Friday, August 17, 2012

Beratur

ALhamdulillah hampir 90% hari berbuka, kami berbuka samada di surau atau mesjid, kebanyakannya di Surau At-Taqwa di kawasan kejiranan.  Sekali berbuka di Mesjid Sultan Mizan Zainal Abidin@ Mesjid Besi, beberapa kali di Surau Mawaddah dan Surau Ar-Raiyan dan Mesjid Negeri Shah Alam.  Sahur selalunya di rumah, kecuali jika kami pergi Qiamulaill di Mesjid Negeri, maka kami akan terus bersahur di sana sehinggalah Solat Subuh..
Satu perkara yang saya perhatikan sifat orang-orang Malaysia (tak kiralah bangsa apa) - di sini ORANG ISLAM ...semasa beratur hendak mengambil makanan ...tidak kira tua atau muda ...walaupun dikatakan malaysia sudah maju, tetapi  mentaliti penduduknya masih lagi jauh ketinggalan .(nota: jarang berlaku di surau-surau kerana tidak ramai, tetapi di mesjid yang ramai orang)
Tidak lah semua, hanya segelintir sahaja, tetapi yang segelintir itulah yang kita nampak, kerana ianya berlaku ke atas diri saya sendiri ..namun saya tidak faham kenapa mereka perlu berebut2 atau memotong barisan  sedangkan makanan masih banyak tersedia..??
Walaubgmnpun .di bulan Ramadhan yang mulia ini, saya tidak mahu merosakkannya dgn perkara ini.., sudah lama saya maafkan mereka yang memotong barisan itu ...

2 comments:

  1. Assalamualaikum kak Azzah..
    Sy tak nafikan perkara tu. Nanti time jamuan raya pun macam tu juga yang akan berlaku. Kadang2 terfikir apakah yang menjadi ketakutan mereka yang memotong barisan tu? Takut makanan habis agaknya.. :(

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikumsalam Penjejak Mimpi,
    Entah dimana silapnya, tak ada sivik minded langsung...di mana-mana yang memerlukan giliran, masih ada yang mahu berebut, berebut nak naik bas, berebut nak naik Komuter, nak naik LRT, ...

    ReplyDelete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....