 20an.  Kadang-kala diantara mereka perlu berkongsi data dan maklumat yang disimpan dalam file.  Bgmn hendak berkongsi data dan maklumat ini, jika "makcik-makcik" ini tiada emel? tidak tahu menggunakan facebook, atau twitter
Ada juga saatnya, dimana sesuatu program atau ceramah yang dianjurkan telah dirakamkan melalui video. Bagaimana pula hendak berkongsi video ini? Cara yang paling mudah sekarang adalah melalui YouTube.

Oleh itu, "makcik-makcik" ini perlu UPGRADE diri mereka setaraf atau sama level dengan anak-anak remaja ini, demi untuk menyampaikan dakwah dan juga berkongsi data dan maklumat di antara sesama sendiri.

Alhamdulillah, masa 4 jam bermula dari pukul 9:30 pg hingga ke pukul 1:00ptg, tidak terasa sama sekali... "makcik-makcik" ini sangat excited dapat belajar mengenai social network media ini.. masih banyak lagi yang perlu dipelajari... kemungkinan kita akan sambung di lain bengkel...InsyaAllah.

(malangnya saya lupa langsung hendak mengambil gambar sepanjang bengkel ini di adakan!
update: sudah dapat gambar . Terimakasih PM Dr Rosma) 

1 comment:

  1. salam..
    dakwah & syarahan yg menarik... teruskan.

    ReplyDelete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....