Thursday, January 2, 2014

TAHUN BARU 2014

Alhamdulillah, Allah masih lagi memberiku peluang untuk menghirup udara segar alam ini, masih memberikan kepada ku kesihatan yang baik, penglihatan yang baik, pendengaran yang baik untuk terus berjuang di dunia nyata ini.  Adakah ku sudah berpuas hati dengan apa yang sudah ku lakukan sepanjang tahun 2013? Apa yang telah tercapai? Adakah semua azam dan perancangan di awal tahun 2013 sudah terlaksana? 

Secara jujurnya ingin ku nyatakan bahawa apa yang ku rasakan adalah sangat sedikit.. sangat sedikit pencapaian yang telah aku capai. Tahun 2013 melakar sejarah dalam liku-liku kehidupanku.  Terlalu banyak perkara berlaku sehingga kan aku tidak punya masa hendak  mencoretnya di helaian maya ini. Rasanya objektif perjuangan masih jauh lagi ... masih banyak yang perlu ku lakukan.  Pejam celik pejam celik ... tiba-tiba tahun 2013 sudah habis! Ya Allah...Ya Tuhanku... aku mohon ampun dariMU Ya Allah... aku sangat-sangat merasa sangat rendah diri dan terlalu kerdil disisi MU Ya Allah...
Kesibukanku dengan kerja-kerja duniawi telah membuatkan aku sedikit terleka/terlalai atau tersasar dari tujuan ku..kadang-kala rasanya lebih banyak masa diperuntukkan utk tugasan duniawi, lalu terabai sedikit sebanyak tanggungjawabku sebagai HambaAllah... Ya Allah...Ampun kan daku Ya Allah...

Tahun baru muncul kembali, membawa sejuta harapan buatku... Semoga ada pelangi selepas titik-titik hujan di tengahari ...

Ameen. 

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU MASEHI 2014
kepada
SEMUA BLOGGERS TIDAK KIRA DI MANA ANDA BERADA

2 comments:

  1. Assalamualaikum kak Azzah..
    Selamat tahun baru juga untuk kak Azzah sefamily. Muga tahun ini membawa lebih banyak kebahagiaan dan kejayaan untuk kita semua, amiin.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumsalam wrt Penjejak Mimpi,

      Terimakasih... 2 minggu sudah berlalu di tahun baru ... namun ianya sudah pun dipenuhi dengan pelbagai warna... suka duka dsbg nya..

      Delete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....