Monday, June 23, 2008

Happy 22nd Anniversary!!!

Bengkel Mahligai Kasih
Kasih Disemai Kasih Dituai
Semakin Hari Semakin Sayang

Bengkel ini diadakan pada 21 Jun 2008, anjuran JIM Selangor di Dewan Sri Impian, Hotel UiTM, Shah Alam.

Sempena ulangtahun perkahwinanku yang ke-22 pada 22 Jun, aku mengajak suamiku agar menghadiri bengkel ini, (fully sponsored....) apabila menyedari bahawa fasilitatornya adalah Pak Utih yang terkenal itu. Sesiapa yang tidak mengenali Pak Utih, sila layari laman web ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut.
Sebenarnya ini adalah hadiah ulangtahun perkahwinanku kepada suami, di mana aku rasakan ini lah hadiah yang paling sesuai buat masa ini terutama selepas 22 tahun berkahwin, semoga ia akan memperbaharui semula ikatan perkahwinan kami yang telah lama tersimpul.

Semasa kami sampai sudah agak ramai peserta yang hadir dalam dewan. Memang sudah rezeki ditakdirkan Allah, kerusi kosong yang ada ialah di sebelah Wardina, personaliti TV yang tidak asing lagi. Beliau juga hadir bersama suami, Ikhwan. Memang tidak dinafikan Wardina sungguh baik dan ramah sekali, sangat mudah berbicara dan tidak lokek senyuman manis beliau. Baru ku ketahui rupanya beliau sedang mengandungkan anak yang ke-3 (sudah 5 bulan) sbb setiap pagi dalam rancangan MHI bila melihat beliau kadang-kala bersama Mazidul berceloteh, tidak perasan bahawa beliau sendang mengandung. Dah namanya selebriti, mengandung pun nampak vogue! ( selepas tu kecoh juga ummi bagi tau anak2 yg ummi duduk sebelah Wardina...hehehe..)

Wardina di sebelah tersenyum manis

Untuk pengetahuan semua, memang saya dan suami merasai tidak rugi kami menghadiri bengkel ini, yang diadakan secara santai sambil "refresh memory" back the memory lane.... 22 years ago....Oh...alangkah manisnya .... tersenyum-senyum simpul tatkala mengingati saat2 lalu ...

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” (Al-Quran, Ar Ruum : 21)


Terdapat 3 sesi yang diatur sepanjang bengkel tersebut:

1. Memahami perbezaan asas Lelaki dan Wanita
2. Mengenali Pasangan dan Tips Kerjasama

3. Membina Nilai CINTA

Dalam sesi pertama bengkel tersebut, kami disedarkan bahawa kita suami isteri memang berbeza. Suami adalah seorang lelaki dan isteri pula adalah seorang wanita yang mempunyai hardware dan software yang tersendiri. Hanya melalui komunikasi yang effektif sahaja, kita boleh mengenali antara satu sama lagi.

Perbezaan antara suami isteri dari sudut nilai kerja, Perbezaan pembangunan dan binaan otak sejak janin juga dibincangkan beserta contoh-contoh yang menghiburkan dan berkesan. Selain dari itu dibincangkan juga
  • Beza Cara Melihat
  • Beza Cara Mendengar
  • Beza Cara Berfikir
  • Beza Bila Stress
  • Beza menguruskan Stress
  • Beza berkomunikasi
  • Beza kehendak seksual
Sesi yang kedua pula memberi tunjuk ajar bagaimana kita dapat mengenali pasangan masing-masing dan tip-tip untuk menjalinkan kerjasama antara suami dan isteri.
  • Apa yang isteri bimbang - Apa yang suami lemah?
  • Apa yang dihargainya
  • Kehendaknya bila stress
  • Melayan Tetamu datang
  • Semasa shopping
  • Tips balik kampung raya
  • Perbuatan suami yg menceriakan isteri
  • Perbuatan isteri yang memachokan suami
Dalam sesi ke tiga pula, satu Simulasi Menyambut Ulangtahun perkahwinan telah dilakukan bersama-sama antara pasangan suami isteri.
Kami juga diajar bagaimana pasangan suami isteri patut berkongsi Nilai Keluarga Bersama
dan akhir sekali membuat M.O.U. CINTA bersama....

Dalam salah satu sesi kursus berkenaan, kami dikehendaki menulis@menceritakan pengorbanan yang belum pernah kami ceritakan. Selepas menulis kami dikehendaki membacakan kepada pasangan masing-masing,

..............................(nama pasangan), Selama kita
menjadi pasangan suami isteri,
pengorbananmu tidak ternilai harganya.

Pada hari ini, kuceritakan satu
peristiwa pengorbananmu yang belum
pernah ku ceritakan padamu.

Ianya amat bernilai pada diriku:

.................................................
..............................................
.............................................

.................................................
....................................................
..............................................

..............................(nama pasangan) AKU CINTA PADAMU

.......................................... Tandatangan



Sesi terakhir sambil semua pasangan berdiri sambil memeluk pasangan masing-masing, membisikkan lagu Kopratasa ke telinga isteri masing2 ...(aduish sungguh syahdu mendengar suami ku menyanyikannya , walaupun suaranya bukanlah sesedap suara Anuar Zain atau M. Nasir, tetapi mendengar suami menyanyikan dengan bersungguh-sungguh sambil memandang tepat ke mataku..membuatkan ku tidak sedar air mataku meleleh . )

Permata (Untuk Isteri Ku)

Telah ku siapkan satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang

Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami

Kerana engkau isteri
Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini
Tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku

lirik lagu: Kopratasa

18 comments:

  1. Salam hormat wahai Puan.

    Teringat kepada program AKRAB - Kasih DiRayu, Sayang DiPadu. Sewaktu program. Suami kelihatan tersenyum, isteri tersipu - sipu malu. Alahaiiii ......

    ReplyDelete
  2. Memang beruntung kak Azzah dapat ke bengkel tersebut bersama2 suami, dan dapat duduk sebelah Wardina lak tu.. Jealous gak.. Semakin panjang usia perkahwinan memang semakin sayang kita pada darling husband. Itulah yang Tie rasakan kerana dia amat sabar dgn kerenah Tie. Dan Tie juga cuba membahgiakan dia sebaik mungkin. Semoga kita semua bahagia hingga ke akhir hayat..inshaallah..

    ReplyDelete
  3. Salam Puan Nurazzah,

    Saya tersenyum simpul baca entri ini.Satu contoh yang baik!

    ReplyDelete
  4. Caya-lah kak Azzah! Terutama bab husband nyanyi lagu Kopratasa tu. Bagus juga ye bengkel tu..

    ReplyDelete
  5. Caya-lah kak Azzah! Terutama bab husband nyanyi lagu Kopratasa tu. Bagus juga ye bengkel tu..

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum warahmatullah,

    Tahniah Nurazzah! Sebab telah berjaya mengisi ulangtahun perkahwinan dengan sesuatu yang sungguh bermakna...

    Selalu-selalulah ikuti program anjuran JIM Selangor ataupun Wanita JIMnya..

    Wasalam,

    Ahli JIM seumur hidup...di Perak

    ReplyDelete
  7. Abang Long,
    Alhamdulillah penantian yang sungguh menguji keimanan sudah berakhir ....
    semoga Abang Long dapat menempuhi hari-hari yang mendatang dengan lebih tabah lagi...

    Tahniah...semoga Abang Long terus maju

    ReplyDelete
  8. Tie,
    ya...semoga Allah Melimpahkan Rahmat dan HidayahNya ke atas keluarga kita ... suami ibarat nakhoda kapal, adakalanya kapal belayar di air tenang, adakalanya laut bergelora. Maka kebijaksanaan nakhoda mengemudi kapal menentukan kapal tidak tenggelam ...

    ReplyDelete
  9. Dr Bubbles,
    tersenyum simpul tersipu-sipu malu, namun terasa sungguh dihargai... ialah bukan senang nak dengar suami menyanyi ... hehehe

    ReplyDelete
  10. zlaa,
    aduishhh............memang cayalah!
    tak sangka hubby pun sporting jugak nak nyanyi, kuat dan penuh perasaan pulak tu... hehehe...
    sebab akak lihat ada juga beberapa suami tu yang malu2 nak peluk isteri masing2, dan ada yg berdiri tegak aje..tak peluk pun isterinya...(itu kes yg ego tinggi lah agaknya kan)

    sepatutnya apa kita nak malu, kan isteri kita yg sah, dah kahwin pun. Ini ada yg belum kahwin tak malu-malu nak pegang-pegang tangan dan peluk2, tapi bila dah kahwin langsung tak kisah... sepatutnya terbalik.

    ReplyDelete
  11. Kak Ummi,
    ALhamdulillah I made that decision to attend the workshop and Alhamdulillah he agreed to go. Bermanafaat sungguh program tersebut....

    Saya selalu juga attend program JIM, kerana saya pun ahli JIM jugak...cuma taklah aktif sangat mcm Kak Ummi

    Kak Pauziah mmg saya kenal dan baik sbb anak sulung saya (Asma') dgn anak Kak Pauziah (Iman) kawan baik sejak sekolah rendah lagi...

    ReplyDelete
  12. Che Uda,
    Wow.. to refresh kisah-kisah cinta zaman dolu-dolu.. bestnya! Selalunya benda yg baik akan ended dgn benda baik jugak... such as.... nurazzah9.. he..he..

    ReplyDelete
  13. tahniah...dah 22 tahun...satu jangka masa yang lama tu...maklang baru nak masuk 17 tahun akhir tahun ini...

    memang seronok pergi kursus untuk nak refresh ni kan...teringat zaman muda2 tu...dan itu yang buat tersenyum2 tu kan..

    ReplyDelete
  14. Dalam Dakapan Ibu @ Ja,
    ...hehehe.... you should try ...mmg best...tapi bab jadi nurazzah9 tu ... yg lemah sikit tu... dah tak larat nak bangun malam buat susu dan tukar lampin anak lagi... tunggu cucu aje lah... hehehe

    ReplyDelete
  15. maklang,
    dah sihat?.. Alhamdulillah... dengar cerita Rina@silversarina, boleh terdengar-dengar bunyi air kat kolam maklang...

    ReplyDelete
  16. kira kira empat tahun lepas, kami suami isteri telah pun mengikuti seminar ini ...

    MOU tu masih tersimpan di dalam almari,

    hi hi ,
    tak sempat nak boh frame ..

    hu uh uuu

    ReplyDelete
  17. sangat menarik, terima kasih

    ReplyDelete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....