Friday, January 27, 2012

ALLAH

ALLAH

Begitulah sebutannya ...ALLAHU AKHBAR! ALLAH MAHA BESAR..
KEBESARAN ..KEAGUNGAN ALLAH KELIHATAN di mana-mana ..
hanya orang yang berakal dan beriman sahaja yang mengambil iktibar daripadanya ..

Hari Rabu, sempena Wordless Wednesday, saya letakkan gambar berikut...
 Cuba anda perhatikan betul-betul dengan teliti....Apakah yang anda nampak?

Sebenarnya batang-batang pokok kurma di atas telah membentuk perkataan Aliff Lam Lam Ha = ALLAH , dalam bahasa Arab, jika di eja dari kiri ke kanan.  Sepatutnya saya mengambil gambar ini dari arah sebelah sana, baharulah ia dapat dieja dari kanan ke kiri sebagaimana lazimnya Bahasa Arab, tetapi saya tidak dapat ke sana kerana tanahnya yang agak lembut bila dipijak ...

Pokok kurma ini tumbuh di belakang mesjid yang menempatkan makam sahabah yang bernama Dirar bin Al-Azwar, terletak di Ghor, Jordan.
Sebenarnya banyak lagi pokok2 kurma yg lain di sekeliling kawasan itu.  Lazimnya batang pokok kurma hanya tumbuh tegak meninggi ke atas...tetapi tidak dgn pokok kurma ini..


Gambar ini di ambil di sekitar Mesjid yang menempatkan makam sahabat yang bernama DIRAR BIN AL-AZWAR.
 
Di pintu masuk ke pengkarangan mesjid


 
Pokok ini dikhabarkan oleh penjaga mesjid ini , telah tumbuh di kawasan ini sejak beribu tahun dahulu


Asma' sedang menerangkan kepada kami kisah dan sejarah perjuangan sahabah yang bernama Dirar Bin Al-Azwar ini...(bonda-bonda yg datang tak faham Bahasa Arab..heheh)  di antaranya ialah sahabah ini juga telah meninggal dunia kerana diserang wabak taun.  Waktu itu kawasan Syam ini telah dilanda wabak taun, menyebabkan ramai sahabah telah meninggal dunia, termasuklah Mu'adz Bin Jabal, Abu Ubaidah dll.

Di belakang poster penerangan ini ialah makam sahabah tersebut.

Gambar ini diambil ketika saya melawat makam ini pada tahun 2007, kali pertama saya datang ke Jordan.

Inilah rombongan kami, dalam pengembaraan kami menjejaki denai dan laluan para sahabah Rasulullah SAW yang berjuang menyebarkan agama Islam dan menawan As-Syams dari tentera Romawi. 


Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai sejarah sahabah ini , sila klik ke link berikut.  Entri terdahulu ketika saya berkunjung ke Jordan pada tahun 2007.  Kali kedua saya datang pada tahun 2011, saya tidak melepaskan peluang bersama-sama yang lain untuk melawat makan para sahabah ini ..kerana lawatan ini bukan hanya lawatan sahaja, tetapi kami cuba menghayati sejarah Islam yg berlaku agar ia dapat membangkitkan perasaan keinsafan dan kesedaran betapa perjuangan sahabah yg terdaulu untuk menyebarkan agama Islam ke serata dunia tanpa mengira kesusahan dan kepayahan sehingga meragut nyawa masing-masing demi mempertahankan agama Islam yang Suci ini...


Janganlah kita hendak mendabik dada...cubalah tanya diri sendiri apakah yang telah kita lakukan demi untuk mempertahankan kesucian agama kita, demi untuk menyebarkan kepada yang bukan Islam tentang kebenaran Agama Islam ini?

Saya bertanya kpd diri sendiri sebenarnya... contohnya Apakah yg saya lakukan demi untuk merapatkan hubungan dengan jiran yang bukan Islam? kepada rakan sekerja kita yang bukan Islam? agar mereka faham bahawa Agama Islam bukan lah agama kekerasan, tetapi agama yang penuh lemah lembut dan pengajaran ...

9 comments:

  1. Salam Azzah.

    Jika saya bandingkan dgn sumbangan para sahabat r.a., saya akan merasa malu kerana tiada sumbangan saya utk agama Allah ini. Apa yg saya lakukan hanyalah kewajipan yg memangnya perlu dilakukan oleh setiap org Islam spt solat, berpuasa dan berzakat.

    Saya lebih banyak sibuk dgn keluarga dan saudara2 seislam tapi terlalu kurang berdakwah.

    Semoga Allah mengampunkan kealpaan saya dan memberi kekuatan utk melakukan lebih lagi utk agamaNya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam YB,

      ya, peringatan utk diri saya juga sebenarnya..merenung kembali saya rasa saya terlalu sibuk/menyibukkan diri dgn hal duniawi ..hingga terlupa bahawa kita masih ada tugas lain lagi ...

      Azzah8

      Delete
  2. pengembaraan yang membawa kesedaran dan sepatutnya menambah keimanan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. subhanallah. saya sudah mengagak ada sesuatu di dalam gambar tersebut tetapi tidak pasti apakah dia. memang di mana-mana sahaja kita halakan pandangan kita, nescaya itu di situ ada ayat-ayat Allah. dari sekecil-kecil semut hingga kepada seekor unta, di sana ada tanda-tanda kebesaran dan kebijaksanaan Allah.

      Delete
    2. IM,
      Semoga pengembaraan ini dapat dimenafaat kan sepenuh nya..bukan hanya sekadar suka-suka begitu sahaja ...

      ya, saya setuju dengan pendapat IM, sepatutnya menambah KEIMANAN ....

      Delete
    3. Al-lavendari,
      ya, banyak terdapat tanda-tanda Allah di sekeliling kita, cuma samada kita sedari atau tidak sahaja ...

      Delete
  3. MasyaAllah! sesungguhnya tanda2 kebesaran Allah itu ada dimana2, tinggal kita jer lagi kena betul2 menghayatinya..

    jawapan pada soalan akak on previous post:

    ya, masih kerja dgn mtaqsa..agak sibuk sekarang..rindu nak menulis tapi blog dulu saya dah tutup. apa email add akak?

    OO

    ReplyDelete
  4. Salam OO,

    emel akak: nurazzah8@yahoo.com

    ReplyDelete
  5. Salam Azzah, kami baru balik dari Jordan iaitu ziarah kesana sebelum mengerjakan umrah. Indah sangat rasanya tempat mereka. Penuh dgn cerita perjuangan Nabi Muhammad bersama angkatan2 perangnya. - Puan Saz

    ReplyDelete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....