Friday, August 10, 2012

Surau At-Taqwa

Kebanyakan malam yang lain, jika kami tidak ke surau-surau atau mesjid yang lain, kami akan berbuka puasa, bersolat maghrib berjemaah di Surau At-Taqwa yang berdekatan dengan rumah kami.
Alhamdulillah, selepas 20 hari berpuasa, kita akan kenali jemaah yang yang selalu berkunjung dan berbuka di surau yang sama...selain mematuhi syariat agama yang diwajibkan ke atas kita orang Islam, iaitu berpuasa sebulan Ramadhan,  amalan berbuka bersama-sama ini juga mengeratkan ukhuwwah sesama ahli kariah surau...walaupun antara kami tiada talian saudara, tetapi terasa rapat dan bagaikan adik-beradik.
 Berbuka dengan tamar, mee goreng dan kuih-muih (ini selalunya di bawa oleh akhawat)
 Ada budak kecik yang nak interframe,,hehe
Selepas solat Maghrib berjemaah , barulah kami makan makanan berat sikit ..selalunya nasi putih dan lauk-pauk...ada sekali-sekala nasi beriani dan nasi Arab ...makan pun ikut sunnah, makan dalam dulang, satu dulang dalam 4-5 orang.

Alhamdulillah...tetapi rasa sedih juga dalam masa seminggu ini sahaja kami akan dapat menikmati suasana begini... bulan Ramadhan sudah semakin hampir ke penghujungnya ...marilah kita sama-sama memperbanyakkan amalan-amalan di sepuluh malam terakhir ini...mari kita mmencari Lailatul-Qadr..
InsyaAllah

4 comments:

  1. Kemampuan kita berusaha dan terus berdoa serta mempergunakan hari-hari istimewa ini mencari lailatur-qadr..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kakzakie,

      ya kak...InsyaAllah hari ni Azzah start berpuasa semula selepas 10 hari ABC ... mudah-mudahan amalan kita diterima Allah, Semoga kita dapat terus berusaha dan terus berdoa agar dapat memenafaatkan 10 malam terakhir ini ... Semoga kita akan berjumpa Lailatul Qadr..Ameen.

      Azzah8
      11/8/12

      Delete
  2. Salam Ramadhan Kak Azzah

    seronoknya makan dlm dulang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam atuk,

      memang seronok dan terasa rapat ikatan ukhuwwah apabila makan bersama dalam satu dulang..agaknya sebab itu Rasulullah SAW menggalakkan kita makan bersama dalam satu dulang ...

      Delete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....