Sunday, January 27, 2008

Ya Allah, mudahkanlah segala urusan......

Rabbi Yassir Walatu'assir. Rabbi Atmim bil khair

"Ya Allah, mudahkanlah segala urusan, jangan lah disusahkan. Ya Allah sempurnakanlah dengan segala kebaikan."

Ini lah do'a yg saya baca setiap kali selepas solat samada solat fardhu atau solat hajat, sebaik sahaja mendapat surat tawaran dari Lembaga Tabung Haji(LTH) utk menjadi tetamu Allah swt.
Do'a ini juga saya baca sepanjang masa berada di Tanah Suci Mekah dan Madinah, dan sehinggalah selamat sampai di Malaysia. (dan saya berazam akan terus mengamalkan sehingga bila2).

Janji Allah itu mmg benar. Walaupun saya berangkat ke Tanah Suci bersama ibu mertua yg sudah tua dan uzur, namun sepanjang masa saya langsung tidak berasa seperti terbeban atau sebagainya. Pesan rakan2 dan saudara yg sudah pernah menjadi tetamu Allah, " IKHLAS dan
SABAR adalah dua perkara yg mesti ada pd diri kita sepanjang masa, terutama jika pergi bersama ibu mertua !"

Banyak cerita yg saya baca dan dengar (diceritakan oleh rakan yg pernah pergi menunaikan fardhu haji).... hurm...cerita antara ibu mertua dan menantu(terutama menantu perempuan)!
Saya masih ingat kata2 Prof MKI sebelum saya berangkat ke Tanah Suci Mekah,
" You pergi bersama siapa?" tanya beliau.
Saya jawab, "suami, ibu mertua dan abang ipar"
Tambah beliau, " InsyaAllah you akan selamat di sana, tapi saya rasa cabaran dan dugaan you yg paling besar ialah ibu mertua you"

Saya faham kata-kata beliau.

Dengan itu saya mempersiapkan diri ini akan segala kemungkinan. Kadang-kala hati berkata-kata,"mampukah aku?, mampu kah aku? mampukah aku menjadi menantu mithali" Setiap kali selepas solat aku berdo'a, " Ya Allah, Engkau kurniakan kpd ku kesabaran
dan keikhlasan yg tinggi, sepanjang masa bersama ibu mertuaku. Engkau kurniakanlah kesihatan yg baik sepanjang masa aku berada di Tanah SuciMu, supaya aku boleh menjaga ibu mertua dgn baik, Engkau kurniakan perasaan kasih-sayang dlm hatiku terhdp ibu mertua sebagaimana aku kasih dan sayang kpd ibuku sendiri. Rabbi Yassir Walatu'assir. Rabbi Atmim bil khair"

Alhamdulillah, Allah Maha Besar..........
Sepanjang masa bermula saat hendak bertolak dari rumah, sehinggalah ke akhir hayat beliau, segala-gala dipermudahkan Allah swt. Walaupun sejak di Mekah sebelum wukuf lagi, ibu mertuaku sudah mula tidak sihat, kerana batuk berkahak sepanjang masa ditambah lagi beliau mmg ada penyakit lelah. Makan perlu bersuap, berjalan perlu dipapah, berwudhuk juga perlu diambilkan, baju perlu dipakaikan, kaki perlu diurut setiap hari, namun sedikit pun aku tidak rasa membebankan...malahan semuanya dilakukan dgn rela hati .... sehingga ada di antara jemaah yg bersama ku berkata, "Ya Allah, awak jaga mak mertua awak macam jaga ibu sendiri. Kalau saya pun saya tak tahu samada saya boleh buat macam tu"

Saya menjawab, "Ibu mertua pun ibu saya juga. InsyaAllah apa yg saya lakukan semuanya saya niatkan kerana Allah SWT. "

Inilah yang paling aku kagum dengan kebesaran dan janji Allah.... kita hanya perlu berdo'a dengan bersungguh hati, InsyaAllah Allah makbulkan.
Dan saya paling bersyukur kerana sayalah antara anak dan menantu yg terpilih utk
bersama-sama ibu mertua sehingga ke akhir hayat beliau, Sehinggakan saya dapat bersama-sama memandikan dan mengapankan jenazah beliau. Dimana ini adalah satu perkara yg sangat mustahil bagi seorang perempuan dinegara Arab ini, utk bersama-sama mengikuti van jenazah ke mesjid utk memandikan dan mengapankan jenazah.

Lazimnya di negara Arab, seorang perempuan tidak dibenarkan mengikuti ke mesjid utk urusan jenazah. Semasa di Hospital Syisyah, selepas doa tahlil dibacakan oleh ustaz LTH, pihak muasasah Arab Saudi sudah bersedia dengan pengusung jenazah utk dibawa menaiki van jenazah. setelah jenazah ibu mertuaku diletakkan di dalam van, suamiku, abang iparku dan
seorang ustaz pakej UTAS terus menaiki van itu bersama.
Tatkala itu, hatiku berkata, "Eh...takkan aku nak tinggal kat hospital ni, nak ikut jugak!"
Aku pun terus bergegas hendak menaiki van tersebut, tiba-tiba.....
driver van jenazah itu (seorang bangsa Arab) terus mengatakan, "La'!" (maksudnya "tidak", saya tidak boleh ikut serta)...terpinga-pinga sekejap.....maklumlah nak cakap Arab tak pandai.....

Namun begitu Alhamdulillah, ustaz LTH beserta seorang petugas LTH yg fasih berbahasa Arab masuk campur.... mereka memohon aku dibenarkan ikut serta.
Dengan kuasa Allah, akhirnya aku dapat ikut serta memandikan dan mengapankan jenazah ibu mertuaku. (berguna juga aku mengikuti kursus pengurusan jenazah yg dianjurkan oleh Pusat
Islam, UiTM beberapa tahun lalu walaupun ingat-ingat lupa)...

Urusan memandi dan mengapankan jenazah dilakukan di sebuah mesjid lain, mesjid Huzaifah, bukan di Mesjidil Haram. Tempat memandikan jenazah perempuan dan lelaki adalah berasingan. Segala-galanya sangat professional dgn kelengkapan yang lengkap. Petugas di mesjid itu juga kelihatan sangat cekap dgn kerja mereka. Maklumlah setiap hari setiap waktu ada sahaja orang meninggal di Mekah...ini berdasarkan pengalaman setiap kali selepas solat fardhu ada sahaja solat jenazah dilakukan di Mesjidil Haram. In fact sewaktu jenazah ibu mertua saya di solatkan selepas solat isya' di Mesjidil Haram, suami memberitahu terdapat 7 lagi jenazah lain yang disolatkan serentak!

Selepas itu, ada juga beberapa orang jemaah yg bertanya kepadaku," Eh, awak tak takut ke semasa tolong mandikan tu, awak tak menangis ke?"
Ya Allah, Ya Tuhanku. Maha Suci Maha Agung Maha Bijaksana Maha Mengasihi......syukur Alhamdulillah....Inilah pengalaman yg akan ku kenang sepanjang hayat ku.

Sememangnya saat itu aku tidak langsung menangis, juga tidak ada sekelumit perasaan takut... walaupun mmg ada perasaan sedih namun kami bersyukur kerana ibu mertuaku meninggal setelah selesai semua rukun dan wajib haji dan dikebumikan di Tanah Suci Tanah Haram Kota Mekah, disolatkan di Mesjidil Haram oleh beribu (mungkin berjuta krn waktu itu baru sahaja pulang dari wukuf dan melontar di Mina, orang masih ramai di Mekah).

Semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas ruh ibu mertuaku.Dalam kenangan. Semasa baru tiba di airport Jeddah dari KLIA.

Al-Fatihah.

27 comments:

  1. Salam kak..
    Saya pulak yang menitis airmata baca cerita akak...moga roh allahyarhamah mertua akak dicucuri rahmat dan tempatkan dalam kalangan org beriman.

    ReplyDelete
  2. sedihnnya maklang baca...apa2 pun syukur kepada Allah kerana beliau pulang ke pangkuanNya dengan keadaan suci bersih kerana baru selesai menunaikan Haji..Alhamdulillah.

    Dan beruntungnya beliau kerana mendapat menantu sebaik Nurazzah. Moga2 dicucuri rahmatNya, InsyaAllah...

    Seronokkan buat haji ni...maklang pun dah rindu, entah bila lagi dapat pergi lagi...

    ReplyDelete
  3. Kak Nurazzah8,
    Kuatnya semangat. semoga segala penat lelah kat nurazzah8 dirahmati allah.

    ReplyDelete
  4. a'kum
    alf mabruk. hajj mabrur sa'yan masykur wa tijaratan lan tabur.

    sedihnya saya baca cerita akak nie. sangat berharga pengalaman tu. sangat beruntung nenek tu meninggal dunia di tanah haram dan terus menetap di sana. impian semua orang kan. lagi beruntung yang menguruskan ialah menantunya sendiri.

    biasanya musim haji kita tengok aje hari2 orang meninggal dan solat jenazah kat Haram Makki tu. Nak jenguk x tahu cemana. sorang kawan saya dia sanggup follow sampai jenazah tu dikebumikan. nak tahu punya pasal. pengalaman berharga untuk akak.

    ReplyDelete
  5. MasyaAllah, bertuahnya Prof. bak kata orang umpama menantu intan terpilih. Tak sedar mengalir airmata...

    ReplyDelete
  6. Salam Azah... takziah atas kepulangan your MIL bertemu Penciptanya.. walaupun sedih, tapi i rasa amat beruntungnya your MIL, insyaAllah, dia menghadap Allah dlm keadaan diri yang putih bersih.. masyaAllah... mudah-mudahan mendapat rahmat Allah swt... i may call u later...

    -wani-

    ReplyDelete
  7. salam ,

    Satu pengalaman yang sukar diperolehi dan memang you insan yang bertuah menjadi pilihanNYA untuk berada di sisi your mak mertua .Semuanya berkat dan rahmat dariNYA untuk menantu yang terlalu baik seperti you (ikhlas pujian ini dari I yang telah mengenali you dan asma' ).

    ReplyDelete
  8. epelhijau,
    Amin.

    maklang,
    terimakasih. Mmg betul, saya yg baru balik ni pun sudah rindu utk beribadah di Mesjidil Haram dan Mesjid Nabawi. InsyaAllah sama2 berdoa agar dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur agar dpt pergi semula ke sana...

    umi,
    akak kena kuatkan semangat, kalau akak sakit lagi susah, siapa nak jaga ibu mertua di sana?
    Alhamdulillah Allah Maha Pengasih dan Penyayang.

    ReplyDelete
  9. babazahra,
    pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

    cikmilah,
    ALhamdulillah, Sabar dan Ikhlas kunci segalanya.

    wani,
    thanks a lot. nanti I balik Johor boleh call u.

    ReplyDelete
  10. silversarina,
    terimakasih, cuma jgn puji terlalu sgt nanti I lupa diri...kena ingatkan diri ini selalu bhw segalanya adalah dari Allah jua...

    ReplyDelete
  11. Salam Kak Azzah,
    Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Salam takziah dari saya dan keluarga buat Kak Azzah sekeluarga. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan bersama-sama roh orang-orang mukmin. Amin.

    ReplyDelete
  12. Selamat pulang ke tanah air semoga mendapat haji yang mabror. Amin.

    Memang jarang menantu mampu melayan mak mertua macam ibu sendiri. Bertuah dapat menantu macam Nurazzah hehe.

    Saya pun nak amalkan zikir itu. Insya-Allah.

    ReplyDelete
  13. al-fatihah buat arwah mil kak azzah...

    ReplyDelete
  14. OD,
    Amin.

    Pak Latip,
    Alhamdulillah. Ada ole-ole dari Mekah utk Pak Latip...nanti emel alamat Pak Latip ya.

    mama ranggie,
    Al-Fatihah.

    ReplyDelete
  15. Salam hormat buat Puan Prof.

    Ya, satu kepuasan dan kenikmatan tersendiri bila kita dapat berjasa kepada orang tersayang.

    ReplyDelete
  16. Abang Long,
    Alhamdulillah. Apa khabar? dah sihat?

    ReplyDelete
  17. Salam Kak Azzah..selamat kembali bertugas, semoga dipermudahkan semua urusan.

    ReplyDelete
  18. Masyaallah...beruntungnya Nurazzah kerana menjadi menantu terpilih untuk bersama mertua disaat akhirnya....semoga Nurazzah segala yang telah nurazzah lakukan akan diberkati Allah dan semoga Allah saja yang dpt membalasnya.

    Al-Fatihah buat mertua Nurazzah...

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum Puan Hajjah..

    Alhamdulillah, pengembaraan ke Tanah Suci berjalan lancar.

    Takziah atas pemergian ibu mertua. Semoga rohnya dirahmati Allah.

    ReplyDelete
  20. al-fatihah buat arwah ibu mertua kak azzah.. semoga rohnya dicucuri rahmat..

    alhamdulillah dipermudahkan segalanya di tanah suci..

    ReplyDelete
  21. hanya perlu berdoa kan.. insyaAllah dikabulkan Dia. takziah sekali lagi kak azzah

    ReplyDelete
  22. Kak Lady, terimakasih. ALhamdulillah, saya sangat-sangat bersyukur.

    mamamia, mulan dan banji,
    Syukur Alhamdulillah, semoga Allah merahmati apa yg saya lakukan...
    Doa utk MIL tersayang, semoga jenazah beliau dirahmati dan diletakkan bersama orang2 yg beriman.
    Al-Fatihah.

    ReplyDelete
  23. MasyaAllah dan Alhamdulillah... akak dapat bersama mentua akak hingga ke akhir hayat...memang kak takkan terkilan... sebab sebagai seorang anak..akak dapat buat semua tu...segala yg akak terdaya... the same feeling yg saya rasa bila arwah pak mentua saya meninggal.. bila kita dah beruasah sedaya upaya.. hati memang tenang utk melambai selamat tinggal..

    moga ruhnya diletakkan diantara yg terutama..aminnn

    ReplyDelete
  24. Alhamdulillah, tidak lewatkiranya saya ucapkan selamat kembali ke tanah air dan al Fatihah buat ibu mertua Prof Azzah semoga dikumpulkan di kalangan orang2 yang beriman. Amiin

    ReplyDelete
  25. Simah,
    akak dah baca article tu selepas visit ur blog. BRAVO Simah!!! You express ur opinion clearly... SUre best bila article you tulis disiarkan dlm akhbar mcm tu...

    Tetapi semasa akak di Mekah, mmg ramai orang Turki yg mengerjakan haji. Everywhere you can spot them, becoz they are wearing baju/jubah/kot/seluar/etc with the same color, just like a uniform. many times I got to pray besides them in the mosque. Most of them r very nice and friendly...

    Thanks SImah. Condolences also to you regarding your late FIL. Apabila sampai masanya Allah akan menjemput kita kembali kepadaNya...

    ReplyDelete
  26. ez, Terimakasih. Nasihat akak kpd sesiapa yg belum pernah pergi haji ke Mekah agar pergilah semasa muda dan bertenaga, jgn tunggu pencen dulu baru nak pergi... byk pengalaman yg akak dpt semasa di sana. Alhamulillah, semoga ia akan menjadikan akak lebih tunduk kpdNya... Allahu Akbar...

    ReplyDelete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....