Monday, March 4, 2013

Bloggers Pantai Timur

Dunia blogging telah menemukan ku dengan ramai insan-insan istimewa.  Penulis-penulis tersohor tanah air, seperti Abdul Latip Talib @ Pak Latip, para ilmuan , chef2 terkenal di dunia blogging seperti Che Mat Gebu @ Adnan Ibrahim dari blog DAPUR TANPA SEMPADAN, Chef Hanieliza dari blog Hanieliza's Cooking dan ramai lagi ...masing-masing dengan keistimewaan tersendiri. 

 Telah mengenali bloggers Mulan, Mak Lang dan Kak Hanieliza / chef Hanieliza sejak era mula berblogging pada 2007 lagi ... waktu itu tiada facebook, hurmm..bukan tiada, tetapi facebook masih belum dikenali ramai ...
Pada waktu itu, blog adalah medium utama dalam berhubung di alam maya ... 

Telah beberapa kali berjumpa dengan Chef Hanieliza, perkenalan di alam maya terus terjalin ke alam realiti.  Pertama kali bertemu Chef hanieliza semasa Kak Liza datang ke Mesjid Negeri Shah Alam untuk membuat demo masakan, ada saya ceritakan di sini.  Kemudian saya berkunjung ke rumah anak Kak Liza di Klang untuk membeli buku masakan beliau yang terkenal. 

Cuma dengan Mulan dan Mak Lang sahaja yang masih belum ketemu sejak tahun 2007 hingga 2012.  Beberapa kali merancang hendak bertemu apabila Mulan ke KL   tetapi selalu tidak berkesempatan.  begitu juga dengan MakLang, beberapa kali ingin bertemu apabila MakLang ke KL mengikut suami atau mengajar kelas Ribbon Embroidery nya tapi masih belum diizinkan ALlah untuk bertemu. Ada sahaja perkara yang hendak ku lakukan semasa MakLang datang ke KL.  MakLang ni bukan sahaja pandai masak seperti Kak Liza, tetapi juga pandai membuat craft Ribbon Embroidery , boleh lihat di blog MakLang lagi satu Ribbon Chanteq.  

20hb Feb 2013 melakar sejarah dalam dunia berblogging bagiku kerana setelah sekian lama mengenali mereka di alam maya, akhirnya diizinkan ALlah jua kami bertemu.  Tugasan kerja memaksa ku pergi jauh ke daerah Dungun di Terengganu. Sengaja ku tempah tiket kapalterbang awal pagi agar ku mempunyai masa untuk bertemu sahabat bloggers Pantai Timur ini...
Perancangan dibuat awal agar sebaik sahaja aku mendarat di Kuala Terengganu, dengan menaiki van UiTM Dungun Terengganu akan terus ke Dungun, ..namun kita merancang tetapi Allah lah sebaik-baik perancang.  Sebaik sampai sahaja di  lapangan terbang Kuala Terengganu, rakan-rakan sekerja yang menaiki pesawat bersama hendak bersarapan pagi terlebih dahulu dan kemudian mereka hendak berjalan-jalan di KT.  Mereka ramai, aku seorang sahaja yang hendak ke Dungun dahulu.  Aku mengalah, tetapi dalam hati risau kerana sedar MakLang, Kak Liza dan Mulan sudah pun bersusah-payah memasak dan kami merancang hendak berpiknik ditepi pantai.  Ligat otak ku berfikir, bagaimana caranya hendak ke Dungun bersendirian... lalu aku menyuruh driver van menunggu sebentar sementara aku masuk semula ke airport dan bertanyakan teksi dari airport ke Dungun.  WOW! terkejut juga apabila diberitahu bahawa tambangnya RM100! hurm... Plan A tak jadi, fikir Plan B pula.  Lalu terus bersama-sama mereka menaiki van ke pekan KT, menghantar mereka ke restoran untuk bersarapan...al-maklumlah kami sudah keluar rumah dari awal jam 4 pagi lagi hendak ke LCCT..selepas menghantar rakan-rakanku, aku meminta driver van menghantarku ke stesyen teksi ... tanya-tanya ...mereka hendak tambang RM80 satu teksi... aduish...masih mahal ... Plan B tidak jadi lalu terus ke Plan C... pergi ke stesyen bas... pusing2 tanya, bas ekspres pukul 8:30pg sudah berlepas, next bas adalah pukul 10:30 pg oleh .. nak naik bas henti-henti pun sudah berlepas... lalu aku duduk menunggu ... lebih kurang setengah jam kemudian ternampak bas Maju Ekspress tulis hendak ke Dungun, Alhamdulillah akhirnya jam 9:30 pg dapat menaiki bas Maju Ekspres ke Dungun. 

Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam... tidak ramai penumpang dan bas bergerak agak laju juga... lebihkurang jam 10:30pg sudah kelihatan bangunan dan kedai tertulis perkataan "Dungun" ..bermakna kami sudah tiba ke daerah Dungun... tapi bas masih belum berhenti. Bila nak sampai stesyen bas Dungun ni? tertanya2 dalam hati.  "Ah...mungkin belum sampai lagi agaknya" ..
Tiba-tiba  telefonku berbunyi! tengok nama tertera nama Kak Liza. Terus kuangkat.  "As-Salam kak", aku menyapa.  
Kedengaran suara Kak Liza dihujung talian. "Wa'alaikumsalam Azzah.  Azzah kat mana sekarang? " tanya Kak Liza. 
Terus kujawab, "dalam bas kak."  
Tiba-tiba Kak Liza terkejut,"Eh, Azzah, stesyen bas Dungun dah lepas dah. Kita bertembung tadi di traffic light.  Kenapa bas tak berhenti sana? ok Azzah suruh driver bas berhenti kat depan tu ada Sek Men Sains Dungun. Azzah turun dan tunggu situ, akak patah balikambil Azzah." 
"Ok kak. Terimakasih." jawab ku. Terus aku bangun dan berjalan terhoyong-hayang dalam bas menuju ke pemandu dan bertanya, "pakcik tak berhenti ke di Stesyen bas Dungun? Saya nak turun situ... tak apalah..turunkan saya di depan tu di Sek Men Sains Dungun.  "
"Oh..awak nak turun Dungun ke?" tanya pakcik bas tu. 
wahhhh..terkejut saya, pakcik ni tak tahu ke saya nak turun Dungun, Alhamdulillah Kak liza and the geng nampak bas saya ni tadi, kalau tidak dah terlajak sampai ke Kerteh dan terus ke Kuantan pulak! huhuhu... gelihati pun ada ...satu sejarah dalam hidup ..dah lama tak naik bas ...   

Turun sahaja bas, saya terus menunggu di depan SMS Dungun, tiba-tiba ternampak ada satu stesyen minyak Petronas kat depan, terus saya melintas jalan dan menuju ke toilet ...sejak pagi turun dari kapalterbang tadi tidak berkesempatan ke toilet ...
 keluar sahaja saya terpandang kan kereta Honda CRV putih kepunyaan MakLang (setelah MakLang mention dalam fb kata nak bawa CRV ni)  ...teruja sungguh makcik-makcik bloggers ni dapat berjumpa bersama. Kami bersalam berpelukan seperti sudah lama tidak berjumpa, sedangkan sememangnya kami belum pernah berjumpa, hanya bertegur sapa dan bertemu di alam maya , namun Allah telah mengikat hati-hati kami seumpama saudara sendiri layaknya. Naik sahaja kereta makLang terus kami bergerak menuju ke tepi pantai Dungun .. Alhamdulillah lama tak tengok pantai ...cantik dan sayu melihat ombak menghempas pantai dan pepohon meliuk lentok dibuai bayu laut ...

Kereta terus dipandu kehadapan mencari port yang sesuai untuk kami berpiknik...akhirnya kami bertemu sebuah wakaf yang masih tiada pengunjung berteduh di bawahnya .. 

wahhh..sungguh terharu melihat betapa banyaknya makanan yang dibawa oleh sahabat ku bertiga, seperti hendak menjamu 20 orang sahaja!     

 lalu hari ini dalam sejarah ... pertemuan 4 orang makcik bloggers ...
dari kiri: Mulan, Mak Lang, nurazzah8 dan Chef Hanieliza(gambar ni kurang clear ...)
 Pertemuan dengan Makcik bloggers Pantai Timur

 Alhamdulillah, Akhirnya impian ku hendak bertemu makcik bloggers dari Pantai Timur tercapai jua, cuma 2 orang lagi makcik bloggers tidak dapat hadir iaitu SilverSarina dan Fa Atip. InsyaAllah sehingga bertemu kembali!!! Illalliqa...maassalamah...
 

14 comments:

  1. Replies
    1. zlaa, ya mmg lama kan ... dah nak masuk tahun ke-enam ...

      Delete
  2. Itu kisahnya ..... naik bas rupanya dari airport , memang dah takdir kita tak de rezeki nak bertemu , jam 7 pagi tu I baru tiba di LCCT dan petang baru tiba di Kemaman ..tak pe, next time kalau ke Kemaman atau Kuantan , kita jumpa ,In syaa Allah .

    ReplyDelete
    Replies
    1. silversarina,

      hehe..gitulah kesahnyer ...dah lama tak naik bas Ekspres ni ...sesekali seronok juga ...hari tu , dari rumah sampai Dungun, I naik kereta - kapalterbang - van - bas - kereta ...huhu ..suatu perjalanan yang sangat panjang dan penuh dugaan ...

      Nyaris-nyaris tak terlajak hingga ke Kerteh ...!!

      Delete
  3. Fa Atip · (komen di FB)
    me too.....baru sampai dari KL malam sebelum tu...paginya rasa nak fengsan...hehehe...hopefully one fine day, kita dapat jumpa kann?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fa Atip, In Shaa Allah kita akan berjumpa jua satu hari nanti ..Semoga Allah Murahkan rezeki dan panjangkan umur untuk berjumpa di lain kali ...


      Kak Azzah
      Shah Alam

      Delete
  4. Lina Abd Hadi (komen di FB)
    Terharu den baco... InsyaAllah ada rezki berjumpa lagi.. Gambar yg tak clear tu nampak cam syahdu gitu.. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. As-Salam Lina,

      Gembira sangat dapat bertemu MakLang buat pertama kali ... orang yg Azzah admire kerana sangat berbakat dalam bidang masakan dan kraft Ribbon Embroidery ...MakLang yg mempunyai bakat semulajadi anugerah Allah yg sangat baik...

      Sedap sangat Nasi Lemak yang Mak Lang masak ... terimakasih ..

      Hanya Allah yang akan membalas budi baik MakLang...

      Terimakasih

      Semoga Bertemu kembali ..

      Azzah, Shah Alam

      Delete
  5. Munirah Ishak (komen di FB)
    insyA jumpa lagi.. amiin.. seronoookk sgt.. kalo ada first lady Raja Sarinah Aziz & teacher Fa Atip lagi seronok & meriah jumpa ramai2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mulan, terimakasih di atas layanan dan makanan serta souvenir TUPPERWARE beserta isi dalamnya ...sedapppp

      Thanks A Lot ...

      Salam Sayang,
      Kak Azzah,
      Shah Alam

      Delete
  6. Hanieliza KamarudinMarch 6, 2013 at 9:01 PM

    Hanieliza Kamarudin
    Seronoknya baca kisah hari ini dalam sejarah Nur Azzah..bukans senang nak dapat pengalaman gitu..apapun akak seronok sangat jumpa Azzah walaupun sudah berkali-kali jumpa..nanti jika ada jodoh kita jumpa lagi..InsyaAllah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Liza, terimakasih di atas layanan superb akak semasa Azzah berkunjung ke sana ..

      Delete
  7. Ada satu lagi 'cef' yang susah nak jumpa. Tapi ini cef cuma pakar goreng saja... goreng telur dan ikan masin!

    IM la tu..he..he..

    ReplyDelete
    Replies
    1. IM, In Shaa Allah jika Allah izinkan kita dapat berjumpa, teringin juga nak jumpa ibu suri ... selalu bila saya dan keluarga ke utara tanah air, dalam masa yang terhad, tidak sempat nak cilok cilok ke sana ke mari ...

      Delete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....