Update: 30 June 2008================

Alhamdulillah akhirnya Euro 2008 sampai ke penghujungnya.
Ramai lah isteri-isteri, ibu-ibu dan anak-anak yang bersyukur kelegaan...
Isteri-isteri tak mengeluh lagi asyik kena tidur berseorangan...kerana cik abang sanggup tidur depan TV atau kalau nak thrill lagi melepak kat kedai mamak dengan member-member bersorak tengok bola...
Ibu-ibu tak perlu berleter lagi nak kejutkan anak-anak ke sekolah yang sangat liat nak bangun kerana semalaman berjaga malam tengok bola...
Anak-anak tersenyum kembali mendapat 'ayah' mereka yang sebenar... kerana sebelum ini kalau cakap dengan ayah, atau bertanya soalan, asyik dapat jawapan bolaaa.......memanjang.....tak ada topik lain, asyik-asyik bola, asyik bola...
Semalam final antara Jerman dan Sepanyol....semua anak-anak sokong Sepanyol.... bersorak keriangan kerana pasukan mereka menang ....
gol kemenangan di tendang masuk oleh Fernando Torres.....
=======================================================
Sekarang musim demam bola...
setiap malam tv di rumahku akan sentiasa terpasang... rancangan apa?
apalagi .... bola lah .... Euro 2008 ......
apalagi sekarang Zaid sedang bercuti semester... TV setiap malam telah dibooking oleh Zaid ...
tetapi kadang-kadang apabila saya terjaga malam, keluar bilik menjenguk ..rupa-rupanya TV yang sedang tengok Zaid...hehehe
jika dia tertidur, alamat siang hari pun TV akan sentiasa terbuka pada saluran bola....
jika tiada perlawanan, dia nak dengar komen penganalisis bola pulak...siapa lagi kalau bukan Shebby ...
bola....bola...bola....
macam iklan dulu...
tidur bola, makan bola, minum .... coca-cola...opppssss...coke dilarang dalam rumah saya...
anak2 tidak digalakkan (dibenarkan) minum coke...
Alahai...tengok bola aje lah saya sampai hujung bulan ni....
tengoklah gambar Zaid 2 tahun lepas, semasa baru beli kasut Adidas (melayang seratus lebih), siap ambik gambar macam David Beckham....punyalah minat bola ...

Kalau anak-anak saya tengok accessories bola seperti di bawah, mesti teringin nak belikan... teringat tahun lepas pakat simpan duit raya sebab nak beli kasut bola/futsal .. cakap dengan anak-anak, nak beli kasut kena simpan duit sendiri...

Salam hormat wahai Puan. Kita senasib. Dirumah saya lagi parah, bila masing - masing minat pasukan yang berlainan. Minat masing - masing. Tetapi, sempat juga saya menyindir "bila gerak solat tahajud, bukan main susah nak bangun..." hahahahaha ...
ReplyDeleteSamalah kat mana2 rumah ye..lebih la bil letrik. saya jadi tukang tutup tv@lampu bila time TV dok tengok tuan yang dah lelap. nasib baik saya sendiri tak dak masa sgt nak duduk depan tv..if not mesti tensen giler..sbb tak dak peluang nak menononton cerita kegemaran..tak dak pun.
ReplyDeleteabang long,
ReplyDeleteanak-anak saya masing-masing minat pasukan yg berlainan juga...maklum lah saya ada 5 orang hero... so ada 5 pasukan yg berlainan ... hero lagi soran g (ayahnya lah) tak sempat nak join tengok bola, sbb tak tahan nak berjaga malam ..maklum lah kerja..nanti tidur kat office pulak... cuma layan masa weeken aje..
saya pun selalu sound kat hero2 saya tu... "Jangan lupa solat tahajjud selepas tgk bola tu.."
Ummu asiah,
ReplyDeletesaya pun tak de masa nak tengok, tak pernah duduk tengok sampai habis satu perlawanan pun.... Selalunya sekerat-sekerat...lepas tu tanya Zaid mintak update...
tapi biasanya baca paper aje tgk keputusan perlawanan...
hehehe...ummi pun terpaksa layan tgk bola sebab ramai hero kat rumah ni...
Salam Azzah...
ReplyDeleteKat rumah akak ni semua peminat bola kecuali akak & sikecik...jadi...diorang tengok bola...akak dah tgk bola dlm mimpi...
Hari sekolah Farhan tak dpt tgk...bila hubby takde Huda aje yang terjongol dpn TV sensorang...
akak..
ReplyDeletemalam ni France lawan Italy..perlawanan penting ni...kena tengok..hehheh
kak lady,
ReplyDeleteapa khabar? lama tak tel...sibuk sangat sekarang ni...
takpe...mimpi bola pun boleh juga....hehehe
faizah,
ReplyDeletedah habis tgk bola ke? siapa menang?
hurm...sekejap....
kat malaysia skrg pukul 2:50am...rasanya anak akak tgh tgk bola tu..tak tau lagi siapa menang...
masih 0-0 kan? haaaa....akak tau, faiza mesti sokong France kan? al-maklum lah duduk sana....
hehehehe kak Azzah, anak teruna saya ni baru 6 tahun tak reti lagi pasal bola ni..ayah dia minat bola tapi nampaknya setahun dua ni dia tak layan bola pun, rumah kami ni jam 10pm dah gelap.
ReplyDeletesalam,
ReplyDeletegang izzat lah zaid you ni, sebab sekolah, selalunya bola yang tengok izzat malam-malam, bab beli alat bola dan pelbagai alat lagi memang takleh disekat, tapi memang simpan duit sendiri , tak kuasa nak belanja, walaupun ada juga paksarela belanja dia ..hehehe.
OO,
ReplyDeletekecik lagi...nantilah dia dah besar nanti...dan ramai kawan yang kaki bola jugak..hehehe
silversarina,
I tahu Izzat you mmg minat bola jugak, tengok entry you dulu dia ada banyak jersi bola warna merah...hehehe
Salam ziarah. Anak bujang tie tak minat bola tapi minat cellphone. Entah mcm2 software dia bubuh, takut tiba2 letup lak.
ReplyDeleteteringat lak iklan digi, yg striker on strike dan hanya tahu fishball :)
ReplyDeletetie,
ReplyDeletecellphone pun berhantu macam bola gak...
banji,
ReplyDeletehehehe...apa khabar new father?
bila nak emel alamat banji kpd kak azzah?
Salam hormat wahai Puan.
ReplyDeleteAbang long tak kisah, walaupun lari tajuk. Abang long tetap sokong pasukan Perak !
Abang Long,
ReplyDeleteKejor.....Yop.....Kejor!!!
Salam Azzah...kalau kat rumah akak ni Farhan...tu belum masuk along dia lagik...
ReplyDeleteHari tu masa nak final memang dia nak berjaga tengok...tapi kene suruh tidur sebab nak sekolah...macam2 helah lah dia buat...kata selesema...nak makan ubat (supaya esok takyah pi sekolah)...minum nescafe memalam (supaya dia kata dia takleh tidor)...tapi semua helah tak jadi...kene suruh pi tidor jugak...heheheh
Dah habis bola dah ye...senang le sikit akak nak tengok tv cerita akak...