Tuesday, November 27, 2007

Berkhatan

25hb Nov 2007 (Ahad)

Bila dua orang anakku hendak berkhatan pada hari Ahad lepas, teringat akan satu iklan petronas tentang berkhatan ni.


Hari Ahad, Mu'adz (darjah 4) dan Zubair (darjah 2) telah menyertai acara berkhatan beramai-ramai di Sek Ren Islam Hira', Klang. Seramai 25 orang murid telah mengambil bahagian. Dengan berakhirnya acara berkhatan ini, maka selesailah sudah kelima-lima orang anak lelaki ku berkhatan... selepas ini... 5 orang bujang di rumah...

Update:
Selepas beberapa hari Mu'adz dan Zubair berkhatan, jenuh aku dan suami hendak menjawap berbagai pertanyaan dari Hana' (anak ku yg bongsu). Soalan-soalan yang ditanya:
"Sunat tu apa ummi?"

"Sakit tak ummi?"

"Ummi, nanti Hana' besar Hana pun kena sunat macam abang ke?"

(Selepas aku menerangkan bahawa Hana dah sunat masa kecil...)

"Hana' nangis tak ummi masa sunat tu?"

"Masa Hana' sunat dulu Hana pun tak boleh makan udang dan sotong ya ummi?"

(dia tanya ni bila dengar kami melarang Mu'adz dan Zubair makan seafood, takut gatal...hehehe...manalah pulak dia nak makan udang dan sotong...kan dia kecik lagi masa tu, minum susu aje lah...)

Yang bestnya bila dia tanya, "Abang sunat tu nanti dia tak boleh kencing lah ummi ya?"

Ha Ha Ha... gelak besar saya....terpaksa pula menerangkan kpd dia bagaimana...


16 comments:

  1. salam,

    kak, aiman pula akan berkhatan pd 16 dis. nanti insyaAllah, kat tpt kerja suami..majlis berkhatan beramai2 gak di masjid.

    eh, anak akak belajar kat sekolah Hira' ya..ada tak ustazah kat situ bernama nuraen ahmad bohari? kalau ada, dia ex classmate sekolah dan coursemate degree dulu.

    hepi besday utk zaid ya..moga cemerlang dunia akhirat

    ReplyDelete
  2. Azzah, my only son (now 14) bersunat when he was 9, my BIL yg buatkan.. masa disunatkan ok je cos bius (tak rasa la kan..) tp bila hari-hari selepas tu utk dicuci mcm berperang kat dlm bilik air (him with my hubby la..) with him shouting sakit & my hubby dok hangin kat dia coz tak nak tahan sakit sikit.. duh.. so manja!! :o) .. while my father dah tak senang duduk dengar cucu lelakinye tu melalak!! he!he! sib baik la tu sorang je anak laki i.. :D anyway, tahniah to your boys.. i guess hari ni dah nak berlari kot.. :)

    -wani-

    ReplyDelete
  3. Ada satu lawak di kartun, "sunat kan kalau dibuat dapat pahala, ditinggal tak berdosa. So, tak payah sunat pun tak apa". :D

    Budak-budak sekarang kecil-kecil lagi dah berano sunat kan. Budak-budak zaman dulu, ada yang dah sekolah menengah baru bersunat. He he he!

    ReplyDelete
  4. Masa saya beranakkan anak sulong kembar lelaki tu, memang saya berhajat khatankan terus. Tapi waktu tu SMC belum established sangat lagi. Jadi, bujang berdua tu disunatkan waktu 6 tahun menggunakan kaedah 'clip' ke apa entah. Adoi, si abang gigit tangan nurse sebab takut... Bila dah sudah tu, salah sorang daripada si kembar tu pujuk saya, "mama, mama sambung baliklah ote ni balik...buat balik tak sunat!" HaHa! Semoga anak-anak akak lebih macho dari anak-anak saya.

    ReplyDelete
  5. Salam kenal Nurazzah,( dah lama jadi silent reader ni)Saya ketawa berair mata baca N3 ni. Anak saya bersunat 6 Dis nanti. Dia selalu cakap, "ini tak leh citer ngan mama".. Tengoklah nanti...
    Selamat berangkat ke tanah suci, Semuga Nurazzah dan famili sihat dan dapat mengerjakan haji dengan sempurna. Amin.

    ReplyDelete
  6. Kak Long Syikin,
    Akak ucapkan selamat pd Aiman...semoga Aiman keep cool...hehehe.. just suruh dia selawat bebanyak, InsyaAllah

    ReplyDelete
  7. Wani, sooo sooorrrryyyyyyy.... lama dah tak dapat nak balas ur emel...mcm2 perkara nak settle b4 gi haji ni... InsyaAllah semoga dipermudahkan oleh Allah segala urusan...

    ReplyDelete
  8. bp@jp...
    hurm..."tak sunat pun tak apa..." ini mesti jp yg ajar kan...kan...

    bebudak sekarang mmg berani-berani belaka... tak macam jp..dah sek men baru nak bersunat!!! hehehe...jgn mare.. usik jek

    ReplyDelete
  9. D,
    rasa terharu mendapat dan membaca komen dari D... InsyaAllah...u r one tough cookie... InsyaAllah I'll pray for you during my haj...

    wah...anak kembar D dulu dilahirkan kat SMC ke? D duduk di Shah Alam ke dulu? alaaa...bebeudak ni mmg mcm tu... anak akak tu yg abangnya okay jek masa bersunat...adiknya pulak mcm takut2 tapi nak mantain macho...tapi semasa bius tu ternampak lah air mata dia meleleh kat tepi mata, tapi tak dgr suara menangis...hehehe...akak buat2 tak nampak jek....
    anak2 akak dapat no 3 dan 4 semasa giliran nak bersunat tu... tetiba the boy yg no 2 tu budak kecik lagik, baru 5 tahun... punya lah menangis macam nak rak...satu sekolah dengar suara dia melalak... baik-baik boleh cepat.. jadi lambat sbb bila menangis badan jadi tense sangat..so nanti lagi sakit kalau sunat tu...so, puas lah akak memujuk anak akak berdua nih...

    ReplyDelete
  10. cikMilah,
    Salam Perkenalan. SIla lah berkunjung lagi jika sudi. akak cikMilah berapa tahun? Ucap selamat utk dia, kata kat dia, "maintain macho gitu..." hehehe..

    ReplyDelete
  11. cikMilah,
    oooppppsss... tersilap taip...bukan "akak" tapi "anak"

    ReplyDelete
  12. Salam hormat wahai Puan Nurazzah8. Pertamanya saya ucapkan TERIMA KASIH atas jemputan tempohari.

    Begitulah karenah anak lelaki (dan perempuan), bila selesai upacara berkhatan.

    Terasa lebih perit nak jaga, si anak yang berkhatan dari menjaga si ibu yang baru lepas bersalin.

    InsyaAllah, saya maih ada seorang lagi anak lelaki yang masih kecil, jadi perkara ini masih belum selesai.

    AISEHHHH ... baru teringat. Adakah selepas ini, Puan akan menyambut MENANTU .... seramai 8 orang ? hahahahahahaha ............

    ReplyDelete
  13. Abang Long, terimakasih kerana sudi datang dgn Pokcik Mersik.
    Tadi pagi bawa kedua-dua teruna tu pergi jumpa doktor di klinik. Adalah juga bengkak sedikit, belum pulih 100%..kadang2 nak mandi tu teruk jugak nak yakinkan mereka tak apa, boleh mandi...

    Ya lah ABg Long, 5 orang teruna!!!
    I dah cakap awal-awal kat depa... haa..belajar betul-betul, InsyaAllah dapat kerja kumpul duit sendiri kalau nak kahwin...Sekarang belanja hantaran semakin mahal...lagi tinggi pendidikan si gadis, lagi naik sahamnya... tu belum lagi duit kenduri dll...

    5 kali nak kena menghantar cincin ni!!!! hahahaha....

    Dengar dari kawan2 yang dah kahwinkan anak, all in all, kena ada RM20K - RM30K seorang nak kahwin... aduish...

    Macamana lah orang dolu-dolu yg ada anak berbelas-belas orang tu kahwinkan anak dia orang ya??? Itu orang kampung tu, bukanlah orang senang sangat... tapi agaknya kat kampung lagi berkat. kalau kenduri kahwin , masak2 ni beramai-ramai, rewang ramai2.. takde lah nak mengupah orang, atau nak ambil caterer...
    cuma keluar modal beli bahan aje kan...
    Khemah pun sewa balairaya punya, tak mahal... kat "Bandaraya Shah Alam" ni kalau nak sewa khemah utk kenduri kahwin aje agaknya dah beribu ringgit...

    ReplyDelete
  14. Kak Azah,

    I dah check dgn akaun bank I dan juga e-mel Amazon. All in adalah £15.61. So, tolak duit buku Prof $26 (betul tak?) so, balance $83.

    ReplyDelete
  15. ahaha...da setel la sume sunat??rase mcm baru jek ammar ngn anas sunat...huhu...nih muadz ngn zubair lak..amboi ummi smgt ckp psl knduri kawen...da xsaba nk dpt menantu ke..hahhaha..

    ReplyDelete
  16. Aduhai I ada lagi sorang nak kena sunat. Yang dua tu dah sunat masa umur 5 and 8 tahun. Yang 6 tahun ni tak mau sunat langsung, mungkin dia kecik sekali and dia rasa dia baby lagi kan...lega dah kan. masa yang 2 orang tu sunat, sampai duk termimpi2 sebab duk mencuci benda tu je he he he

    ReplyDelete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....