19hb November 1988, anakku yg ke-2 selamat dilahirkan. Waktu itu musim sejuk sudah bermula di Athens, Ohio, USA. Daun-daun kekuningan dan kemerahan sudah gugur dari ranting-rantingnya. Angin sejuk menghembus lembut ke pipi tatkala suami membawaku ke hospital. Pengalaman melahirkan anak ke-2 di Hospital O'Blenes, Athens sungguh mengujakan. Walaupun ketika itu kami jauh dari ibu-bapa dan sanak saudara, namun kami beruntung kerana sahabat seperjuangan menuntut ilmu saling bantu-membantu melebihi saudara sendiri.
Urusan mengisi borang dsb juga berjalan dengan lancar dan cepat. Tiada banyak kerenah. Nurse itu menyatakan aku bernasib baik kerana tatkala itu sebuah bilik khas untuk bersalin dengan suasana seperti di rumah masih kosong. Bilik ini dihias indah dengan wall paper yg cantik dan katil yang tidak kelihatan seperti di hospital. Ini bermakna aku tidak perlu ke labour room dan juga delivery room. Semua urusan di lakukan di bilik ini. Suamiku juga dibenarkan berada di bilik ini sepanjang masa sehingga saat-saat aku melahirkan.
Jam sudah melepasi pukul 1 pagi. Sakit sudah semakin kerap, namun aku berjaya melepasinya dengan melakukan teknik-teknik pernafasan yang diajar semasa mengikuti kelas latihan untuk melahirkan, disamping tidak lupa mulutku berzikir dan beristighfar sepanjang masa. Apabila bukaan sudah mencapai 8 cm, nurse itu mula menukar katil tempat aku berbaring menjadi tempat delivery. Sebaik sahaja bukaan menjadi 10 cm, nurse pun memanggil doktor. ALhamdulillah, dengan hanya 3 kali 'push' sahaja anak ku sudah dilahirkan... Doktor pun mengumumkan..."it's a boy!" .... sungguh mudah sekali, sehingga aku sendiri pun tidak percaya ....



happy belated birthday zaid..semoga panjang umur dan murah rezeki..
ReplyDeleteakak nak pi haji ker akak? selamat pergi dan selamat pulang .... semoga haji akak haji mabrur...
Happy birthday dan selamat menunaikan fardu haji. Semoga mendapat Haji yang Mabrur.
ReplyDeleteMKI
Jazakumullahu khairan kathira Simah dan Prof MKI.
ReplyDeleteAssalamualaikum, nak tanye, dak Zaid ni ex-plkn Kem sentosa Chenderiang ke?
ReplyDeleteMakLan,
ReplyDeletemaaf le baru terperasan ada tinggalkan komen... lagi pun masa tu tgh sibuk buat persiapan nak gi haji... utk pengetahuan MakLan anak makcik Zaid ni mmg ex-plkn Kem Sentosa Chenderiang.... MakLan kenal dia ke?
huhu.. maknenye satu geng r.. tapi kami tak brape rapat mase kat kem dlu
ReplyDeletecumelnye anak ni~
ReplyDelete