Wednesday, November 20, 2013

Pak Latip @ Abdul Latip Talib

Kenangan tahun 2007


Saya mula mengenali Pak Latip @ Abdul Latip Talib, seorang novelis Sejarah Islam yang tersohor di tanah air sejak tahun 2007 di dunia blogger.  Pada waktu itu, ramai orang mula berblogging termasuklah saya sendiri.. Pak Latip juga baru naik bermula menjadi seorang penulis novel sejarah Islam bernaung di bawah PTS.  Membaca novelnya yang pertama membuatkan saya tertarik kerana perbezaan dari segi olahan dan penyampaian cerita.. Berlainan dari buku-buku sejarah Islam yang biasa kita baca, novel sejarah Islam Pak Latib mempersembahkannya seperti kita sedang membaca sebuah novel biasa, membuatkan kita tidak rasa mengantuk hendak membacanya..malahan kita akan tidak sabar-sabar hendak menyudahkan pembacaan sehingga ke helaian yang terakhir...

selepas 6 tahun berlalu, Pak Latip telah menjadi seorang penulis yang tersohor ...dan baru-baru ini beliau telah mencoretkan sesuatu di wall fb beliau mengenai kisah tersebut...
 
(Dari wall fb Pak Latip 7 November 2013)

Novel sejarah yang saya tulis mula terbit pada tahun 2007. Saya mempromosikannya dalam blog. Antara rakan blog yang mula-mula tertarik untuk membelinya ialah Prof Madya Nurazzah.

Beliau berminat membeli dan membaca novel-novel sejarah pahlawan Islam setelah pulang dari menziarahi makam-makam pahlawan itu di Jordan dan Syria. Kerana begitu tertarik dengan kisah yang dipaparkan dalam novel itu maka beliau membeli dari saya dalam jumlah yang banyak lalu mempromosikan kepada kawan-kawannya di UiTM dan jiran-jiran di kawasan kediamannya. Dia melakukannya dengan sukarela.

Itulah antara kenangan yang tidak dapat dilupakan. Sebagai penulis novel-novel tersebut saya amat menghargai usaha yang dilakukannya. Terima kasih Prof Madya Nurazzah. Semoga Allah SWT membalas budi yang baik itu dengan pahala, rahmat dan keampunan-Nya. Amin.

Buah Betik buah Bidara
Elok diletak di atas peti
Sahabat baik bagaikan saudara
Kasih tersimpan di dalam hati.


Nukilan~
Abdul Latip Talib @ Pak Latip - Novelis Sejarah Islam yang tersohor di seluruh dunia

1 comment:

  1. Assalamu'alaikum... beruntung bila Pak Latip dah anggap bagaikan saudara hingga kasih tersemat di hati.. itulah insan yg bijak menghargai dari apa yg Azzah dah lakukan...

    ReplyDelete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....