"Dan sempurnakanlah ibadat haji dan umrah kerana Allah"
(Al-Baqarah: 196)
"Allah mewajipkan manusia mengerjakan ibadah haji dengan mengunjungi Baitullah bagi sesiapa yang mampu sampai kepadanya. Dan sesiapa yang kufur (engkarkankewajipan haji), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajat sesuatu daripada sekelian makhluk)."
(Al-Imran: 97)
(Al-Baqarah: 196)
"Allah mewajipkan manusia mengerjakan ibadah haji dengan mengunjungi Baitullah bagi sesiapa yang mampu sampai kepadanya. Dan sesiapa yang kufur (engkarkankewajipan haji), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajat sesuatu daripada sekelian makhluk)."
(Al-Imran: 97)
InsyaAllah, saya, suami, MIL dan BIL akan pergi menunaikan haji pada 7 Disember 2007. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun maaf sekiranya selama saya berinteraksi dengan saudara-saudari sekelian, terdapat kata-kata saya yang menyinggung atau menyakiti hati saudara-saudari. Doakan kami selamat segalanya dalam perjalanan pergi dan balik, serta sepanjang masa kami beribadah di Tanah Suci Allah. Doakan semoga kami dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang masa agar kami dapat menjalankan ibadah haji ini dengan sempurna.
Labbaikallahumma Labbaika
Labbaika Laa Syarikalaka Labbaika
Innalhamda Wal Ni'mata
Laka Wal Mulk Laa Syarikalaka
Pergi haji
Artinya menuju Allah yang esa
Membawa hati dan diri yang hina
Memberi hadiah kepada Allah
Berhati-hatilah menghadapNya
Setiap hamba
Pergi haji dengan segala yang baik
Hati yang baik akhlak yang baik
Harta yang halal hati yang bersih
Niat yang suci amal mulia
Pergi haji
Ilmu tentangnya mestilah ada
Agar syarat dan rukun tepat sempurna
Sah dan batalnya dapat dijaga
Agar amalan hajinya tidak sia-sia
Tata tertib dan akhlak kenalah jaga
Buatlah dengan tenang serta tawadu'
Sabar dan tolak ansur mestilah ada
Jangan berkasar merempuh manusia
Tanah haram jagalah pantang larangnya
Pergi haji bukannya masa untuk membeli belah
Beringatlah betulkanlah niat kita
Moga-moga haji kita diterima
Jagalah pantang larangNya
Yang boleh rusakkan hati
Jauhkan maksiat dan yang sia-sia
Takutkan Allah yang esa
Ingat selalu padaNya
Agar kita senantiasa memiliki jiwa hamba
Bila terdengar saja seruan Labaikallahu hummalabaik...rasa meremang bulu roma ni...
ReplyDeleteKak lady doakan semoga Nurazzah bersama suami akan selamat pergi & selamat kembali...semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik...dan yang paling penting mendapat haji yang mabrur....
Kak lady juga ingin memohon maaf andainya pernah terkasar bahasa..tersilap kata....
Asalamualaikum Nurazzah,
ReplyDeleteAlhamdulillah sampai juga hajat puan mengerjakan ibadat haji pada tahun ini. Didoakan mendapat haji yang mabrol atau haji yang diterima.
Kalau tidak lupa apabila sampai di sana doakan kami dapat ke sana. InsyaAllah.
Saya doakan semoga Nurazzah bersama suami dan keluarga yg akan bersama menunaikan haji akan selamat pergi & selamat kembali...
ReplyDeletesemoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik...dan yang paling penting mendapat haji yang mabrur....
Salam maaf jika ada terkasar bahasa dari saya.
salam auntie.
ReplyDeletealhamdulillah.. akhirnye auntie berpeluang menunaikan rukun islam ke5. insyaAllah mak ayah wanie pon g haji tahun ni. bertolak 1 disember 2007. semoga perjalanan ke tanah suci dilindungi Allah SWT. wanie nk minta maaf klo ade salah silap yg wanie tak sedar. *auntie pon xde buat salah ngan wanie.*
semoga dapat haji yang mabrur.. InsyaAllah..
saya pun doakan semoga sihat sejahtera perjalanan tu... kat sana, doa2 le kami ni ye
ReplyDeleteAssalamualaikum…
ReplyDeleteTerima kasih atas email yang dihantar.
Semoga Puan & Suami beroleh haji yang mabrur dan dimakhbulkan segala doa, diberkati sepanjang perjalanan nanti.
Salam buat Suami & keluarga Puan.
Abd Aziz & Family
Bandar Puncak Alam
azah....doa LiL dan saya agar amalan Haji azah, suami, mil dan bil.....di terima Allah....mendapat kesihatan dan kelapangan perjalanan....juga semoga anak2 sehat sejahtera selama peninggalan...
ReplyDeleteselamat pergi dan selamat pulang.
idham
Puan,
ReplyDeleteSaya doakan agar Allah memudahkan perjalanan puan sekeluarga. Moga diberi haji yang Mabrur.
MKI
Dah habis packing barang2 yang nak dibawa?
ReplyDeleteSelamat berangkat ke Tanah Suci. Semoga tabah menghadapi hari2 di sana, dikurniakan kesihatan yang baik. Semoga dapat haji yg mabrur.
Saya pun mintak maaf jika pernah terlanjur kata.
Kak Azzah8, Saya doakan semoga selamat menjalani ibadah Haji dan mohon ampun dan maaf sepanjang kita berbicara di alam siber ni. Semoga sihat disana.
ReplyDeletekak azzah8,saya doakan kak azzah sefamily akan selamat pergi dan pulang...semoga ibadat kalian semua diterima allah..saya pun nak mintak mf sekiranya ade terkutuk ke atau ape2 yg serupa dgnnye.
ReplyDeleteSalam kak nurazzah,
ReplyDeleteAlhamdulillah. Semoga selamat pergi dan pulang. Semoga setiap langkah mengerjakan ibadah dipermudahkan Allah. Semoga berolah haji yang mabrur.
Maaf sesama kita seandainya berblogging ini ada salah silap di mana-mana.
:)
Kak, saya doakan agar bersama suami, BIL, MIL selamat pergi dan kembali. Minta allah berikan kesihatan yang baik disana nanti untuk menunaikan haji.
ReplyDeleteSalam, semoga Puan sekeluarga mendapat haji mabrur, amiin...
ReplyDeleteSALAM KAK AZAH.. moga mendapat haji mabrur.. insyaALLAH.. doakan lah ye agar kami semua memperolehi undangan ALLAH satu hari ke sana...
ReplyDeletesalam,
ReplyDeletemoga2 mendapat haji yang mabrur.
jaga kesihatan disana.
doakan kami dapat ke sana juga ye..
dan maaf zahir batin
jangan lupa sampaikan salam maklang sekeluarga kepada Nabi Muhammad s.a.w.
salam kak azzah, wah teruja nina nak ikut.. doakan nina dan keluarga menjadi tetamuNYA tahun depan Insya Allah.
ReplyDeletesemoga selamat pergi dan balik dengan haji yang mabrur.. salam untuk Baginda Nabi Muhammad Rasullah..
maaf zahir dan batin
tahniah kak azzah... semoga dipelihara Allah dan mendapat haji yang mabrur!
ReplyDeletesalam kak..moga urusan haji akak sekeluarga dipermudahkan segalanya :D
ReplyDeleteSalam Kak, semoga selamat pergi dan balik ke Tanah Suci, dan moga haji yang ditunaikan mabrur.
ReplyDeletekak Azzah,
ReplyDeletesaya pon mcm kak lady.. terdengar aje laungan itu maka hati terus menjadi sayu.. air mata tak dapat ditahan2 lagi...
moga2 akak sekeluarga mendapat haji yg mabrur dan mudah2an dipermudahkan Allah atas segala2nya..aminnnnn
saya punya cita2 jua mau ke sana. mudah2an juga dipermudahkanAllah taala..
Kak Azzah, semuga mendapat haji yang mabrur. Doakan supaya saya pula dijemput menjadi tetamu istimewaNya pd tahun hadapan.
ReplyDeleteKepada semua yang meninggalkan jejak dan komen di sini, saya mengucapkan jutaan terimakasih di atas doa anda sekelian. semoga mendapat haji yang mebrur.
ReplyDeletesalam kak azah lama tak kunjung ke sini ...harini tergerak nak g lak..rupanya akak nak g mekah yer..ermm selamat menunaikan ibadah dan mendapat haji yang mabrur..doa imm akak selamat pergi dan balik..
ReplyDelete