Monday, February 11, 2013

Akil Baligh

Anak ke-7 ku Zubair 

Cuti panjang sempena Tahun Baru China ini memberi peluang kepada anak-anak yang duduk di asrama pulang ke rumah.  Buat masa ini yang masih bersekolah di asrama ialah anak ke-6 dan anak ke-7.  Tapi Mu'adz anak ke-6 tidak pulang kerana menyertai perkhemahan yang dianjurkan oleh sekolah.  Oleh itu yang balik hanyalah Zubair.

Zubair pernah mengalami kemalangan semasa darjah 6 dahulu.. Ada saya ceritakan di entri ini, dan ini ... 

Alhamdulillah, sehingga saat ini sudah banyak perubahan kepada diri Zubair... Ingatannya sudah pulih 100% ... jadi minggu ini apabila Zubair balik, saya sangat gembira. tapi mula-mula dia balik, saya tegur, "Zubair batuk? sakit tekak ke? " sebab suaranya kelihatan besar dan garau ...ingatkan dia sakit tekak dan batuk ...tapi dia jawab, "tak lah ummi ...adik tak batuk.." (oh ..dia masih bahasakan diri sebagai "adik" sebab jarak antara Zubair dan Hana anak bungsu ku agak jauh, ...ingatkan Zubair yang bungsu... tu yang dia dah bahasakan diri dia "adik" )   ... tiba-tiba ummi senyum.... terus ummi cakap, " Ohhhh...anak ummi dah besar ya .... Alhamdulillah ...."  (dah akil baligh lah tu .... ) nampaknya kesemua anak lelaki ku sudah menjadi anak bujang!!! huhu...kena mempersiapkan diri dan mental ... tak lama lagi nak terima menantu ... menantu perempuan yang pertama !!!
 

4 comments:

  1. Dah suara rock lah Zubair tu ya?

    Bila nak terima menantu tu?

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Kak Azzah

    supaya menjadi anak yg soleh

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. tambah sorang ber-title anak bujang dan bakal kehilangan sorg anak ber-title bujang~

    selamat menyiapkan diri auntie~hihihi~nnt jenuh la nak melayan 3anak bongsu in the house ~^^~

    ReplyDelete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....