Tuesday, February 26, 2008

From Beirut To Jerusalem

From Beirut To Jerusalem

(OK...let's take a break from PU12...)


Semasa melayari website e-kedai.net, terpandang sebuah buku yg yang baru diterbitkan iaitu, "Dari Beirut ke Jerusalem: Sebuah Kisah Benar" karya Dr Ang Swee Chai. Sebenarnya buku ini ialah versi terjemahan dalam Bahasa Melayu dari karya yang asal dalam Bahasa Inggeris iaitu "From Beirut To Jerusalem" oleh Dr Ang Swee Chai.


Saya telah membaca buku ini dalam versi Bahasa Inggeris beberapa tahun yang lepas. Buku ini sekarang berada di Jordan, dibawa oleh anak sulung ku ke sana. Setiap kali baca (mungkin dah baca lebih dari 5 kali) saya mesti menangis... menangis mengenangkan nasib rakyat Palestin yang di "sembelih" di negara mereka sendiri...(tragedi menyayat hati Sabra-Shatila) ...yang dinafikan hak mereka di tanah air sendiri ....... yang dirampas tanah, rumah dan ladang mereka......... demi untuk menegakkan sebuah negara yang bernama ISRAEL!

Dr Ang Swee Chai ialah seorang rakyat Malaysia, tetapi beliau belajar dan bekerja di UK. Baca berkenaan biodata beliau di sini.


Sinopsis (dipetik dari laman web e-kedai.net)

Buku ini yang kali pertama diterbitkan pada tahun 1989 mengajak kita mengenali erti kemanusiaan yang sering tenggelam dalam peperangan akibat pergelutan ideologi yang menjadi lebih menonjol. Walaupun membincangkan antara konflik yang terpanjang di dunia, Dr. Ang tidak cuba mempromosi kebencian - satu sikap yang terpuji - sedangkan beliau sendiri berhadapan hampir setiap hari dengan mangsa-mangsa peperangan yang tidak boleh diselamatkan nyawanya akibat tindakan ganas.

Melalui buku ini, Dr. Ang cuba menghidupkan semangat profesyen perubatan yang utama - usaha menyelamatkan nyawa.

Simpati yang ditunjukkan oleh Dr. Ang kepada mangsa peperangan lahir dari dalam dirinya, yang merupakan anak kepada dua orang mangsa Pendudukan Jepun di Malaya. Latar belakang beliau ini kemudian menjadikannya wanita yang kuat semangat, menjadi doktor di Singapura sebelum berpindah ke England dan menjadi perunding ortopedik di London.

Minatnya terhadap kerja-kerja perubatan sukarelawan di wilayah bergolak itu kemudian membawa kepada penubuhan Medical Aid for Palestinan yang turut diusahakan bersama-sama suaminya, Francis Khoo dan rakan-rakan yang lain yang bersefahaman dengannya.

Walau apapun yang berlaku di Sabra dan Shatila sudah banyak diperkatakan dan diketahui umum, terjemahan catatan perang ini sempena ulang tahun ke-25 tragedi kemanusiaan itu sangat penting bagi mengingatkan penduduk di rantau sebelah sini bahawa pergolakan masih belum tamat dan banyak yang perlu dipelajari daripada peristiwa pembunuhan beramai-ramai itu.

Sama ada kita mahu menerima atau tidak kewujudan Israel bukanlah persoalan untuk dibincangkan di sini, sebaliknya peperangan yang mengorbankan orang awam dengan sengaja perlu ditolak.

Kehebatan Dr Ang Swee Chai, yang menulis pengalamannya dalam Dari Beirut ke Jerusalem di Lubnan pada tahun 1982 ketika kemelut sedang memuncak, bukan terletak pada keberaniannya untuk menggadai nyawa bagi menjadi sukarelawan perubatan, tetapi kegagahannya dalam mempersoalkan kepercayaan dan menguji keyakinan yang dipegangnya sebelum itu, sebelum meninggalkannya dan membina kepercayaan baru.

Daripada seorang yang mempercayai bahawa Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) hanyalah sebuah pertubuhan tunggal dan cuma berminat dengan keganasan, Dr. Ang menjadi semakin dekat dengan organisasi itu, memahami kompleksitinya dan turut bersama-sama Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin - yang merupakan sebahagian daripada PLO - untuk menggunakan kepakarannya sebagai seorang doktor.

Sebelum misi itu, melalui tafsiran sempit agama yang sudah melupakan sisi kemanusiaan, beliau menyokong membabi buta negara Israel dan segala dasarnya, termasuk penindasan terhadap manusia lain yang tidak berdosa. Keberanian Dr. Ang untuk mula meragui kepercayaan ini timbul setelah menonton laporan berita mengenai serangan Israel di Lubnan, yang kemudiannya membawa dirinya menjadi sukarelawan di Beirut. Persepsinya tentang siapa David dan siapa Goliath dalam konflik itu berubah selepas melihat sendiri bukti-bukti di depan mata.

Dalam prakata khas untuk edisi bahasa Malaysia buku ini Dr. Ang menulis: "Setelah berkali-kali memeriksa diri, saya membuat kesimpulan bahawa darah rakyat Palestin turut membasahi tangan saya. Sehingga ke saat itu saya masih berprasangka dan bersikap berat sebelah. Saya tidak boleh memaafkan diri sendiri dengan berlindung di sebalik kejahilan."
"Selama berminggu-minggu sebelum berlakunya pembunuhan beramai-ramai itu, saya terlalu prejudis untuk mempercayai kisah-kisah yang diceritakan kepada saya oleh penduduk kem."

Seperti jurnal perang yang lain, buku yang diterjemahkan daripada bahasa Inggeris ini sarat dengan maklumat terperinci, daripada pengunduran PLO dari Beirut hingga kepada pembunuhan besar-besaran yang berlaku di Sabra dan Shatila pada tahun 1982 dan kerja-kerja yang dilakukannya sebagai sukarelawan dengan konflik yang berterusan menjadi latar. Semuanya dari kaca mata seorang doktor yang melihat setiap tragedi kemanusiaan akan disusuli dengan pertambahan tugas untuk menyelamatkan nyawa.

Kadang-kadang ia terlalu terperinci, tetapi sudah tentu sebagai seorang doktor, matanya tidak boleh lari daripada melihat sesuatu perkara itu dengan penuh ketelitian. Daripada berkhidmat sebagai doktor di negara maju yang lengkap dengan segala peralatan, Dr. Ang perlu berhadapan dengan kekurangan kelengkapan, termasuk bekalan air dan elektrik ketika menjalankan kerja-kerjanya di Beirut.

Semua kekurangan ini tidak menghambat semangatnya untuk melaksanakan tanggungjawabnya. Seperti doktor yang baik, beliau menggunakan segala kekurangan ini untuk menambahkan pengalamannya sebagai pemberi khidmat perubatan.

19 comments:

  1. salam,

    Memang sedih bila kenangkan bagaimana rakyat Palestin yang terpaksa merempat di negara arab lain yang tidak juga meleraikan masalah kehidupan mereka . Lihat sahaja di kem-kem pelarian hidup mereka amat daif. Selagi anasir zionis masih ujud, kedamaian dan keamanan tidak akan dapat bertapak di bumi Palestin itu.

    walaupun I belum beli buku ni, namun I pasti hiba bila membacanya.

    Thanks for sharing .

    ReplyDelete
  2. Salam Kak. Saya bloghopped dari blog kak Rina (silversarina), tengok akak suka baca buku. nampaknya minat kita sama :)

    ReplyDelete
  3. silversarina,
    Ya, you berpengalaman melawat kem-kem pelarian Palestin yang berada di Jordan, mesti lebih menghayati kesedihan dan kesusahan mereka yg terpaksa(dipaksa) meninggalkan negara sendiri, terpaksa merempat di negara orang.

    I recommend you to buy and read this book. Worth reading.

    ReplyDelete
  4. ondeonde,
    akak ni mmg sentiasa bergelumang dengan buku siang malam. Dah profession akak kena baca buku, and akak pun mmg suka baca novel etc di masa lapang. Welcome to the group.
    mungkin kita kena tubuhkan persatuan bloggers yg suka baca buku...hehehe...

    ReplyDelete
  5. bagus cadangan akak tu; cuma mungkin bila dah ada group nanti karang tak berupdate jer ;-)

    buku from beirut to jerusalem ada kat local bookstore tak?

    ReplyDelete
  6. bagus cadangan akak tu; cuma mungkin bila dah ada group nanti karang tak berupdate jer ;-)

    buku from beirut to jerusalem ada kat local bookstore tak?

    ReplyDelete
  7. Terima kasih kerana singgah di www.jendelaku.com

    Terima kasih juga kerana membeli Janji Sahabat. Ia siri Kembari Hafiz dan itu adalah siri yang ketiga. Yang pertama Dunia Baru, kedua, Rahsia Terbongkar.

    Salam perkenalan.

    Kusyi Hirdan

    ReplyDelete
  8. Salam Nurazzah! Ni mak teh dah datang melawat blog you. Mak tehpun jenis suka membaca. Diatas bedside table mak teh mesti ada 1 atau 2 buku yang current yang sedang dibaca. Tapi kadang-kadang kalah kepada Astro or tertidur.

    ReplyDelete
  9. Salam Kak Azzah ...

    heavy metal punya reading ni.
    setakat ni pB tak sampai lagi ler membaca buku buku yang begini.

    asyik dok pulun novel jer.
    tu pun novel melayu jer ...

    kakss...

    minggu depan kita date lagi , nak tak?

    ReplyDelete
  10. OO,
    mungkin kita boleh start buat satu blog just fot invited reader only, sesiapa yg suka membaca boleh join.
    Tadi pagi pergi MPH kat Giant tu, ada nampak yg dalam versi BMelayu..

    ReplyDelete
  11. Kusyi Hirdan,
    hurm...extra-ordinary sikit nama you ni...ini nama sebenar ke atau nama samaran sbg penulis?

    Oh ye ke? nanti saya beli siri yg pertama dan kedua kalau berjumpa...utk mengisi masa lapang anak2 cuti sekolah bulan Mac ni nanti...

    ReplyDelete
  12. Mak Teh, terimakasih krn sudi berkunjung ke blog saya yang tak seberapa ini... jarang update pun sbb sibuk dgn kerja... seminggu sekali pun dah cukup bagus...

    kat bedside table saya pun bertimbun buku...sebelum tidur mmg kena baca salah satu buku2 tu...

    tadi dah pergi MPH since skrg ada diskaun utk members..dapat lah 20% off ...byk jugak I membeli buku...
    buku utk anak2 nak baca masa cuti sekolah bulan Mac ni

    ReplyDelete
  13. pB, ni tak heavy sangat...
    kalau baca buku2 pasal programming ke, pasal IT ke.. haa... itu baru heavy punya kes...

    eh..nak dating ajak kak Lady sekali boleh jugak berkenalan dgn dia...mak teh pun boleh jugak... sebenarnya akak dah pernah jumpa makteh beberapa kali, dah pernah pergi rumah dia pun, cuma tak tahu yg dia pun makcik blogger jugak...hehehe

    ReplyDelete
  14. Nurazzah, mak teh ni susah nak pi kenal kawan-kawan bloggers kat luar tu. Nanti mereka tengok rupa-rupanya mak cik dah tua, he,he,he. Dah pergi MPH tu belilah buku kawan baik mak teh yang OO pernah rekomen dulu-dulu tu. Anak-anak pun boleh baca pertama Cowrie Emas terbitan Dewan Bahasa, next IOI Malaysian Anecdotes. Best! tak caya tanya OO, he,he ketawanya lagi!

    ReplyDelete
  15. mak teh,
    saya dah baca novel Cowrie Emas dah lama, beberapa tahun dulu. Kalau tak silap saya beli buku semasa Pesta Buku dulu. Saya masih ingat cerita Cowrie Emas itu adalah kulit siput yg hanya didapati di kepualauan FIji di Lautan Pasifik. Bgmn Ruby menjejaki susur galur kelarganya sehingga ke Istana PagarRuyung... seronok baca novel itu, sgt detail sehingga saya terasa seperti saya juga berada di Fiji ....tapi bila saya cari novel tu dah tak ada di rumah saya... mungkin ada seseorang telah pinjam novel tersebut...

    ReplyDelete
  16. Baguslah kalau dah baca buku kawan mak teh tu. Nanti carilah buku yang lagi satu tu akan menjadi rebutan dengan anak-anak sebab ada lakaran kartun! Kalau Nurazzah baca dan beritahu mak teh, ia akan menjadi semangat untuk kawan mak teh tu nak tekun menulis lagi. Sekarang kawan mak teh tu tengah relax pasal menulis ni. He,he, he.

    ReplyDelete
  17. Azzah, .. dah profesion kita kena membaca, kan? apa hal nak mengajar kalau kita sendiri tak membaca?? mcm u la.. every month mesti masuk mph/popular/badan bookstores (kat jb ni la..), plg-plg kurang 150 mesti terbang, kalau bawak anak-anak mesti lebih.. actually its good to instill reading habits to children, & alhamdulillah, my kids kalau bawak pergi shopping complex pantang nampak kedai buku mesti ajak masuk, kalau tak beli pun dia orang siap duduk bersila baca (buku yg nipis-nipis la..).. dah baca entry u ni nampaknye kenalah i gi mph, to get this book, pernah nampak tp x beli sbb masa tu dah beli few buku lain.. (pd hal masih ada 2-3 buku yg i beli belum habis baca..)

    ReplyDelete
  18. Ni nak nyampuk ni, memang best buku 101 Malaysian Anecdotes tu! very relaxing and it's funny! Saya dulu berebut2 dengan hubby sapa nak baca dulu! Sambil gelak2 menghibur hati - yang menyentuh perasaan pun ada!

    ReplyDelete
  19. mak teh,

    InsyaAllah nanti Azzah cari buku tu bila pergi MPH...


    Wani,
    itulah...semalam pergi MPH dah habis RM120 (actually harga RM150 tapi dpt diskaun 20%), namun begitu masih ada lagi novel dan bukuyg dicari belum dijumpai... nak kena pergi MPH lain pulak ...sebelum habis offer 2 Mac

    OndeOnde,
    InsyaAllah nanti akak cari... Buku THMSI ada kat MPH Shah Alam(Giant)

    ReplyDelete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....