Pertemuan dan perpisahan adalah lumrah hidup. Kita sentiasa bertemu dengan orang baru setiap masa, Bertemu dan kemudian berpisah. Perpisahan dengan orang tersayang mengundang pelbagai perasaan, kita sedih , kita rindu dan sebagainya. Perpisahan menuntut pengorbanan yang tinggi dari mereka yang terlibat. Perpisahan antara anak dan ibu bapa kerana tuntutan menyambung pelajaran, suami isteri kerana tuntutan kerja dan sebagainya...
Asma' berangkat semula ke Jordan pd Isnin lepas (12 Februari 2008) setelah pulang bercuti beberapa minggu... rasa tidak puas bersama-sama nya, tiba-tiba dia sudah hendak pergi semula....namun kami redha kerana pemergiannya adalah untuk menuntut ilmu. InsyaAllah semoga Allah memelihara keselamatan anak kami, semoga Allah memberkati semua usaha yang dilakukannya utk menuntut ilmu demi utk kebaikan ummah...Semoga Allah swt melimpahkan Rahmat dan HidayahNya ke atas anak2 kami, dan semoga anak2 kami menjadi anak2 yang soleh dan solehah. Amin.
Adik2 setia menghantar walaupun sudah pukul 2 pg...
salam,
ReplyDeleteLaaa entry topik sama gambar turun escalator pun sama... sehati sejiwa...
sedih tapi relakan pemergian mereka menuntut ilmu.Sorry tak singgah rumah sebab kami pergi sekejap je sebab izzat dan mimi sekolah, tu yang berkejar jugak balik hari.... harap jumpa asma dan you all di lain masa :)
Salam, baru sempat jengok.
ReplyDeleteKagum cerita you jaga mak mertua you tu. Masa I gi Haji pun ada roommate sorang ni jaga mak mertua dia 70 thn... panjang cerita, lain kali la ya, hehe...
Bila baca N3 ni, teringat N3 Kak Rina... Mesti sayu masa nak melepaskan anak pergi.
ReplyDeleteSalam Kak Azzah. Apa khabar? Dah lama dah Ezza tak bertandang ke sini. Rindu kat akak.
ReplyDeleteTahniah sebab dah selesai mengerjakan ibadah haji. Giliran Ezza entah bilalah agaknya. Hukhuk.
Takziah juga atas permergian ibunda ke rahmatullah
Salam Nurazzah, wondering...if our mothers were thinking and feeling the same at time when we left to US...pengembaraan Asma' menuntut ilmu di bumi anbiya', doa saya semuga berlimpah berkat dariNya.
ReplyDeletesilversarina,
ReplyDeletehehehe...kita ada sixth sense kot...
Hazia,
waiting to read your next book.
mamamia,
mmg sedih tapi depan anak tak menangis..balik rumah terus menangis bawah bantal...hehehe..
Puteri Ezza,
ReplyDeleteAlhamdulillah akak sihat...begitu juga suami dan anak2... Insyaallah giliran Ezza akan tiba juga suatu hari nanti. yang penting niat mesti ada dalam hati... setiap orang Islam mesti ada niat hendak menunaikan fardhu haji kerana ia adalah Rukun Islam yg ke-5, wajib jika kita sudah bersedia, berkemampuan. Jgn tangguh jika sudah sedia, kerana tenaga muda diperlukan semasa di sana... Jgn kata nak tunggu sudah habis enjoy masa muda, atau nak tunggu pencen baru nak pergi...kita tidak tahu bila kita akan PERGI... bila2 masa Allah boleh tarik nyawa kita...
cikMilah,
ReplyDeleteya lah...agaknya mmg mak kita dulu pun samakan... lagi lah zaman kita pergi melanjutkan pelajaran dulu mana ada macam sekarang ni... boleh chatting kat internet, boleh talipon, dan berita kat Malaysia entah2 dia orang yg baca dulu drp kita kat Msia nih!
Ingat zaman kita dulu, suratkhabar sampai selepas 3 bulan!!! Berita dah basi dan suratkhabar pun dah kuning2...hehehe... nak talipon pun kat rumah takde talipon, kena guna pinjam talipon jiran sebelah...pastuh kalau kita nak talipon dari US, siap boleh pesan kat mak dalam surat (yg sampai selepas beberapa minggu) "mak tunggu kat rumah mak endon (jiran sebelah) pukul 99:99 , nanti saya talipon waktu tu..." hehehe...nostalgia betul kalau ingat... handphone pun tak wujud lagi masa tu ... apatah lagi nak bersms...
zaman sekarang senang... nak pesan kat anak2 yg berada beribu batu jauh nya, hanya perlu tekan punat hp...dah dapat cakap, atau kalau nak jimat kos, hanya taip sms...sekejap aje..anak dah dpt mesej... nak tgk anak, chatting aje kat internet... boleh cakap dengan tgk anak live thru webcam...zaman dah berubah ...
Assalamualaikum. Puan Hajjah Azzah. Sengaja datang menjenguk. Salam perkenalan. Masih bersedih anak berpergian? Masa berlalu dgn. pantas. Tiba hari, tengok2 dia sudah habis belajar..Wslm
ReplyDeleteHeenaUmi,
ReplyDeletesalam perkenalan kembali, tidak ku sangka seorang lagi penulis hebat dari PTS akan mengunjungi blog saya yg tidak seadanya... terharu sungguh... nanti boleh saya link blog puan ke blog saya...
masih belum terlambat utk saya ucapkan Selamat Hari Lahir, semoga Allah merahmati mu puan.
masih belum ada koleksi buku puan dalam simpanan saya...pernah melihat tajuk buku di MPH tapi belum terbeli lagi...InsyaAllah satu hari nanti..atau boleh dapat diskaun dari penulis sendiri...;-))
azzah :-) sedih dalam gembira
ReplyDeletesedih kerana dia terpaksa pergi
gembira dan bangga melihat anak sudah berdikari dan menuju kejyaan insyAAllah.
best wishes,
idham
Salam Nurazzah...bila anak2 nak kembali ke tempat pengajian mereka...menghantar mereka pergi memang membuat kita sebak...tp tu semua demi masa depan mereka...
ReplyDeleteMemula tadi kak lady rasa dah baca entry ni...sebab tgk gambar asma naik eskalator tu macam dah tgk...rupanya tgk kat blog rina...hehehe
idham,
ReplyDeleteya... sedih dalam gembira...
ini baru anak sambung belajar...nanti anak dah kerja (mcm anak you) dan dah nak kahwin mcmn pulak rasa ya? terutama anak perempuan, nanti dia dah kahwin tgjwb dia pd suami pulak...
kak lady, ibu bapa mana yg tak sebak tgk anak nak meninggalkan kita jauh...
ReplyDeletehehehe... itulah.. I dah bgtau Rina .. we all ada sixth sense!!! we all taip n3 yg sama, tajuk sama pd hari yg sama...