Thursday, January 12, 2012

Simpul Biawak@Tarik Mengkarung

Assalamu'alaikum sahabat alam maya sekelian... pernah tak anda mendapat simpul biawak atau ada yang panggil 'Tarik Mengkarung"? Apa tu "Simpul Biawak" ? Dalam Bahasa Inggeris ianya dipanggil "Varicose Vein".  Adakah biawak itu disimpul-simpul? hehehe... entah lah ya...kenapa ia dipanggil simpul biawak? Apa kena-mengena binatang Biawak dengan kejadian ini? .. Ia bukanlah suatu penyakit, tetapi apabila berlaku  sangat sakit sekali ...

 Dinihari tadi sewaktu hendak bangun tidur saya diserang simpul biawak... sakitnya bukan main lagi..... selalunya ada cik abang tolong tolakkan ibu jari kaki ke arah kita... tapi malam tadi cik abang pergi out station, terkial-kial lah saya seorang diri menahan sakit dan pada masa yang sama menegakkan ibu jari ke atas dan berpusing ke dinding agar saya dapat meletakkan tapak kaki saya ke dinding dan menekannya ke arah kita...

Alhamdulillah, selalu nya cara ini berjaya mengurangkan sakit dan menguraikan "simpul" yang berlaku dalam waktu yang singkat...

Simpul Biawak ini biasanya sering berlaku kepada ibu-ibu yang mengandung...mengikut rujukan, terdapat 20% wanita yang mengalami Vericose Vein dan 50% daripadanya disebabkan keturunan dan mengandung. 


Tetapi sudah 8 kali saya mengandung, tapi jarang kena sewaktu mengandung pulak ...

Ketika mengandung, pertambahan hormon progestron menjadikan vena berkeadaan lega (injap terbuka) mengundang masalah vena varikos selain pembesaran uterus secara semula jadi menekan vena. Pengambilan pil cegah hamil (mengandungi testosteron) memburukkan lagi masalah urat simpul.

Lelaki tidak terkecuali mengalami masalah urat simpul iaitu 10% yang mengalaminya disebabkan keturunan.

Mereka yang berdiri terlalu lama (pekerjaan yang memerlukan berbuat demikian seperti jururawat, pelayan restoran, guru dan sebagainya) serta mereka yang mengalami obesiti juga terdedah menderita urat simpul akibat kaki terpaksa menampung berat badan yang berlebihan. 

Hurmm..patutlah sekarang beberapa kali juga mengalami nya walaupun saya TIDAK mengandung,,, (hehe) tapi disebakan pekerjaan saya yang menuntut diri ini berdiri lama berjam-jam ... jalan turun naik tangga dari satu bangunan ke bangunan yang lain ..mungkin menyumbang ke arah sakit ini...

( http://www.sihatselalu.com.my/2011/04/punca-dan-kesan-urat-simpul.html)

3 comments:

  1. Salam Kak,

    Doktor sakitpuan yang saya pergi dulu untuk anak no 5 dan 6 kata, satu teknik dalam yoga boleh reducekan sakit ni. Dia ada ajar saya dan memang berkesan jugak pun. Saya nak cerita tapi takut pilihan bahasa menjadikannya complicated tapi apa yang boleh saya kata, kita cuma perlu relakskan seluruh anggota badan, just let go. Jangan keraskan badan, biasanya kalau kita sakit pasti kita ada tindakbalas mengeras macam nak melawan kan? So dia kata, jangan buat macam tu tapi buat sebaliknya, lepaskan semua macam seolah-olah kita ni tak de control atas urat2 kita...hmmm....agak-agak OK ke penerangan saya nih? Heheheh....

    ReplyDelete
  2. Salam Rohaniah,

    Terimakasih di atas cadangan dan penerangan tersebut..InsyaAllah akak faham apa yg cuba disampaikan .. akan cuba lakukkan jika diserang Simpul Biawak lagi..(hurmm..tapi tak tahu lah di saat itu masih teringat nak buat macam Rohaniah bagi tau ni..hehehe..takut nanti, bila dah sakit tu...lupa semua!)

    kak Azzah8

    ReplyDelete
  3. memang sakit..kejang urat.kena berurut sendiri..

    ReplyDelete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....