Tinggal Hana seorang sahaja di sekolah rendah. Tahun depan Hana akan naik darjah 6, setahun sahaja lagi, InsyaAllah. Selepas itu masuk sekolah menengah pula. Ini bermakna setahun lagi, tiada lagi anak yg bersekolah rendah.
Semalam 16hb November 2013, Hari Ihtifal SRI HIRA' telah diadakan. Ini seperti Hari Anugerah Kecemerlangan di sekolah kebangsaan atau sekolah lain. Alhamdulillah berkat usaha gigih tanpa jemu, Hana berjaya juga meraih kedudukan top 3 dalam kelas, dan top 5 keseluruhan kelas darjah 5. Walaupun keputusan pertengahan tahun Hana agak menurun, tapi cabaran yang saya berikan kepada Hana' agar meningkatkan keputusannya pada akhir tahun telah disahutnya dengan bersungguh-sungguh. Sehingga merayu kepada saya sebelum peperiksaan berlangsung agar membenarkan beliau tidur di rumah sahabat baik baik beliau, Aisyah, untuk belajar bersama-sama. Aisyah adalah pelajar yang sangat pandai, setiap kali peperiksaan penggal dan akhir tahun akan mendapat nombor SATU dalam kelas dan keseluruhan.
Hana' menerima hadiah kecemerlangan
Top 3 in the class 5 Zaid Harithah
Tahniah juga diucapkan kepada Puan Mazni dan suami kerana anak beliau telah mendapat Anugerah Tokoh Murid (Lelaki)
Puan Mazni adalah rakan pensyarah di fakulti yang sama dengan saya.
Alhamdulillah, semoga semua anak-anak yang belajar di mana-mana sahaja akan mendapat kejayaan yang cemerlang dan yang paling penting ilmu yang diperolehi akan di menafaatkan dan dijadikan panduan di dalam kehidupan. Ameen



Raja Sarinah Aziz Tahniah Hana !!
ReplyDeleteAbang Long TAHNIAH ! Alhamdulillah ... si kecik ...
ReplyDeleteAtie Awang Tahniah.. Anak2 kak azzah dari dulu sampai skrg
ReplyDeleteRohaida Abd Gani Bagusnya hana, tahniah
ReplyDeleteAsma' Mohd Haslan Tengoklah adik sape nih ..kuikui
ReplyDeleteWafa Mohd Haslan Tahniah hana, jangan suka sangat camwhore
ReplyDeleteTahniaaaah!
ReplyDeleteAlhamdulillah, Terimakasih semua (bagi pihak Hana')
ReplyDeleteTahniah Hana Haslan.....semua A dah dlm gengaman...
ReplyDeleteHana darjah 5 mak zai Norzahi Zai belum UPSR lagi
DeleteYa ke...ingatkan tahun ni....hehehe..
DeleteAmiinn.
ReplyDeleteTerimakasih Yunus Badawi ...Tahniah juga kpd anak YB yg mendapat keputusan cemerlang..ikut jejak langkah ayahnya lah tu ...
Delete10 hours ago ·
Dahlah pandai masak, pandai dalam pelajaran pulak ...
nak booking boleh Yunus Badawi ?? hehehe
Nur Azzah org yg ketiga nak booking buat menantu .... hahaha
DeleteHahaha.... Sure pening Haikal nk pilih! Eh...betulkan nm Haikal?
DeleteTahniah!
ReplyDeleteTerimakasih Pinatbate Azla ...
DeleteHjh Salmiah Alias Tahniah Hanna......lama dah tak mai sini!
ReplyDeleteTerimakasih Mak Teh
DeleteItulah Mak Teh, lama tak bertandang ke sana
Delete