Friday, January 20, 2012

Demi menuntut Ilmu

Lihatlah betapa anak-anak ini bergadai nyawa demi menuntut ilmu ...
Masalahnya, sanggupkah anak-anak kita bersusah payah sedikit untuk menuntut ilmu? Rata2 sekarang kita lihat ramai ibu-bapa yang menghantar dan mengambil anak2 ke sekolah dan balik dari sekolah... kalau rumah jauh dari sekolah, mungkin lah difahami. tetapi jika sekolah dalam Taman perumahan yang sama... pun nak hantar dan ambil anak jugak...???

Alahai...latih lah anak2 itu pergi / balik sekolah sendiri, atau naik basikal ke? ... mungkin kita boleh suruh anak2 pergi secara berkumpulan ... jika kita khuatirkan keselamatan anak terutama anak perempuan ....sampai bila kita hendak memanjai anak2? 

Oleh kerana itu kita lihat sekarang anak murid sudah berani melawan cikgu... kerana anak-anak ini tidak boleh dijentik sedikit pun oleh guru..subalah berbuat demikian..anda akan lihat ibu bapa murid ini akan datang ke sekolah menyoal siasat guru..seperti guru pula yang melakukan kesalahan besar... apatah lagi jika cikgu merotan pelajar... alamat nak kena serang lah cikgu dan sekolah tersebut... sebab itu anak murid sudah naik tocang skrg...

cuba bandingkan bgmn orang2 tua dahulu mendidik anak2? Semasa menghantar anak2 ke sekolah ..siap bawa rotan beri kpd guru..pesan ibu bapa .." Cikgu, kalau anak saya nakal / salah, cikgu rotan lah anak saya" ...oleh kerana itu anak murid tidak berani nak mengadu kpd ibu bapa... kerana nanti yg disalahkan adalah anak2 sendiri ..sangat jarang ibu bapa menyalahkan gur..kerana tugas atau ptofession guru adalah sesuatu yang sangat MULIA di mata masyarakat pada suatu waktu dahulu...

Ada ke ibu bapa yg buat begitu sekarang?
Hurmm...

5 comments:

  1. Salam Azzah...dulu lain ...sekarang lain kan... ibu bapa sekarang akak tgk...kalau boleh nak hantar anak kat depan pintu sekolah... kadang akak tengok mak ayah yang membawa beg2 sekolah anak mereka apabila balik dari sekolah... dulu kita jalan bermeter2 dari rumah utk ke sekolah...takde yang membantu pun...bawaklah beg tu biar berat mana pun...

    Anak2 sekarang ni terlalu dimanjakan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kak aNIe,

      Ya Kak, Bgmn anak2 hendak berdikari, ? kerana ibu bapa kononnya terlampau 'sayang' kat anak-anak...sampai sanggup berbuat demikian tanpa menyedari sikap ibu bapa yg sedemikian akan mempunyai kesan jangka panjang yang tidak elok kpd anak2 mereka sendiri ...

      Delete
    2. zaman sudah berubah .. kalau kita sorang saja tak mahu berubah, jadi pelik pulak.

      pakngah ada buat entri baru dan di bawahnya ada link kat entri tasik tu di blog awak.

      Delete
  2. baru tadi IM berbual dengan Angah. Angah tanya pasal orang dulu pakai lampin kain sahaja tak gaduh pasai ruam tapi anak sekarang semuanya pakai lampin buang.

    IM jawap, kita didik anak ikut zaman. takkan kita nak samakan zaman opah makan ubi kayu dengan zaman ayah makan maggie sementara zaman hang makan burger.

    yang utama ialah kita jaga hidup seadanya dengan rezeki yang kita ada. jangan terlalu berbelanja dan jangan pula terlalu kedekut.

    jangan beri anak makan ikan sahaja tetapi dalam masa yang sama baerilah dia pancing dan ajar dia memancing.

    ReplyDelete
  3. salam sister suka post ni..

    sesungguhnya segalanya bermula dari rumah :)

    ReplyDelete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....