Monday, February 11, 2008

Cuti CNY

Cuti CNY kami sekeluarga pulang ke kampung suami di Parit Raja, Batu Pahat kerana menghadiri kenduri arwah ibu mertua. Sebelum bertolak ke Tanah Suci tahun lalu, arwah ibu mertua ada menyatakan mahu membuat kenduri selepas pulang dari mengerjakan haji. Oleh itu, walaupun beliau telah tiada, kenduri ini dilangsungkan jua dengan semua adik-beradik suami dan keluarga masing-masing pulang menghadirinya (Suami mempunyai 6 org adik-beradik).

Selepas kenduri, satu mesyuarat keluarga telah diadakan untuk membincangkan semua hal yang berkaitan. Berkenaan harta pusaka dll. Alhamdulillah tiada perselisihan pendapat antara adik-beradik. Semua hal dapat dibincangkan dengan baik dan dipersetujui bersama. Abang suami yg sulung (Abd Halim) telah mempengerusikan mesyuarat dengan adik bungsu (Hasnan) menjadi setiausaha (mencatitkan minit mesy. etc).

Di antara perkara yg dibincangkan, setiap tahun pd Hari Raya Aidil Fitri, kami tetap akan berkumpul bersama, walaupun ibu mertua sudah tiada, demi utk mengeratkan silaturahim antara adik-beradik dan anak cucu (so far, belum ada lagi yg bercucu!)
Masalahnya, bila dan di manakah hendak mengadakan perjumpaan Hari Raya ini? Ini adalah kerana rumah kampung ibu mertua sudah agak uzur dan byk yg rosak akibat banjir besar yg melanda Johor pada tahun lalu (gambar di atas adalah di rumah kakak ipar di sebuah taman perumahan). Cadangan dari abang sulung, kami akan bergilir-gilir menjadi host...semua yg hadir setuju, lalu perjumpaan Hari Raya kami yg pertama InsyaAllah pd hujung tahun ini akan di adakan di Mersing (rumah abang yg sulung)... semua anak-anak bersorak keriangan kerana rumah Pak Long mereka di tepi pantai...dpt mandi laut lah....
Kemudian ada yg bertanya bila (iaitu hari Raya ke berapa?)... ketika ini saya teringat kisah Prof Kamil yg menulis ttg adik-beradiknya, lalu saya mengemukakan cadangan serupa...(Prof...thanks kerana memberi idea).. saya mengatakan Hari Raya pertama dan kedua semua beraya di rumah ipar-duai, kami akan berkumpul pd hari raya ke-3. (tersengih besar semua ipar...termasuk saya lah tu! hehehe..). Alhamdulillah cadangan saya diterima...
Mesyuarat ditangguhkan sehingga perjumpaan seterusnya pada jam 2:00 pagi.

Lebuhraya hai lebuhraya....!!!

Esok pagi (Ahad 10Feb 2008) kami bertolak balik ke Shah Alam. Perjalanan yg biasanya hanya mengambil masa 4 jam... menjadi 8 jam!!! Bayangkan kami bertolak jam 9 pagi dan sampai ke Shah Alam jam 5 ptg...
Ini adalah perkara biasa bg sesiapa yg pulang ke kampung di selatan tanah air sewaktu cuti panjang terutama musim cuti perayaan.... bottle neck nya ialah antara Senawang dan Seremban. Kesesakan lebuhraya sentiasa berlaku walaupun lebuhraya telah dinaik taraf dan menjadi 3 lane (waktu sesak menjadi 4 lane!...termasuk lorong kecemasan dipenuhi kenderaan...)
Kenderaan beratur sepanjang lebuhraya sehingga sayup mata memandang.......


Sebelum memasuki lebuhraya, kami menyusuri jalan pantai dari Batu Pahat sehingga ke Melaka. Singgah sebentar di tepi pantai Melaka.

My lovely eight is enough....

17 comments:

  1. Syukur bila semua sudah sepakat.

    Bila melihat kepada anak Puan Prof yang seramai 8 orang itu, abang long teringat pada satu cerita di tv, satu ketika dahulu, iaitu - 7 BRIDES FOR 7 BROTHERS.

    ReplyDelete
  2. Salam.

    Saja nak menyampuk pasal jem di lebuhraya masa cuti CNY baru ni. Kami balik dari Dungun ke KL ambil masa 7 jam. Ada 2 accident dan beberapa kereta rosak.. Kehidupan org Malaysia ni sama je, siapa punya raya pun, semua akan balik kampung.

    ReplyDelete
  3. Mudah kerja kalau hidup sepakat....

    Salah satu sebab kenapa kami prefer duduk rumah bila cuti panjang ialah malas nak menempuh kesesakan jalanraya.

    ReplyDelete
  4. Abang Long,
    Alhamdulillah.
    hehehe...saya suka tengok cerita "Eight is Enough"

    ROFI,
    semasa kami balik tu, tiada kemalangan berlaku, cuma nampak sepanjang lebuhraya adalah 2-3 kereta yg panas engine sahaja...
    Itulah kelebihan Malaysia yg mempunyai masyarakat majmuk...kita berpeluang bercuti beberapa kali sempena cuti perayaan kaum...
    kalau takde cuti panjang begini, entahkan berapa kali sahaja "orang-orang bandar" nak pulang ke kampung menjenguk ibu bapa masing-masing yang sudah tua...

    ReplyDelete
  5. mamamia,
    Ya, Alhamdulillah, semoga ianya berpanjangan hingga bila-bila...
    Alahai...kalau boleh kami pun nak duduk rumah saje...tapi sbb ada hal mustahak tu yang kena balik juga...

    ReplyDelete
  6. azzah8,

    :-)

    keluarga sepakat membawa berkat.

    yes - love in the house is enough...

    idham

    ReplyDelete
  7. al-hamdulilah...

    semuanya berkerjasama...

    semoga kekal bahagia...

    ReplyDelete
  8. bagus dapat bersepakat terutama dalam berhariraya..senyum penuh makna:)

    ReplyDelete
  9. salam azzah, bestkan kalau semua adik-beradik bersepakat... CNY i x balik tpg pun, sbb x sanggup menempuh jem, 2 yrs ago rasenye dah terkena cam tu lah, my hubby pulak cukup x sabor kalau pasal jem ni, sudahnye i yg drove all the way fr KL-Tpg, tension betul masa tu driving sbb merayap cam semut!! this time around lak anak2x yg kat asrama balik cuti, but by sat sorang tu dah nak balik asrama, yg sorang lagi ahad dah nak dihantar, jadi takat 2 hr cuti memerap kat rumah je, anak i yg form 5 tu asyik buat homework aje, dah nak balik skolah pun x habis-habis homeworknye.. ish.. kesian jugak..

    ReplyDelete
  10. Salam Azzah,
    rasanya satu Malaya jam kot masa cuti CNY hari tu...
    Hikmah dari kepulangan kedua-dua ibu ayah yang saya rasai ialah kita adik beradik & ipar duai jadi bertambah rapat. Agaknya berkat doa mereka dulu. Semuga di jauhkan Allah dari cerita seram adik beradik berebut harta dan sebagai selepas kepulangan ibu ayah! Ngeri!
    Meriah nya orang anak ramai....bila nak mai jalan-jalan Penang. Kirim salam kat Asma'. CikMilah pun selalu ziarah yellow roses tu...:)

    ReplyDelete
  11. salam idham,

    "Bulat air oleh pembuluh,
    bulat kata oleh muafakat"

    mama ranggie,
    ya, berdoalah semoga kerjasama ini dpt berkekalan. Amin.

    ReplyDelete
  12. silversarina,

    ALhamdulillah, semoga Allah memberkati usaha kami ini...sesungguhnya manusia hanya merancang, Allah jua yg menentukan. Kita hanya perlu berusaha dan berdoa agar segalanya dipermudahkan dan diRahmati oleh Allah.

    ReplyDelete
  13. wani,
    apa khabar?
    Anak2 I pun sama, semasa balik kpg tu, bwk buku dan siapkan homework kat kampung...

    cikMilah,
    semoga dijauhkan Allah drpd terjadi perebutan harta-pusaka oleh adik-beradik. InsyaAllah jika dibawa berbincang dan perasaan bertolak-ansur sesama sendiri, perkara ini boleh dielakkan.
    My personal opinion, sbb tu tak payah simpan harta banyak2, nanti jadi rebutan anak2. I dah siap kata dgn anak2, belajar betul2, kerja, cari duit sendiri, beli rumah dan kereta sendiri...etc.. umi dan abi tak ada simpan harta banyak...

    Ada seseorang yg I kenal, dia siap belikan anak dia sorang satu rumah (anak kecik2 lagi)...boleh lah sbb anak dia cuma 3 orang sahaja... kalau I ... alamak.... nak kena beli 8 buah rumah...sbb anak I 8 orang!!! ... hehehe...

    Penang...hurm...hajat hati mmg nak jalan sana... so far dlm hidup I baru 2 kali pergi! sekali semasa I kecik2, sekali pd tahun 2004 (itu pun sbb pergi attend conference..kalau tak tak pernah pergi )...
    nak jalan kena plan awal2, maklumlah anak ramai...nak cari masa cuti utk semua orang serentak sangatlah susah... tapi kalau jadi pergi nanti I contact cikMilah...kena siap masak utk kami boleh ka? atau pekena nasi kandaq ka? (ckp bunyi stail org Penang lah tu... hehehe)

    ReplyDelete
  14. Salam Kak Zah

    Bila nak date nie???

    ReplyDelete
  15. salam kak azzah, kawasan itu memang sesak..kena banyak sabar ye melaluinya..hihihi

    ReplyDelete
  16. PB...datang lah rumah akak..boleh rasa air zam-zam...


    epel,
    InsyaAllah mmg kena sabar byk2... tapi sian kat driver... manual pulak tu bukannya auto... sampai rumah terus lepak...

    ReplyDelete
  17. sy tengok gambar traffic jam tu, automatic kaki jadi lenguh huhu :) kak azzah sihat?

    ReplyDelete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....