Monday, June 23, 2008

sooo many things happened in the last few days!!!

Terlalu banyak perkara yang berlaku dalam seminggu yang berlalu... banyak topik yang hendak ku tulis, tak tahu mana nak mula dahulu ....

22

Rasanya elok saya mulakan dengan angka 22. Ya... kenapa dengan angka 22???

Kerana pada tahun ini pada 22hb Jun ialah ulangtahun perkahwinan ku yang ke-22 ...

Wahh..cantik nombor tu, kalau dapat plet kereta 2222 kan bagus.... (berangan saja...)

Alhamdulillah tak sedar dah 22 tahun kami berkahwin, sepanjang 22 tahun ini lah berbagai perkara pahit manis masam masin semua telah kami lalui... seperti roda berpusing, ada kala kita di atas dan ada kala kita di bawah... semua ini adalah ujian dan cobaan dari Allah SWT. Allah hendak melihat samada kita berupaya mengharungi semua ini demi untuk menegakkan kalimah Allah SWT.

Aku hadiahkan kpd suamiku sempena ulangtahun perkahwinan ini pendaftaran percuma (special tau!!) untuk menghadiri bengkel Mahligai Kasih, Kasih Disemai Kasih DiTuai, Semakin Hari Semakin Sayang, anjuran JIM Negeri Selangor yang diadakan pada hari Sabtu 21 Jun (sehari sebelum ulangtahun perkahwinan kami) - akan ku tulis sebuah entry khas untuk ini.

Hari ulangtahun perkahwinan pada tahun ini kami raikan nun jauh di utara di kanpung Titi Serong, Parit Buntar, Perak. Sebenarnya pagi-pagi lagi kami telah bertolak ke Perak untuk menghadiri kenduri perkahwinan Hazimin @ penghuniSahara . Saya mengenali beliau melalui anak saya yang berlajar di Jordan.MB Perak, Hazimin, Faatihah, dan isteri MB Perak

Hazimin juga lulusan Uni di Jordan, begitu juga dgn isterinya.
Hazimin adalah rakan baik dan rakan kongsi Zaid anak SilverSarina. Sebenarnya isteri Hazimin ialah anak Menteri Besar Perak sekarang. Kedua-duanya anak sulung dalam keluarga masing-masing. Saya mendapat jemputan dari Hazimin. Oleh itu saya datang kenduri yang di adakan di rumah Hazimin, di sebuah kampung yang berlatar-belakang sawah padi dan bukit-bukau .... sungguh cantik pemandangan di kampung tersebut, sehingga sewaktu dalam perjalanan pulang, kami berhenti di tepi jalan / sawah untuk mengambil gambar pemandangan yang cantik , dengan pohon kelapa melambai-lembai ditiup angin.

Bertolak jam 9 pagi, kami sampai ke rumah pengantin lebih kurang jam 1 tengahari. Keadaan mendung dan mula hujan apabila kami sampai. sedang memerhati di mana hendak parking kereta, rombongan pengantin dari rumah pengantin perempuan pun sampai. Lalu kami tunggu sebentar memberi laluan kepada rombongan pengantin.


Berpakaian sedondong serba hijau ( spt hijau epal, warga kegemaran ku juga), kelihatan ibu bapa pengantin perempuan (Dato Ir Mohd Nizar & isteri) turun dari kereta. Dibelakang menaiki MPV Merc kelihatan pasangan pengantin juga berpakaian sama warna hijau. semasa melintas disebelah kereta kelihatan Hazimin tersenyum memandang (manis senyum pengantin baru...pengantin barulah katakan. .. berdarah manis !)


Orang ramai mula membanjiri kawasan khemah, sehingga kami kena beratur panjang untuk mengambil makanan dan menunggu giliran untuk duduk makan (semua kerusi sudah penuh)!!) Mungkin satu kampung datang meraikan perkahwinan Hazimin, al-maklumlah sudah menjadi menantu MB, seluruh kampung tumpang gembira.

Lebih kurang jam 2:30 ptg, kami beransur pulang, kerana perjalanan masih jauh ke Shah ALam.
ALhamdulillah selamat sampai ke Shah Alam apabila hampir masuk waktu maghrib.

5 comments:

  1. Selamat Pegantin Baru buat pengantin. Muga kekal ke anak cucu.

    ReplyDelete
  2. Happy Anniversary....

    Moga kekal dengan rahmat Allah dunia akhirat.

    Selamat Pengantin Baru buat pengantin. Dua2 org Perak ... Tak payah nak gaduh balik kampung mana masa raya...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum warahmatullah,

    Selamat menyambut ulang tahun perkahwinan...

    Semoga sentiasa terus dikurniakan Allah, sakinah, mawaddah dan rahmah...Amin...

    Wasalam..

    PS. Ke program Mahligai Kasih? Bagus tu! Sahabat saya, P.M. Pauziah (Kej. Elektrik - UiTM tempat sama NurAzzah, cuma fakulti lain) AJK penganjurnya...Kami biasa panggilnya Pawi...

    ReplyDelete
  4. Happy 22nd Anniversary !!

    Semoga semakin sayang dan ceria !!

    Wah...jelesnya tengok gambar gimin n yong tu, I tak dapat pergi ke dua-dua jemputan , malam tadi gimin kata bestnya dah kawin , kenapalah dia lambat kawin... hehehe.

    Rumah Gimin memang damai sangat, I pernah ke sana 2003 .

    Nanti jangan tak datang kenduri sambut menantu I pulak, ada dapat e-card jemputan kan ???

    ReplyDelete
  5. salam makcik azzah.. terima kasih dtg jauh ke parit buntaq mai kenduri saya..doakan kami. kalau ada nasihat apa2 emel dan sms lah ye.. hehehe..

    salam dr saya dan isteri tercinta

    ReplyDelete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....