Sunday, May 22, 2016

Kepulangan yang dinanti

Alhamdulillah, diam-diam rupanya sudah hampir dua tahun anak ketujuhku berkelana ke benua Afrika Selatan menuntut ilmu di Darul Uloom Zakariyya , Johannesburg, South Africa..Kedatangan Ramadhan menandakan sudah setahun Zubair, atau lebih mesra dipanggil adek oleh abang dan kakaknya, berada di sana sejak Ramadhan tahun lepas. Pihak DUZ telah menentukan bahawa Ramadhan adalah bulan yang diperuntukkan sebagai cuti tahunan nya.. Oleh itu, semua pelajar dimestikan pulang ke rumah masing-masing. Oleh itu, sebahagian pelajar Malaysia yang belajar di sana akan pulang ke Malaysia, manakala yang tidak pulang, akan pergi bercuti ke tempat-tempat berdekatan atau ke tempat lain.

Hati ibu mana yang tidak rindu kepada anak-anak... sentiasa mendoakan adek dari jauh walau beribu batu, namun Allah itu Maha Mendengar Maha Pengampun Maha Pemurah...Semoga Allah Melindungi anakku dan juga rakan-rakan adek yang sama-sama menuntut ilmu di DUZ.

Mendapat wa dari adek yang beliau dan rakan-rakan sudahpun berada di airport di South Afrika, Semoga semua urusan berjalan lancar dan adek akan selamat sampai ke Malaysia pada malam esok, Isnin 23 Mei 2016 di KLIA pada jam 11:30 malam.


Adek Zubair, yang berserban putih. Sudah semakin besar dan kelihatan matang anak bujang ku yang dahulunya masih kecil.. kelihatan sudah berkumis juga.. hehehe..

SELAMAT PULANG ADEK ZUBAIR ... 

Update Isnin 24:00
==============
Syukur Alhamdulillah adek Zubair telah selamat sampai di tanahair pada jam 10:07 malam tadi ...

Tinggi melangit dah ! lebih tinggi dari ummi ...Adek akan bercuti sepanjang Ramadhan dan pulang kembali ke Darul Uloom Zakariyya , Johannesburg, South Africa selepas Syawal nanti.

4 comments:

  1. Alhamdulillah... berganda gembira di ramadhan tahun ini
    Adik dpt bersolat dan beriftar dgn keluargalah kali ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Kak, Alhamdulillah ...rindu sangat-sangat tak sabar nak gi airport malam nih ...hehe

      Delete
  2. tinggi nya Zubair...
    let me try.... errrr... yg sebelah tu... Wafa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah Cik Milah ...tinggi melangut ...mendongak nak cakap dengan dia...

      Yes.! You Got it right! itu Wafa'...pun dah tinggi ...actually Hana pun sikit lagi nak potong umi dia ...
      alamat tak lama lagi. I'll be the shortest among ALL !
      huhu

      Delete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....