Monday, June 2, 2008

43

zwani.com myspace graphic comments
Myspace Happy Birthday Graphics


Alhamdulillah Syukur kepada Allah
kerana dengan limpah KurniaNya,
dengan RahmahNya,
dengan Kasih-SayangNya,
aku masih lagi di sini
meniti hari
setahun lagi
Semoga Kurniaan Ilahi
tidak membuatku sombong lupa diri
tetapi mengikut resmi padi
semakin berisi
semakin tunduk menyembah bumi
menginsafi diri
memohon petunjuk Ilahi
dalam mengharungi hidup ini

23 comments:

  1. Assalamu'alaikum warahmatullah hiwabarokatuh dan salam hormat buat Puan.

    Syukur Alhamdulillah atas nikmat yang telah dianugerahkanNya kepada kita.

    SELAMAT HARI JADI. Semoga panjang umur, murah rezeki, sihat sentiasa, ceria selalu, bertambah iman dan berbahagia disamping keluarga tersayang. AMIN, AMIN, AMIN YA RABBAL 'ALAMIN.

    ReplyDelete
  2. Bday kak azzah sama dengan bday my hubby lah.

    Selamat Hari jadi semuga panjang umur dan di murahkan rezeki.

    ReplyDelete
  3. kak azzah!

    Happy Birthday, semoga Allah sentiasa merahmati kehidupan akak sekeluarga.

    ReplyDelete
  4. Happy Birthday Che Uda!Semoga mendapat keberkatan dan kebahagiaan dia dalam apa jua yang diceburi. Raya ni Pak Chaq balik Kedah tak? -- Ja

    ReplyDelete
  5. Salam,
    Azzah dear. Apasai tak khabak kat cek dan geng? Boleh kita orang dok share makan kek bisday. Tak nampak pun umor bertambah no? Azah, Sweet berapa?

    ReplyDelete
  6. abang long ,
    ameennn...


    ummi365,
    oh ye ke? happy birthday to us...hehehe ...anyway hubby sambut birthday ke berapa?

    OO,
    terimakasih.

    ReplyDelete
  7. Ja,
    thanks, Hari Raya ni? tak tau lagi apa perancangan Pak Chaq... Memang teringin sangat nak balik Kedah, tapi Pak Chaq dah tak kuat nak travel lama2... nak datang Shah Alam pun susah...

    ReplyDelete
  8. Red Cheeks,
    Hehehe...segan chek nak habaq ...sebab bukan nak sambut Sweet 17th!!! dah tua dah.....

    ReplyDelete
  9. td dah wish kat blog Asma' tp atas permintaan,wish kat sini jugak =D Happy birthday makcik! (ke nak panggil aunty :P)
    May Allah bless you always~ doakan saya tgh exam nie.esok last paper :D

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah..selamat hari jadi Azzah..Semuga tetap iman dan tambah amal. Kalau nak mai Penang bagitau ya, teringin nak jumpa Azzah.

    ReplyDelete
  11. Salam rindu,

    Selamat Harijadi buat teman ku !!

    Semoga dikurniakan iman yang teguh sehingga akhir hayat, InsyaAllah.

    ReplyDelete
  12. salam kak azzah..lama sungguh x masuk ke sini..

    nyway,hepi belated besday ya!

    semoga panjang umo dan murah rezki...

    ReplyDelete
  13. Selamat hari jadi Kak Azzah. Semoga diberkati ALLAH selalu hendaknya. Amin.

    ReplyDelete
  14. cikMilah,
    terimakasih. InsyaAllah jika ada umur panjang kalau sampai ke Penang saya akan contact u, boleh pekena nasi Khandaq!

    ReplyDelete
  15. silversarina,
    Terimakasih... masih lagi sakit kaki tu...? takpe...kaki sakit tapi hati puas dapat berjalan...

    ReplyDelete
  16. mama ranggie,
    ye la...lama tak dengar berita dari u... sibuk ke? hurm..akak ni tanya orang sebenarnya akak pun sibuk yang amat...

    ReplyDelete
  17. EM Muhammad,
    buku baru bila nak keluar? anak akak dah tanya mana lagi buku baru sambungan Ninja Kunaharo?

    ReplyDelete
  18. Happy BELATED birthday kak Azzah.. Semoga diberkati Allah sentiasa. Kak, saya akan pulang bercuti ke Malaysia 17Jun-2 sept. Ada rezeki, kita jumpa ya?

    ReplyDelete
  19. D, Thanks. InsyaAllah, jemput datang rumah akak di Seksyen 7, Shah Alam. D kata ada 2 orang kakak D tinggal di Shah Alam juga kan? Di seksyen berapa?

    ReplyDelete
  20. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum Nurazzah8, Happy belated birthday! maaf lambat diucapkan. Saya sudah lama tidak blog-hopping. Tenggelam dalam penulisan karya terbaru

    Terima kasih sudi ke tempat saya dan tinggalkan jejak..Insya Allah jika ada kelapangan dan bengkel penulisan susulan di Shah Alam, akan saya hubungi Nurazzah, ya?

    ReplyDelete
  22. NeenaUmi,
    wah...hebat berkarya.... saya baharu sahaja membeli karya terbaru kak Umi, Puteri Salsabila.

    Saya dah attend kursus penulisan mengikut teknik surah yusuf oleh SifuPts, skrg kena praktikkan lah pulak...

    ReplyDelete
  23. Salam Nurazzah, Happay belated Birthday! Sorry lambat wish sebab baru jenguk sini. Bila senang mailah rumah.

    ReplyDelete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....