Friday, May 20, 2016

Pertunangan

Anak ketiga, Ammar telah selamat melangsungkan perkahwinan pada 26 Julai 2015. Alhamdulillah. 
Itu bermakna, sudah dua orang anak ku melangsungkan perkahwinan, iaitu Zaid, anak ke-2 pada 22 Mei 2013, dan Ammar, anak ketiga.
Kakak sulung, Asma' masih belom bertemu jodoh... (pada ketika itu - 2015) ..betullah apa yang dikatakan, jodoh pertemuan itu semua di dalam pengetahuan Allah. Walau apapun yang kita lakukan, kita tidak dapat mempercepatkan atau melambatkan kedatangan jodoh itu..persoalan jodoh adalah takdir yang telah ditetapkan oleh Allah sejak azali lagi. Namun sebagai seorang ibu, hati ku masih mengharapkan agar anak sulung akan bertemu jodoh sebelum umurnya memasuki angka 30an...ketika itu umur nya sudah melepasi angka 28. Bohonglah jika dikatakan aku tidak berbuat apa-apa. Ramai sudah sahabat-sahabat seperjuangan, sahabat-sahabat yang sama belajar ketika di USA dahulu, aku risik. Pantang sahaja tahu sahabat ada anak bujang, akan ku risik.. dengan harapan dapat berbesan dengan sahabat-sahabat satu perjuangan dalam jemaah.  Namun, seorang demi seorang memberikan jawapan yang negative. Bukannya mereka tidak sudi, tetapi jawapan yang diberi selalunya anak mereka belum bersedia hendak mendirikan rumahtangga atau anak mereka tidak mahu beristerikan wanita bekerjaya doktor! Agak kecewa juga hatiku... Sehinggakan sampai suatu ketika, aku seakan terkejut dari lamunan! Apakah yang aku lakukan ini? Oh! seperti hendak menjual anak!!! Lalu aku berishtifar .. Apakah aku tidak menyakini ketentuan Allah? Soal jodoh adalah takdir Allah ... aku kena yakin dengan takdir Allah... akhirnya diriku menjadi lebih tenang dan aman ...Mengapakah aku perlu mengharapkan dari manusia? sedangkan apa yang sepatutnya yang aku perlu lakukan adalah memohon pada Allah ...Bukankah itu yang selalu aku mohon dalam doakan diakhir setiap solat fardhu...? Aku berdoa, "Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau kurniakan lah jodoh yang terbaik buat anakku Asma', yang sekufu dengan dirinya, Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Berkuasa. Engkau Maha Mengetahui apa yang tidak aku ketahui." Lalu hampir setiap malam aku bangun solat tahajjud dan solat hajat, aku panjatkan doa buat anak-anak semuanya terutama anak sulungku...
  Benarlah janji Allah itu amat benar....! tidak lama selepas itu, Asma' memberitahuku bahawa sudah ada yang bertanya. Kawan baiknya yang menjadi perantaraan, yang mencadangkan kawan sama belajar.. Pada ketika itu, diriku yang terlebih excited pula.. namun nasihatku kepada Asma', buatlah solat Istikharah terlebih dahulu. Aku tidak memilih siapakah bakal menantuku, tidak semestinya berasal dari keluarga yang berada. Cukuplah ilmu dan agama yang menjadi pegangan hidup ...
Alhamdulillah, dipendekkan cerita ... 25 Disember 2015, berlangsunglah majlis pertunangan Asma' bersama Rahimi. Dan majlis perkahwinan akan berlangsung 3 bulan dari tarikh tersebut.

Asma' dan Rahimi, Semoga berbahagia hingga ke Jannah...
 25 Disember 2016

Bersama besan , orang Kelantan
Semuanya menggunakan barangan yang ada di rumah... Jambangan bunga putih adalah ihsan dari Wedding Sentinel ...sarung-sarung kusyen dibeli ketika melawat Jordan 8 tahun yang lalu ...
Malahan semua dulang hantaran digubah oleh daku dan menantu ku, Wijhan.






 



4 comments:

  1. Alhamdulilah...pergantungan pada Allah memberi jawapan yang pasti.
    Tahniah Azzah dan family. Cikmilah tak dapat hadir membalas jemputan kerna anak saudara juga bertunang pada majlis yg sama.. Semuga Asma dan suami berbahagia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam CikMilah...Apa khabar? lama tak berkomunikasi melalui blog, asyik dalam fb sahaja ... rasanya menggunakan medium blog lebih berkesan dihati ...
      Tak apa CikMilah, faham kerana ramai juga rakan yang tidak dapat hadir kerana serentak dengan majlis kenduri saudara-mara dikampung. Al-Maklumlah waktu itu permulaan cuti sekolah ...memang ramai orang yang membuat majlis pertunangan, perkahwinan dan sebagainya

      Delete
  2. Assalamualaikum.

    Satu langkah yang tepat dan betul mengadu kepada Allah.
    Tahniah dapat menantu baru. Saya pun sudah ada 3 menantu.
    Selamat kembali berblog.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumsalam Pak Ngah ... Terimkasih sudi berkunjung ke sini lagi ...Tahniah juga kerana telah menambah ahli keluarga, dah ada berapa orang cucu Pak Ngah?

      Delete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....